Cara Mendaftar ke Excel Speech Program

A) LANGKAH 1
Pada permulaan, sesi penilaian atau ‘Assessment’ akan dilakukan bagi menganalisa tahap perkembangan komunikasi anak. Sesi ini juga dilakukan selama 1 jam bersama pelatih terapi kami.

Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang 1 jam sesi ‘Assessment’, ialah pengecaman tahap keupayaan kemahiran motor anak, keupayaan aktiviti ‘table task‘ anak, keupayaan ‘eye contact’ anak dan keupayaan berkomunikasi anak.

Setiap aktiviti ini dilakukan mengikut keupayaan anak tanpa ada paksaan bagi mengetahui sejauhmana tahap permasalahan ‘speech delay’ anak dan cara bagaimana anak itu berkomunikasi / ‘communication style’.

Set Temujanji Bersama Kami: Disebabkan kelas-kelas terapi di EST sentiasa penuh, ibubapa dinasihatkan untuk set temujanji untuk sesi ‘Assessment’ bersama kami seawal yang mungkin.

Waktu sesi ‘Assessment’ juga hanya dilakukan pada 3 hari waktu bekerja iaitu Rabu, Khamis dan Jumaat. Pihak ibubapa yang berminat boleh terus hubungi Teacher Ayu samada secara WA/SMS/Tel ke [ 019.6692284 ] untuk tentukan tarikh ‘Assessment’ buat anak.

B) LANGKAH 2
Selepas menerima laporan analisa anak, ibubapa berpeluang untuk menyertai kelas bulanan di Excel Speech Program (ESP) bagi meneruskan stimulasi komunikasi yang berkesan kepada anak.

ESP dijalankan hanya pada 3 hari sahaja iaitu Rabu, Khamis ataupun Jumaat. Setiap sesi hanya berlangsung selama 1 jam dan sebanyak 4 sesi dalam sebulan.

Setiap anak yang mendaftar kelas bulanan kami hanya perlu hadir 1 jam sahaja seminggu. Contohnya, jika waktu pilihan adalah hari Rabu 10am, setiap minggu mereka perlu hadir pada waktu yang sama. Pengecualian akan diberi sekiranya ada urusan keluarga, anak sakit ataupun kecemasan dengan makluman kepada pihak kami.

Peringatan Penting
Program ini juga tidak sesuai bagi anak yang mempunyai masalah autism spectrum disorder (asperger), ADHD/ADD dan yang berkaitan tingkahlaku yang sukar dikawal.

Anak-anak yang mempunyai permasalahan di atas perlu mendapat rawatan Occupational Therapy (OT) dahulu sebelum mereka bersedia untuk mengikut sebarang kelas terapi pertuturan/speech therapy.

 

 

Pin It on Pinterest