Excel Qhalif merupakan sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak sejak tahun 2011 lagi. Antara program utama yang dijalankan oleh Excel Qhalif adalah Excel Qhalif Playgroup yang bermatlamat membina daya keyakinan diri anak-anak dan meningkatkan interaksi sosial bersama rakan sebaya. Alhamdulillah, ia diperakui oleh ramai ibubapa yang telah menyertai kami; program yang direka khusus ini mampu meningkat perkembangan bahasa, komunikasi, fizikal dan minda anak-anak. Program Excel Qhalif Playgroup (EQP) ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 20 bulan hingga 4 tahun dan kelas berlangsung dalam Bahasa Inggeris yang mudah sebagai bahasa penghantar. Para ibubapa juga berpeluang turut serta dalam setiap aktiviti kelas. Excel Qhalif juga menganjurkan Excel Speech Program; khusus untuk anak yang lambat bercakap dan mengalami masalah komunikasi. Disamping itu juga terdapat program-program lain seperti Terapi Carakerja (Occupational Therapy), Program Intervensi Awal (Early Intervention Program), Playgroup for Baby & Playgroup Xtra yang direka khusus untuk anak-anak istimewa seperti Autisme, GDD, ADD, ADHD, Down Syndrome dan etc. Kami turut memberi khidmat nasihat kepada ibubapa yang terlibat bagi membantu mereka dan anak mereka. InsyaAllah.
Apa Kata IBUBAPA di Excel Qhalif..
[border]
Tn. Muslih Thani - Perunding Hartanah
Perkembangan Aula sangat baik. Tinggal satu modul sahaja lagi. Rindu EQ lepas ni. Tenaga pengajar yang komited! Energetik dan modul yang berkesan menjadi EQ satu tempat yang baik bagi perkembangan anak-anak. Saya melihat sendiri kawan-kawan Aula yang pada mulanya buat hal sendiri perlahan-lahan mula mengikuti apa yang teacher tunjuk. Tahniah EQ!
Pn. Zawati Wazir
Alhamdulillah sangat2 membantu Aisyah Dania. Congrates Teacher Meera! Doakan yang terbaik untuk dia ye...
Pn. Knur Surayati Razali
One hour quality time for parents & kids! Banyak input yang membantu intelektual, kreativiti, skill, self-confidence & pertuturan anak. Boleh nampak peningkatan & perubahan pada anak saya. Aktiviti EQ juga boleh dipraktikkan juga di rumah untuk memenuhi masa keluarga.
~Tq Teacher Ayu & team EQ. =)
Pn. Arora Ateh
Tiap2 hari Sabtu senang pulak kejut bgn pagi, mandi. Walaupun kat kelas masih malu2 tapi banyak gak perubahan & perkembangan dia..TQ teacher semua
Pn. Rina Jamilia Jamaluddin
Teacher baik2 Dareesa loveee teachers so muchhh muahhh..
Pn. Shamsina Safini
Definitely good for speech delay kids. Anak saya mempunyai masalah speech delay. Sebelum menyertai playgroup, dia hanya boleh menyebut kurang dari 5 perkataan. Setelah menghadiri playgroup di Excel Qhalif, dia sudah bole buat ayat.
Pn. Eyra Eiya
Syukur dipertemukan dgn Excel Qhalif. Alhamdulillah Adam Muaz ade perubahan yang sangat positif. Semoga maju jaya.
[border]
[section]
Excel Qhalif Playgroup & Playgroup Xtra
Playgroup ini direka khusus untuk merangsang kemahiran sosial, komunikasi serta perkembangan anak. Uniknya program ini, ia melibatkan penyertaan ibubapa. Excel Qhalif Playgroup direka bagi anak-anak tipikal (NORMAL) 20 bulan -4 tahun. Manakala Playgroup Xtra direka khusus untuk anak-anak istimewa seperti ADD, Speech Delay, Autisme, ADHD, GDD, Down Sindrome & etc. [grey_cta href=”https://www.excelqhalif.com/excel-qhalif-playgroup/”]Read more[/grey_cta][/section]
[section]
Terapi Pertuturan & Terapi Carakerja
Kelas terapi ini adalah kelas1 to 1 diantara terapis dan anak istimewa. InsyaAllah, ia lebih khusus dalam penyelesaian masalah anak secara individu. Terapi Pertuturan atau Speech Program membantu anak anda yang mempunyai masalah komunikasi atau pertuturan. Manakala Terapi Carakerja atau Occupational Therapy lebih khusus dalam permasalahan sensori, tumpuan, modifikasi tingkahlaku dan sebagainya. [grey_cta href=”https://www.excelqhalif.com/excel-speech-program/”]Read more[/grey_cta][/section]
[section]
Program Intervensi Awal
Program ini adalah kombinasi diantara speech program, terapi carakerja dan pendidikan khas. Ia berlangsung dalam kumpulan yang kecil diantara 6 atau 7 orang pelajar dengan pemantauan 3 orang guru terlatih. Program ini lebih intensif selama 3 hari seminggu. Ia dirangka untuk meningkatkan kemahiran motor kasar & halus, kemahiran bahasa, membaca, menulis serta pengenalan nombor, kemahiran kendiri & sosial. [grey_cta href=”https://www.excelqhalif.com/early-intervention-programme/”]Read more[/grey_cta][/section]
[section]
Kelas Percubaan (Trial Class)
Selain kelas-kelas yang sedia ada, Excel Qhalif juga memberi ruang dan peluang kepada ibubapa untuk mencuba sendiri kelas playgroup kami. Dari sini juga ibubapa dan anak-anak boleh merasai keseronokkan dan menimba pengalaman dari kelas percubaan ini. InsyaAllah, disamping itu ibubapa juga boleh menilai keberkesanan kelas & bertanya kepada guru-guru yang terlibat selepas sesi kelas berlangsung. [grey_cta href=”https://www.excelqhalif.com/kelas-playgroup-percubaan/”]Read more[/grey_cta][/section]