Anak anda masih tidak pandai bercakap ? Pelat dan bercakap terlalu laju yang kita sendiri tidak faham ?

Mengikut pengalaman saya, boleh dikatakan hampir 30-40 peratus maklumbalas ibubapa di kelas Excel Qhalif anak mereka tidak pandai bercakap.

Anak faham apa yang kita ucapkan kepada mereka tetapi mereka hanya sekadar tersenyum dan jika bercakap sekalipun bahasanya boleh dikatakan seperti ‘Bahasa German’.

Gangguan Percakapan dan Bahasa / Speech and Language Disorder

Gangguan percakapan ialah merujuk kepada masalah pembinaan atau susunan bunyi kosa kata yang terdiri daripada vowel (a,e,i,o,u). Manakala gangguan bahasa pula dirujuk sebagai masalah untuk memahami perkataan dan tidak boleh membina satu ayat untuk memberitahu sesuatu perkara, contohnya seperti ayat ini…‘Mama, abang nak susu’. Anak yang mengalami masalah bahasa ini hanya mampu menyebut…‘Su…su..su’ atau sekadar menunjuk ke arah botol susunya apabila ingin minum susu.

4 Kategori Gangguan Percakapan (Speech Disorder) Yang Ada Di Kalangan Anak :

  • Gangguan Artikulasi : Anak mempunyai kesukaran dalam mengeluarkan bunyi dalam suku kata atau menutur perkataan yang terlalu laju sehinggakan kita tidak mampu menangkap apa yang dikatakan. Di Excel Qhalif kami memperkenalkan kaedah ‘Phonics Awareness’ yang terbukti berkesan dalam membantu masalah gangguan percakapan anak seawal usia 2 tahun lagi.
  • Gangguan Kelancaran : Anak gagap dalam bertutur dan menutur perkataan secara ulangan seperti aa-aa-abang atau ke-ke-kereta. Mereka terhenti-henti untuk menghabiskan satu perkataan mudahAda juga yang terganggu kelancaran dari segi sukukata seperti ‘aaaaaabang’
  • Resonan dan Gangguan Suara : Anak mengalami kesukaran dalam mengawal volume dan kelantangan suara yang seakan menjerit. Gangguan ini sebenarnya bakal mengakibatkan ketidakselesaan pada anak apabila mereka ingin bercakap.
  • Disfagia atau Gangguan Oral & Pemakanan : Gangguan ini terdiri daripada kesukaran untuk menelan makanan dan kerap meleleh air liur pada umur sepatutnya perkara ini tidak lagi berlaku.

2 Kategori Gangguan Bahasa ( Language Disorder) :

  • Gangguan Terbuka : Kesukaran untuk memahami dan memproses bahasa untuk dituturkan. Mereka seakan ‘blur’ dan seperti terfikir-fikir apa yang hendak dibalas balik apabila berlaku komunikasi daripada ibubapa.
  • Gangguan Ekspresif : Anak mengalami masalah dalam membina satu frasa ayat yang mudah. Mereka juga terhad kosa kata/vocabulary, seterusnya menjadikan mereka sukar untuk berinteraksi dengan rakan sekeliling dalam lingkup sosial yang ada.

Cara Membantu Anak Lambat BercakapJalan Penyelesaian Yang Tersedia Ada

Tiada siapa yang tidak sayangkan anak. Apatah lagi jika anak itu telah ditunggu bertahun-tahun.

Kebanyakkan ibubapa di Malaysia sekarang ini boleh menarik nafas lega disebabkan pelbagai kaedah dan alternatif telah wujud dan terbukti mampu membantu permasalahan yang dihadapi.

1) Pakar Terapi Gangguan Bahasa / Specialists in  Speech-Language Therapy 

Kebanyakkan pakar terapi bagi masalah Speech Therapy ini atau lebih dikenali sebagai pakar patalogi Speech Therapy banyak disediakan perkhidmatan di Hospital Swasta seperti Hospital Pakar An-Nur Bandar Baru Bangi. Perkhidmatan ini juga boleh dirujuk di Hospital Putrajaya atau Serdang di kalangan hospital kerajaan tetapi memerlukan masa yang agak lama untuk set temujanji untuk berjumpa pakar.

