Berguraulah dengan anak-anak kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok bersama mereka hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usiklah mereka asalkan hubungan semakin rapat.

Mendidik anak dengan ikhlas, sungguh-sungguh dan penuh kasih sayang akan memberi kesan psikologi yang dalam kepada anak. Anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang akan mempunyai perkembangan emosi yang stabil malah lebih menghormati kita.

Sebuah hadis Rasulullah S.W.T bermaksud :-

“Sesiapa yang tidak menyayangi manusia, maka dia tidak akan disayangi oleh Allah”

Sebagai ibubapa kita boleh menzahirkan kasih sayang tetapi hendaklah dalam bentuk yang sesuai dan bukan dengan kebendaan semata-mata untuk mempengaruhi mereka. Walaubagaimanapun, tempoh masa amat diperlukan bagi menzahirkan betapa anda mencintai dan menghargai mereka dengan kasih sayang yang sebenar.

5  Tips yang boleh dikongsikan adalah :

1.Sentuhan                                                                                                                      

Sentuhan sederhana pada kepala, bahu atau belakang ketika bercakap dengan mereka. Peluklah anak anda setiap hari dengan penuh kasih sayang bagi mengukuhkan hubungan rohani antara anda dan anak. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

2.Sabar dan Istiqamah

Kadangkala kerenah anak boleh membuatkan kita hilang tahap kesabaran. Tanamkan dalam diri anda, ‘Aku ingin menjadi Role-Model terbaik pada anakku’. Semat kata-kata ini agar kita tidak terlepas mengeluarkan sebarang kata-kata yang tidak elok dihadapan mereka. Insha’Allah, semakin hari kita istiqamah dengan cara berhemah menangani sikap anak, mereka dengan sendirinya akan berubah ke arah kebaikkan.

3.Ungkapan                                                                                                                                    

Zahirkan kasih sayang dengan ungkapan pujian atau pertanyaan.  Mungkin ungkapan berbunyi, “Umi sayang pada Irsyad, Irsyad sayang Umi tak ?”. Ungkapan seperti ini mesti disesuaikan dengan situasi yang tenang agar dapat memberi kesan yang terbaik.

4.Saling menghargai

Hargailah barang permainan kesayangan mereka. Dalam masa yang sama juga, mereka akan menghargai barang kesayangan kita. Mintalah kebenaran/izin daripada anak jika kita ingin membuang barang permainan mereka walaupun sudah rosak.

5.Menatap Wajah Anak

Lihat dan pandanglah wajah anak apabila mereka sedang bercakap. Renunglah mata dan wajah anak dengan penuh kasih sayang ketika berbual, akan memberi kesan emosi positif yang mendalam. Seterusnya, perhatian mereka terhadap percakapan dan arahan kita juga akan meningkat apabila kita memfokuskan pandangan hanya pada mereka.

Bukankah Rasulullah mengajarkan kita supaya mengadap badan kepada seseorang ketika bercakap dengannya, bukan sekadar menoleh muka kita kepadanya.

Berilah anak anda pujian sekiranya mereka memperolehi kejayaan walaupun kecil. Pujian merupakan penghargaan. Penghargaan yang diberi melambangkan sebahagian kasih sayang. Buktinya, orang yang tidak menyayangi kita, tidak akan memuji kita walaupun sekali.

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,

2 comments

  1. syahida says: July 25, 2012
    • admin says: July 25, 2012

Trackbacks and pingbacks

No trackback or pingback available for this article

Leave a Reply