Posts Tagged ‘speech theraphy’

Pada masa kini, pelbagai tadika, taska atau pusat perkembangan minda kanak-kanak tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Kebanyakkannya juga menekankan konsep yang hampir sama iaitu berteraskan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran utama dan diterapkan nilai-nilai Islam.

Ada sesetengah ibubapa rambang mata dengan pautan iklan yang menjanjikan hasil dan keberkesanan terhadap anak-anak yang dihantar kepada tempat-tempat tersebut.

→ Read more

Kanak -kanak dibawah usia dua tahun lazimnya tidak boleh membezakan barang milik orang lain dengan barang milik sendiri. Oleh itu, apabila dia ternampak sesuatu yang menarik minatnya, dia akan mengambilnya tanpa memikirkan yang perbuatan itu salah.

Kadangkala kaedah dengan membebel dan memarahi mereka dengan kata-kata nasihat juga tidak mampu mengurangkan tabiat atau hobi buruk mereka ini. Siapa yang tak risau kan. Kecil-kecil lagi sudah pandai mencuri. Esok lusa da besar lagi teruk perangainya.

Apakah puncanya ?

→ Read more

Allah tu macam mana Ibu ?. Allah tu kuat tak Ayah ? Iman nak jumpa Allah kejap boleh tak ? Mungkin ini antara ayat-ayat biasa yang kita dengar daripada si manja. Pelbagai pertanyaan mereka mengenai Allah. Umpama manusia pula disamakan. Tetapi, bukan salah mereka.

→ Read more

Melahirkan anak adalah salah satu nikmat yang terbesar yang diberikan Allah S.W.T kepada setiap wanita. Namun, bagi sesetengah wanita yang beranak sulung pasti mempunyai rasa gemuruh dan takut saat menghadapi waktu kelahiran yang bakal tiba. Apatah lagi pelbagai insiden yang tidak enak didengar daripada kawan-kawan atau sebaliknya.

→ Read more

Berkomunikasi merupakan antara elemen terpenting dalam kehidupan kita seharian. Apatah lagi buat anak-anak. Anak yang normal mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi atau bercakap sejak dari lahir. Hanya berbeza caranya sahaja berbanding kita yang dewasa.

Masalah untuk bergaul bersama rakan dan orang sekeliling akan timbul apabila anak-anak lambat bercakap.Seseorang anak yang mempunyai masalah bercakap boleh kita kenali sejak mereka berumur 4 bulan lagi. Mengikut statistik gangguan komunikasi ini hampir 5-10% wujud dikalangan anak-anak hari ini dan nampak semakin membimbangkan para ibubapa.

→ Read more

open

KAMI SUDAH BEROPERASI.
Mulai 4hb Mei 2020 kami telah beroperasi. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, Tuan / Puan boleh hubungi kami ditalian 013-361 9918 atau klik bawah untuk Whatsapp kami.