Setiap tahun, antara bulan Mei ke Oktober, jerebu yang tebal menyelubungi Malaysia dan seluruh Asia Tenggara dan menjejaskan kualiti udara. Tahap kualiti udara diukur melalui Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Tahap bacaan IPU pada 101 hingga 200 dikategorikan sebagai ‘Tidak Sihat’. Ketika itu pesakit asma dan lelah amat berisiko untuk melakukan aktiviti rutin di luar rumah.

Bagaimana keselamatan bayi ketika jerebu ini ?

Disebabkan udara yang tercemar, fenomena jerebu ini akan menganggu saluran hidung, tekak, kulit dan iritasi mata. Apabila kualiti udara mencapai tahap yang kritikal, partikel halus dalam jerebu boleh menembusi masuk ke dalam paru-paru bayi dan anak kecil.

Lebih menakutkan apabila bayi kita pernah mempunyai rekod masalah respitori (penafasan), sinutisis ,asma atau alergi kulit kesihatannya menjadi lebih terancam semasa musim jerebu.

Cara terbaik lindungi anak dan keluarga 

  • muslim-adoption-breastfeedingPenyusuan badan : Breastfeeding adalah cara terbaik untuk memberi antibodi dan sistem imun yang kuat pada bayi dan anak kecil. Walaupun mereka tetap terdedah kepada risiko penyakit selsema namun setidak-tidaknya melalui penyusuan ianya mampu mengurangkan tahap radiasi kepada mereka.
  • Jaga tahap kebersihan : Jadikan rutin dengan lebih kerap membasuh tangan dan muka. Tetap di dalam wudhu’ juga antara amalan kebersihan yang terbaik bagi membendung risiko penyakit yang mudah tersebar melalui udara.
  • Pemakanan sihat : Sayur-sayuran dan buahan antara sumber semulajadi yang bagus untuk menambah kekuatan sistem imun tubuh kita dan anak-anak. Olah diet harian mereka dengan sayuran hijau yang segar seperti bayam, brokoli dan sebagainya bagi bekalan nutrisi asli badan mereka.
  • sujudBersujud : Apabila kualiti udara tercemar, kandungan gas oksigen akan berkurangan yang mengakibatkan penafasan kita terganggu ketika musim jerebu ini. Bersujud ketika solat adalah proses menyalurkan oksigen ke otak dan seluruh badan kita. Oleh itu, sebagai orang Islam bersujudlah dengan lebih lama atau kerap untuk mengalirkan oksigen tetap ke otak kita, Yang terbaik ajaklah anak-anak bersolat dan bersujud bersama kita. Secara tak langsung ianya menjadi salah satu amalan rohani buat kita sekeluarga semasa dan selepas musim jerebu ini.
  • Kanta lekap : Jika kita memakai kanta lekap, dicadangkan agar tidak memakainya ketika jerebu ini. Pakailah cermin mata sahaja untuk mengelakkan risiko untuk terkena iritasi mata. Ingat, ‘malang tidak berbau’.
  • Wear maskTopeng muka : Apabila kualiti udara telah mecapai julat bacaan IPU 150 dan ke atas, pemakaian topeng muka adalah diwajibkan apabila beraktiviti luar. Topeng muka mampu menapiskan partikel halus dan mencegah kita daripada menyedut partikel jerebu dari udara. Ganti topeng anda apabila ia menjadi kotor atau kehilangan bentuk.

 

Sebelum itu juga, pastikan di rumah kita mempunyai termometer untuk memantau suhu badan anak-anak . Jika suhu badan mereka meningkat, bertindaklah cepat untuk membawa berjumpa doktor.

Semoga sentiasa sihat dan sejahtera.

Teacher Ayu

———————————————————————————————————————————————

Teacher Ayu merupakan salah seorang tenaga pengajar dan juga pengasas Excel Qhalif. Kepakaran beliau dibidang pendidikan awal kanak-kanak dalam meningkatkan fokus dan minat anak terhadap pelajaran. Beliau juga telah mengajar hampir 200 orang pejalajar yang mendaftar di program Excel Qhalif Playgroup dan menjadi guru kegemaran buat anak murid dan ibubapa di Excel Qhalif.

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply