Pada sesi kelas playgroup yang lepas bertemakan Shapes & Colours, saya amat kagum dengan kreativiti dan imaginasi anak murid saya. Mereka berjaya menghasilkan sebuah keretapi yang berwarna-warni dengan pelbagai cerita disebaliknya.

 

Tekun sungguh mereka semua ketika saya menerangkan bagaimana
untuk menghasilkan sebuah keretapi pada sesi ‘Art & Craft’ nanti…

Dan hasilnyaaaa….

.← Ainil akan mewarnakan keretapinya mengikut warna kesukaannya iaitu  merah jambu dan bagi Amir pula pastinya warna biru dan hitam jadi pujaan hatinya.

Yang paling menarik dan mencuit hati kami di kelas, tatkala sesistory-telling bersama saya tentang keretapi yang mereka hasilkan. Bila saya tanyakan pada Hana, ‘Nak pergi mana Hana dengan train tu ?’… Hana menjawab, ‘Hana nak pergi Mekah’… Satu kelas ketawa dan sangat kagum dengan imaginasi Hana. Tambah mencuit hati saya dan ibu bapa yang hadir apabila ada yang mengatakan nak pergi berjalan-jalan ke Tesco naik keretapi pun ada ! Hihihihi…

Amir kata keretapi yang dia hasilkan tu beautifullllll....Clever boy !

Puas rasanya apabila dapat mengembirakan kanak-kanak yang masih kecil ini dan dalam masa yang sama dapat memberi input yang baik.

Rasa bangga dan gembira juga terpamer pada setiap ibu bapa di kelas kami apabila dapat menyaksikan perkembangan anak mereka depan mata mereka sendiri.

Alhamdulilah, terima kasih Allah.

Semoga berjumpa lagi !

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply