Berkomunikasi merupakan antara elemen terpenting dalam kehidupan kita seharian. Apatah lagi buat anak-anak. Anak yang normal mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi atau bercakap sejak dari lahir. Hanya berbeza caranya sahaja berbanding kita yang dewasa.

Masalah untuk bergaul bersama rakan dan orang sekeliling akan timbul apabila anak-anak lambat bercakap.Seseorang anak yang mempunyai masalah bercakap boleh kita kenali sejak mereka berumur 4 bulan lagi. Mengikut statistik gangguan komunikasi ini hampir 5-10% wujud dikalangan anak-anak hari ini dan nampak semakin membimbangkan para ibubapa.

Mari kita lihat ciri-ciri masalah gangguan komunikasi atau oral dikalangan anak-anak di bawah ini :

1) Usia 4-6 bulan     – Tidak meniru suara yang diucap oleh kedua ibubapanya.

– Masih tidak menunjukkan reaksi untuk ketawa atau berceloteh

2) Usia 8-10 bulan   – Belum pandai bertindak balas atau menyahut apabila dipanggil namanya

3) Usia 12-15 bulan  – Belum pandai membuat mimik muka yang pelbagai

– Tidak menunjukkan aksi untuk bercakap apabila menginginkan sesuatu

–  Belum dapat menyebut 1-3 patah kata

4) Usia 18- 24 bulan – Belum mampu menyambungkan 2 perkataan menjadi 1 ayat yang mudah

–  Tidak memahami fungsi alatan yang ada di rumah seperti sikat, sudu atau pinggan dan

sebagainya

– Belum mampu meniru kata-kata atau perbuatan ibubapa atau orang lain

– Tidak mampu menunjukkan anggota tubuh mereka apabila ditanya. Contohnya, ‘where is your nose Aiman?’ atau sebagainya

5) Usia 30-36 bulan – Tidak pandai menggunakan ayat yang sederhana

– Pertanyaan dan tidak dapat dipahami oleh orang lain selain anggota keluarga

6) Usia 3-4 tahun  – Tidak menunjukkan minat untuk berkawan, bermain dan berkomunikasi bersama rakan sebaya

– Tidak jelas perkataannya. Contohnya perkataan Mama, disebut Ama pada usia ini

– Pertuturan masih gagap dan sukar difahami

Masalah lambat bercakap ini juga berhubung kait dengan masalah kematangan perkembangan bahasa atau maturity development di kalangan anak-anak terutama bagi anak lelaki. Umumnya di usia 2 tahun atau 24 bulan adalah waktu yang jelas menunjukkan permasalahan oral pada anak-anak.

Masalah oral atau komunikasi ini terjadi adalah disebabkan oleh gangguan pendengaran, sistem sentuh dan lihat secara menyeluruh dan  gangguan kecerdasan yang dihadapi oleh mereka. Mereka juga mempunyai masalah kemahiran motor samada motor halus atau kasar yang jelas.

Cara untuk mengatasinya yang boleh dipraktikkan di rumah ialah :

1) Dimulakan dengan mengajar mengaji Al-Quran bersama anak dirumah sekerap yang mungkin. Ajarkan supaya mereka mampu menyebut sebutan huruf hijaiyyah dengan betul makhraj dan bunyinya. Lakukan setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit secara berkualiti (iaitu anak fokus) secara istiqamah.

2) Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak badan atau tangan. Gunakan ayat yang pendek tapi bermakna. Tanya banyak soalan kepada anak. Pastikan anda ‘bercakap’ dengan si kecil dan bukan memberi arahan.

3) Ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan lagi bagi memanjangkan ayat berkenaan untuk memberikan contoh ayat yang lebih panjang.

4) Penceritaan melalui buku bergambar, flash cards ataupun video mampu meningkatkan peratusan deria rangsangan anak-anak. Visual mereka akan terangsang dan keinginan untuk bercerita juga akan membuak.

5)  Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya. Tetapi jangan paksa sekiranya anak tidak mahu bercakap atau bertindak balas pada soalan yang diberi. Mereka memerlukan masa ketika itu.

6) Belajar sambil menyanyi dan bermain bersama mereka. Anak-anak sangat sukakan muzik. Selitkan pembelajaran yang menggunakan muzik. Mengikut kajian dan testimoni kelas saya di Excel Qhalif Playgroup, anak-anak yang lambat bercakap ini mengambil masa hanya dalam 2 -3 minggu sahaja untuk bercakap dan menyanyi bersama.

Dan bagusnya mereka mengucapkan perkataan baru dalam bahasa Inggeris seperti di dalam kelas. Hebat anak-anak kecil ini !

Walaubagaimanapun, masalah gangguan komunikasi atau lambat bercakap ini bukanlah satu perkara yang membahayakan perkembangan anak-anak.

Cumanya sebagai ibubapa yang prihatin masalah ini boleh diatasi seawal yang mungkin bagi mengelakkan gangguan perkembangan anak-anak pada kemudian hari nanti seperti gangguan austisme, ADHD, disleksia dan sebagainya.

Bijak pandai ada mengatakan, “doktor yang baik bukanlah doktor yang memberikan pesakitnya ubat yang terbaik, tetapi doktor yang mencegah awal pesakitnya daripada jatuh sakit”

Salam kasih sayang,

Teacher Ayu di Excel Qhalif Playgroup

 

Tags: , , , , , , , , , ,

2 comments

  1. liana says: August 29, 2013
  2. kirin says: October 5, 2013

Trackbacks and pingbacks

No trackback or pingback available for this article

Leave a Reply