Nyanyian dan penceritaan menggunakan audio visual merupakan minat anak-anak. Ini akan membolehkan imaginasi mereka berkembang pesat dan mudah memahami apa yang diajar.

Contoh terbaik adalah kartun animasi ‘Upin & Ipin’ ataupun Boboiboy menjadi buah hati mereka. Upin suka makan ayam, anak kita pun nak makan ayam kan ?

Apabila mereka melihat pergerakan dan karakter kartun animasi tersebut di kaca televisyen dan disitulah mereka mudah meniru dan melakukan apa yang dilihat.

Pakar psikologi kanak-kanak Mr Piaget mengatakan, kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan ke bawah mempunyai kelemahan dalam berfikir secara logik atau dalam istilah lainnya ialah lack of  ‘concrete operational thinking‘.

Pemikiran yang rasional hanya terbentuk ketika mereka berumur 10 atau 11 tahun sahaja.

Oleh itu, teknik pembelajaran juga perlu digubah seiring peredaran teknologi semasa agar mudah difahami oleh anak-anak seterusnya imaginasi mereka berkembang dengan cemerlang.

Di Excel Qhalif, anak-anak berpeluang untuk menjalani kelas yang menyeronokkan apabila mereka boleh bermain, mewarna, berdoa dan sekaligus dapat menonton interaktif video dalam segmen    ‘TV’s Time’ mengikut tema setiap minggu bersama ibubapa.

Segmen Interaktif di dalam kelas kami boleh di tontoni di bawah ini dan semoga terhibur :

Alhamdulilah, terima kasih ibubapa semua yang prihatin dengan amanah dan tanggungjawab yg diberikan Allah ini.

Jumpa nanti di kelas setiap Sabtu ya ♥

==================================================================================

Berita baik bagi yang berminat untuk menyertai kelas EQ Playgroup, kerana kami mengadakan sesi Kelas PERCUMA Sabtu ini.

Klik link di bawah untuk mendaftar.

Tags: , , , , , , , , , ,

1 comment

Trackbacks and pingbacks

No trackback or pingback available for this article

Leave a Reply