smartkid-250x214-150x150

10 Tips Mendidik Anak Menjadi Seorang Yang Bijak (Bhgn 1)

Pastinya setiap daripada kita meletakkan doa dan harapan yang tinggi agar anak yang ditatang sejak kecil membesar menjadi anak yang bijak, sihat dan berjaya di dunia dan akhirat. Tetapi kita masih buntu dan tercari-cari bagaimana cara yang terbaik bagi merelisasikan impian kita itu. Mungkin sedikit tips dan perkongsian ini dapat membantu anda sekeluarga. :)

Sesuai dipraktikkan : Semua lapisan umur anak anda (All ages)

1. Berinteraksi dengan anak anda, bermain dengan mereka dan buatkan mereka rasa disayangi- Ahli-ahli sains merumuskan bayi yang tidak diberi kasih sayang, kebebasan untuk bermain yang secukupnya akan mengakibatkan perkembangan otak mereka terbantut. Mereka juga bersependapat, bayi yang tidak diberikan galakan dan dorongan secukupnya akan merasa terpinggir, rendah diri, lemah berfikir dan adakalanya menyebabkan kematian.

Sebaliknya, kajian membuktikan bahawa bayi yang mendapat cukup kasih sayang, maksimum interaksi bersama ibubapa dan diberi ruang untuk bermain bersama rakan mempunyai kesan yang hebat dalam pembangunan minda dan intelek mereka. Nilai kasih sayang dan interaksi sosial inilah menjadi asas kepada pertumbuhan minda dan kemahiran bayi anda di masa akan datang.

2. Berilah mereka ruang bermain- Apabila seseorang anak itu bermain, ia sebenarnya membentuk kemahiran intelek, sosial, fizikal dan emosi anak anda agar lebih stabil. Aktiviti permainan yang sihat ini dapat melatih anak anda berfikir secara kreatif, mencuba idea-idea yang baru, meluahkan rasa mereka dalam seni lukisan yang sukar mereka lafazkan melalui percakapan. Perbezaan ketara akan dilihat dari segi hasil lukisan yang mereka lakukan. Anak-anak yang tertekan atau kurang layanan pasti melukis sesuatu gambaran seperti mereka berada dalam kurungan. Oleh itu, bimbingan dan psikologi sejak kecil ini amatlah penting dalam membesarkan mereka.

3. Bacalah buku bersama anak anda – Mulakan sesi pembacaan bersama mereka seawal usia yang mungkin walaupun mereka tidak tahu membaca. Pendedahan ini penting bagi memberi pendedahan awal pembangunan kemahiran bercakap mereka. Kanak-kanak yang didedahkan budaya membaca sejak awal, minat membaca akan mudah ditanam, cemerlang di sekolah dan berjaya apabila dewasa kelak. Pelbagai ilmu yang mereka perolehi ini akan membentuk anak anda menjadi seorang yang bijak.

4. Galakkan anak anda bermain – Aktiviti riadah dan permainan bukan hanya membentuk otot mereka menjadi kuat, malah menjadikan mereka seorang yang bijak ! Bermain akan meningkatkan pengaliran darah ke otak dan membantu membina sel otak yang baru. Otak si kecil anda masih di dalam proses awal untuk berkembang. Justeru itu, mereka memerlukan banyak latihan, permainan dan eksperimen secara langsung untuk kecerdasan dan perkembangan minda yang terbaik.

5. Bercakaplah dengan mereka – Ini akan membantu menguatkan kemahiran komunikasi
mereka. Cara ini juga membantu memberi mereka semangat untuk berkomunisi bersama rakan yang lain dan seterusnya melatih sifat keyakinan yang tinggi dalam dirinya. Cara ini juga akan melatih anak anda untuk bagaimana menyusun ayat percakapan yang betul melalui ‘peniruan’ cara anda bercakap !

Sambungan bahagian ke-2 >disini<.. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda sekeluarga.

 

*******

Artikel ini ditulis oleh Teacher Ayu dari ExcelQhalif.

Sehubungan dengan itu juga Excel Qhalif menjemput tuan/puan dan si manja anda ke Kelas PERCUMA Excel Qhalif Playgroup yang berlangsung hampir setiap hujung minggu. Ruangan kelas ini diadakan khas untuk anak anda mengalami sendiri modul kami. Disamping perolehi hujung minggu yang berkualiti bersama anak-anak, si manja juga mendapat ilmu, berinteraksi dan bersosial secara sihat. Ibubapa dan si manja dari usia 18 bulan ke 5 tahun dijemput hadir. Bukan untuk orang lain tetapi untuk anak anda. InsyaAllah. Klik banner di bawah untuk ketahui jadual, lokasi dan daftarlah sekarang!

Teacher Ayu (88 Posts)

Artikel ini ditulis oleh Teacher Ayu. Beliau merupakan pengasas Playgroup di Excel Qhalif dan mempunyai pengalaman lebih dari 5 tahun dalam pendidikan awal kanak-kanak. Beliau juga berminat berkongsi ilmu dengan menulis di blog dan menjadi penulis jemputan dalam beberapa penulisan buku pendidikan awal anak-anak. Antara buku yang mendapat sentuhan dan perkongsian beliau adalah berjudul "Ibu Aku Ingin Tahu". Selain itu, beliau juga mempunyai kepakaran dalam bidang 'speech & languange' bagi membantu anak-anak yang lambat bercakap. Excel Speech Program diwujudkan oleh beliau khusus bagi 'memberi suara' buat anak-anak istimewa ini. InsyaAllah.



 


Leave a Reply

*
= 4 + 1


Sertai Kelas Percubaan

Langgan Blog Kami Secara PERCUMA

Jika anda minat artikel dari blog ini, sila masukkan emel anda di bawah. Artikel-artikel terkini akan dihantar terus ke emel anda:

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Selepas itu, sila periksa emel anda (inbox@spam) dan klik link yang diberi untuk pengesahan. Terima kasih.

Excel Qhalif FB Fan Page

FB LIKE


Excel Qhalif di Media


Video Bulan Ini


Archives





bottom