Cara Mendaftar Program

‘1 to 1’ Assessment

Sebelum anak dimasukkan ke dalam program ‘one to one’ seperti Terapi Cara Kerja (OT) atau Terapi Pertuturan (ST) sesi penilaian atau ‘asessment’ perlu dilakukan terlebih dahulu bagi menganalisa secara lebih teliti tentang isu anak, tahap kebolehan dan kemampuan anak. Sesi ini dikendalikan oleh terapis OT atau ST yang berpengalaman.

APA ITU ASSESSMENT?

Assessment ataupun penilaian adalah dijalankan bertujuan untuk menilai di mana tahap tumbesaran dan perkembangan anak-anak. Selain itu tujuan penilaian adalah ;

Memahami jenis/isu yang dialami oleh anak-anak.

Menilai ciri-ciri jika anak berkemungkinan mempunyai isu seperti autisme, disleksia, ADHD dan lain-lain

Memerhati tahap dan kebolehan anak-anak

dalam skil sosial, bermain, dan pengurusan diri.

Melakar pelan terapi,

bagi membolehkan terapis membuat pelan terapi berdasarkan keperluan dan kemampuan anak-anak serta matlamat yang ingin dicapai pada akhir terapi.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJALANI PENILAIAN DI PUSAT TERAPI KAMI

PENILAIAN YANG DIGUNAKAN TERAPIS

Ahli terapi kami di Excel Qhalif adalah berkelulusan dan berpengalaman dengan pelbagai jenis penilaian dan alat.

Penilaian dan alat yang digunakan untuk Terapi Cara Kerja adalah ;

  • DENVER II
  • Short Sensory Profile
  • Pediatric – Case History Form

Penilaian dan alat yang digunakan untuk Terapi Pertuturan adalah;

  • Pediatric – Case History Form
  • Mac Arthur – Perkembangan dan Komunikasi

Terapis kami akan mengembangkan rancangan rawatan yang sesuai berdasarkan keperluan dan manfaatnya kepada anak-anak.

DIMANAKAH PENILAIAN OT DIJALANKAN?

Di bilik terapi cara kerja mengikut cawangan yang berdekatan dengan anda ;

Cawangan Bangi

Cawangan Shah Alam

Cawangan Wangsa Maju

HUBUNGI KAMI

Hubungi kami segera jika anak anda mempunyai isu dan inginkan bantuan daripada penilaian OT. Kami dengan senang hati akan membincangkan keperluan anda atau menjawab sebarang pertanyaan yang anda ada.

Bangi – 016 496 5496
Shah Alam – 011 5881 0588
Wangsa Maju – 011 6120 9151
Cheras – 011 3515 6470

Pin It on Pinterest