Copy Selamat Datang ke Pusat Terapi & Playgroup Excel Qhalif

Excel Qhalif merupakan sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak sejak tahun 2011 lagi. Antara program utama yang dijalankan oleh Excel Qhalif adalah Excel Qhalif Playgroup yang bermatlamat membina daya keyakinan diri anak-anak dan meningkatkan interaksi sosial bersama rakan sebaya. Alhamdulillah, ia diperakui oleh ramai ibubapa yang telah menyertai kami; program yang direka khusus ini mampu meningkat perkembangan bahasa, komunikasi, fizikal dan minda anak-anak. Program Excel Qhalif Playgroup (EQP) ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 20 bulan hingga 4 tahun dan kelas berlangsung dalam Bahasa Inggeris yang mudah sebagai bahasa penghantar. Para ibubapa juga berpeluang turut serta dalam setiap aktiviti kelas.

Excel Qhalif juga menganjurkan Excel Speech Program; khusus untuk anak yang lambat bercakap dan mengalami masalah komunikasi. Disamping itu juga terdapat program-program lain seperti Terapi Carakerja (Occupational Therapy), Program Intervensi Awal (Early Intervention Program), Playgroup for Baby & Playgroup Xtra yang direka khusus untuk anak-anak istimewa seperti Autisme, GDD, ADD, ADHD, Down Syndrome dan etc. Kami turut memberi khidmat nasihat kepada ibubapa yang terlibat bagi membantu mereka dan anak mereka. InsyaAllah.

Apa Kata IBUBAPA di Excel Qhalif..

[border]
[testimonials_slider speed=”500″ timeout=”7000″]
[border]

[section]

Excel Qhalif Playgroup & Playgroup Xtra

Playgroup ini direka khusus untuk merangsang kemahiran sosial, komunikasi serta perkembangan anak. Uniknya program ini, ia melibatkan penyertaan ibubapa. Excel Qhalif Playgroup direka bagi anak-anak tipikal (NORMAL) 20 bulan -4 tahun. Manakala Playgroup Xtra direka khusus untuk anak-anak istimewa seperti ADD, Speech Delay, Autisme, ADHD, GDD, Down Sindrome & etc.
[grey_cta href=”https://www.excelqhalif.com/excel-qhalif-playgroup/”]Read more[/grey_cta][/section]

[section]

Terapi Pertuturan & Terapi Carakerja

Kelas terapi ini adalah kelas1 to 1 diantara terapis dan anak istimewa. InsyaAllah, ia lebih khusus dalam penyelesaian masalah anak secara individu. Terapi Pertuturan atau Speech Program membantu anak anda yang mempunyai masalah komunikasi atau pertuturan. Manakala Terapi Carakerja atau Occupational Therapy lebih khusus dalam permasalahan sensori, tumpuan, modifikasi tingkahlaku dan sebagainya.
[grey_cta href=”https://www.excelqhalif.com/excel-speech-program/”]Read more[/grey_cta][/section]

[section]

Program Intervensi Awal

Program ini adalah kombinasi diantara speech program, terapi carakerja dan pendidikan khas. Ia berlangsung dalam kumpulan yang kecil diantara 6 atau 7 orang pelajar dengan pemantauan 3 orang guru terlatih. Program ini lebih intensif selama 3 hari seminggu. Ia dirangka untuk meningkatkan kemahiran motor kasar & halus, kemahiran bahasa, membaca, menulis serta pengenalan nombor, kemahiran kendiri & sosial.
[grey_cta href=”https://www.excelqhalif.com/early-intervention-programme/”]Read more[/grey_cta][/section]

[section]

Kelas Percubaan (Trial Class)

Selain kelas-kelas yang sedia ada, Excel Qhalif juga memberi ruang dan peluang kepada ibubapa untuk mencuba sendiri kelas playgroup kami. Dari sini juga ibubapa dan anak-anak boleh merasai keseronokkan dan menimba pengalaman dari kelas percubaan ini. InsyaAllah, disamping itu ibubapa juga boleh menilai keberkesanan kelas & bertanya kepada guru-guru yang terlibat selepas sesi kelas berlangsung.
[grey_cta href=”https://www.excelqhalif.com/kelas-playgroup-percubaan/”]Read more[/grey_cta][/section]

Pin It on Pinterest