2) Kelas Kemahiran Bersosial dan Aktiviti

Perkara untuk dalam hidup manusia ialah bersosial atau bergaul. Tak terkecuali bagi anak kecil. Melalui aktiviti sosial ianya secara tidak langsung melatih kemahiran bercakap dikalangan anak-anak. Dan pastinya latihan kemahiran ini tidak menekan anak kerana dijalankan secara santai atau ‘follow by the flow’.

Mengapa kita perlu menggunakan pendekatan ‘follow by the flow’ ? Secara pengalaman pendekatan ini lebih mudah anak untuk bertahan lama dengan aktiviti sosial yang diketengahkan. Dan kita tahu growth & development anak kita berlaku secara sedikit demi sedikit.

Ingat, tiada istilah keajaiban berlaku dalam satu malam. Berikan mereka masa untuk mereka bersatu dengan alam persekitaran untuk serlahkan potensi mereka yang sebenarnya. Di bawah ini antara beberapa platform yang mampu membantu anak :

  • Kelas Melukis dan Muzik – Melalui seni kreatif ini anak belajar bagaimana untuk meneroka anggota tubuh mereka dengan bermain bersama warna-warni yang menarik. Mereka juga mula belajar untuk sedar akan kegunaan anggota deria mereka dengan lebih berkesan. Secara praktikal mereka mula belajar untuk membezakan bunyi yang perlahan dan kuat serta bunyi yang merdu dan menyakitkan.
  • Kelas Playgroup – Untuk lebih formal dan melihat peningkatan mereka secara berperingkat, kelas yang menghimpunkan ibu dan ayah belajar serta bermain bersama anak itulah kelas playgroup. Kebanyakkan kelas playgroup dijalankan di hujung minggu kerana melibatkan penyertaan daripada ibubapa dan hanya berlangsung selama 1 jam sahaja seminggu. Namun bolehkah masalah dan kesukaran yang dialami boleh diatasi ?

Sekadar perkongsian, di bawah ini antara testimoni ibubapa yang menghantar anak mereka ke kelas playgroup di bawah jenama Excel Qhalif Playgroup.

Perkembangan Positif Nasrullah

Tiada kejayaan tanpa pengorbanan dan tiada juga usaha yang tidak membuahkan hasil. Setiap satunya menuntut kesabaran dan komitmen untuk hadir ke kelas saban minggu. Walaupun pencapaian anak kita tidaklah sehebat anak normal yang lain, setidak-tidaknya kita memberi peluang kepada anak dan diri kita sendiri untuk belajar di atas segala keistimewaan yang ada pada setiap anak kita.

Segera Bantu Anak Anda

Pada umur berapa saya patut membawa anak saya ke pakar atau program sosial ? Jawapannya, seawal yang mungkin. Selalu periksa perkembangan anak kita dengan anak rakan yang lain sesuai dengan umur dan kesihatan mereka. Jika anak kita di usia 2 atau 3 tahun masih tidak mampu bertutur secara minimal dengan baik, itulah tandanya kita perlu bantuan.

Walaupun pada permulaannya anak tidak menunjukkan perubahan yang membanggakan, berikan mereka masa dan tetap  membawa mereka ke platform yang diterangkan di atas kerana anak sedang menyesuaikan diri dengan perubahan corak/pattern hidup mereka.

Teacher Ayu
Excel Speech Program di Excel Qhalif
Untuk pertanyaan lanjut tentang Excel Speech Program boleh SMS atau WA  Teacher Ayu 019-669 2284 

Lagi artikel-artikel berkaitan:
1) 5 Faktor Asas Kenapa Anak Lambat Bercakap (klik sini)
2) Teknik 4S Untuk Bantu Anak Lambat Bercakap Di Rumah (klik sini)
3) Asas Berkomunikasi Dengan Anak Lambat Bercakap – Bhg 1 (klik sini)

*****

testimoni-speech

 ====================================

BERITA BAIK : Sesi ‘Trial Class’ Playgroup Kini DIBUKA (untuk anak 20 bulan hingga 4 tahun sahaja). Beri peluang anak anda merasai pengalaman manis dalam sesi kelas bersama kami. Anak bakal didedahkan dengan interaksi sosial yang sihat, perkembangan yang membantu kemahiran motor halus/kasar serta aktiviti belajar sambil yang meransang minda mereka. Klik link banner di bawah untuk mendaftar

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply