Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar saudara-saudari sekalian sekeluarga? Harapnya memperoleh hujung minggu yang berkualiti bersama keluarga baru-baru ini. Pada coretan saya kali ini, saya berbesar hati ingin berkongsi antara aktiviti anak-anak di playgroup kami. Nampaknya mereka semakin pandai menghargai ibu bapa dan alam sekeliling mereka dari semasa ke semasa. Well done, mashaAllah. 🙂

Jika masih ingat artikel saya yang lepas tentang ‘I Love Mummy’ bagaimana kreatifnya mereka menghasilkan ‘Flower Crown’ untuk ibu tersayang. Sangat menarik bukan? Ianya umpama satu pendedahan awal kepada mereka bagaimana untuk meraikan Hari Ibu akan datang, insha’Allah. Semestinya sangat mudah & murah !

Kali ini adalah giliran bagi ayah pula. Bertemakan ‘I Love Daddy’, anak-anak dilatih untuk bebas bereksperimen dalam menghasilkan hadiah yang istimewa untuk ayah mereka. Hanya menggunakan sehelai kertas lukisan, kertas warna, gam serta crayon cukup untuk menjadikan ‘Shirt for Daddy’ menjadi lebih menarik.
Di bawah ini saya kongsikan hasil kreativiti si celik kami.

“Cantiknya shirt papa ni”, kata salah seorang bapa yang hadir di kelas tempohari. Lantas si anak membalas , “I love u papa” dan mereka saling berpelukkan…Teruja serta gembira tak terhingga si bapa apabila anak yang seusia 2 tahun itu memberinya hadiah. Original dan unik pula tu dan pastinya ianya merupakan kenangan terindah bagi mereka sekeluarga.

Semoga perkongsian saya kali ini dapat dimanfaatkan oleh para pembaca sekalian di rumah bersama anak-anak tersayang. Bukan kuantiti masa yang ditekankan, tetapi ialah kualiti masa yang diperolehi bersama. Insha’Allah kita berjumpa lagi di masa akan datang. Semoga Allah S.W.T merahmati anda sekeluarga.Salam hormat dan jumpa lagi.

Pin It on Pinterest

Shares
Share This