Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ini mungkin post pertama saya di blog ini. Alhamdulillah dengan bantuan beberapa pihak siap juga akhirnya web dan blog ini. Saya secara peribadi berterima kasih atas bantuan tersebut. Dengan adanya ruangan sebegini bolehlah saya berkongsi cerita, pengalaman dan pengetahuan dengan umum. Memang itu telah menjadi cita-cita saya sekian lama. 🙂

InsyaAllah perkongsian lebih kepada perkembangan kanak-kanak hinggalah remaja dari segi emosi, mental, spiritual dan fizikal mereka. Kita yang dewasa ini tidak dapat lari untuk mengenali mereka. Maka ilmu sangat penting dalam tujuan tersebut. Tambahan pula pendedahan media zaman sekarang yang tiada batas. Menyerang minda kanak-kanak sejak mereka mentah lagi. Tidak seperti zaman kita dahulu.

Playstation, X-Box, internet game menjadi sebahagian rutin dan makanan minda anak sekarang. Tapi sejauh mana ia mampu menyumbang kepada self esteem dan kendiri positif mereka? Kehadiran gadget ini pasti ada yang baik dan tidak. InsyaAllah saya akan huraikan perkara ini lanjut di tulisan akan datang.

Selain itu, saya juga kongsikan tentang pemakanan sihat untuk si kecil anda. Harapnya ia memberi anda satu pendedahan yang berguna. Sesuai dengan tagline Excel Qhalif, Mutiara Minda Masyarakat (3M) 🙂

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply