Tentang Kami

Teacher Ayu merupakan seorang wanita yang bersemangat waja dan sangat komited dalam memberi ‘support team’ terhadap masyarakat dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Beliau percaya setiap anak yang dilahirkan penuh dengan bakat dan keistimewaan yang tersendiri, terpulang pada ibubapa bagaimana untuk mencungkil bakat mereka.

Beliau juga yakin setiap anak itu datangnya dengan pelbagai ujian dan ganjaran. Sekiranya terhadap sebarang gangguan tumbesaran terhadap anak, cara terbaik adalah kita keluar mencari sokongan pakar tanpa menunggu.

Berpengalaman secara formal selama hampir 2 tahun setengah di dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak khususnya pengajaran berkonsepkan ‘play & learn‘ menjadikan beliau cekap menangani pelbagai tingkahlaku anak-anak di bawah usia 4 tahun.

Aktiviti kelas yang menyeronokkan

Melalui penyertaan beliau dikebanyakkan seminar, on-site training, usrah, program keibubapaan banyak memberi kesan kepada pengajaran dan modul di bawah jenama Excel Qhalif ini praktikal digunakan mengikut peredaran semasa pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia ini.

Lahirnya Excel Qhalif melalui pelbagai proses pengalaman, penyelidikan dan pemerhatian di dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini cukup mendewasakan Excel Qhalif dalam memberi pendidikan yang terbaik kepada masyarakat.

551347_10202595747838668_1043978386_nLebih berkesan apabila kaedah pembelajaran di kelas yang menyeronokkan tetapi berkualiti menjadikan program Excel Qhalif Playgroup diterima hebat oleh masyarakat bukan sahaja dari sekitar Bandar Baru Bangi, tetapi ada juga yang jauh datang dari Ipoh dan Terengganu.

Beliau percaya dengan memberi pendekatan pembelajaran yang santai dan seronok akan memberi lebih impak dan kesan positif kepada perkembangan minda dan sahsiah anak-anak.

Lebih-lebih lagi peranan ibubapa itu sendiri memberikan komitmen yang baik setiap minggu hadir ke kelas membantu proses pembelajaran anak mereka ke tahap yang optimum.

 

Seorang usahawan muda yang mempunyai banyak pengalaman di dalam bidang latihan dan seminar berkaitan minda dan

metafizik. Ditambah dengan iltizam dan pengolahan idea-idea yang tersendiri, beliau yakin dalam mengemudi dan membawa jenama Excel Qhalif ke peringkat yang tertinggi.

En Mohd Yusmi b. Yusof yang juga suami kepada Teacher Ayu mengalas tangungjawab sebagai Rakan Pengasas dan Penasihat Korporat di Excel Qhalif. Beliau mendukung amanah untuk memberi khidmat konsultansi dan runding cara terhadap perjalanan pengurusan Excel Qhalif yang beroperasi di Bangi dan cawangan disekitarnya.

Kepakaran beliau di dalam menterjemahkan produk perkhidmatan (services) kepada nilai yang boleh dirasai oleh pengguna tidak boleh dinafikan. Beliau sendirinya berjaya meletakkan jenama Excel Qhalif mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan cara dan teknik olahan jaringan pemasaran yang efektif. Mungkin ilmu yang ditimba ketika di menara gading di dalam bidang Rekabentuk dan Grafik Hiasan banyak membentuk pemikiran ‘luar kotak’ beliau.

Berbekalkan pengalaman beliau yang sebelum ini menjalankan Seminar Minda Separa Sedar dibawah label Evolusi Minda menjadikan beliau sangat arif tentang selok belok perniagaan berteraskan perkhidmatan seperti ini.

Hasil garapan modul yang baik semasa di Evolusi Minda, menjadikan beliau seorang yang pakar dalam menghasilkan program-program serta modul yang berkesan dikalangan anak-anak prasekolah. Beliau juga yakin dengan memasukkan unsur jiwa ,soul’ di dalam setiap program di Excel Qhalif akan memudahkan kita mendidik anak-anak secara praktikal dan holistik.

 

Ustazah Hafsah binti Sulaiman merupakan Guru Al-Quran yang tidak asing lagi di sekitar bandar Klang, Selangor. Beliau bertindak sebagai Penasihat Hal Ehwal Pendidikan di Excel Qhalif. Memulakan arena perguruan di dalam pendidikan awal kanak-kanak seawal tahun 1990-an lagi. Ilmu pertama yang ditimba apabila diberi amanah dalam menjadi guru sepenuh masa di Taska Safa, Lembah Keramat selama 1 tahun sebelum meneruskan kecintaannya terhadap bidang perguruan ini di Tadika ABIM.

Jiwanya semakin meruntun untuk menjalankan perkhidmatan Tadika dan Taska mengikut idea dan kreativitinya sendiri sehingga tertubuhnya Tadika dan Taska Qurratu Ain (Penyejuk Mata) pada tahun 1998. Perkhidmatan beliau sangat diterima ramai apabila pernah menjalankan kelas pengajian Qiraati dikalangan anak-anak yang berumur 4 sehingga 12 tahun seramai 170 pelajar dalam satu masa. Kejayaan beliau bertambah manis apabila para pelajarnya mampu menguasai sebutan huruf hijaiyah dan bunyi huruf hijaiyah yang berbaris dalam tempoh yang singkat.

Disebabkan permintaan yang memberangsangkan, beliau mengukuhkan kehadirannya dengan penjenamaan Tadika dan Taska beliau di bawah nama Tadika dan Taska Ha Mas yang bermaksud Harapan Masyarakat. Antara teknik pengajaran ilmu Al-Quran yang memberi maklumbalas yang baik dikalangan ibubapa ialah penggunaan kaedah pelajaran ‘play & learn’ yang menggunakan pelbagai bahan bantuan mengajar seperti flash cards dan hafalan dalam bentuk nyanyian.

Bertepatan dengan jiwa dan aspirasi beliau yang ingin menerapkan ilmu dikalangan pelajar melalui pembelajaran yang santai dan menyeronokkan, beliau juga menjadi salah seorang tulang belakang disebalik perjalanan kelas di Excel Qhalif. Pengalaman yang diraih belasan tahun dicurahkan di Excel Qhalif tanpa jemu demi untuk memberikan pendidikan yang terbaik terhadap masyarakat terutama ilmu Al-Quran. Beliau yakin Excel Qhalif akan menjadi salah satu institusi pelopor pembelajaran yang berorientasikan ‘play & learn’ di dalam subjek teras mahupun Ummul Kitab.

Insha’Allah.

 

 

 

Pin It on Pinterest