Orang Malaysia terutama orang Melayu antara bangsa yang sangat mementing adab sopan di dalam pergaulan.

Hinggakan adanya pepatah mengatakan, “biar mati anak jangan mati adat”. Begitu kuat sekali pegangan orang-orang tua dahulu kala.

Semakin moden dunia hari ini, perkara yang semakin jelas terhakis ialah adab sopan atau good manners anak-anak muda terhadap orang tua sekeliling. Di sekolah jika ditegur oleh guru, kereta guru itu akan ditoreh atau dipancitkan. Sedih bila dikenangkan zaman kita dahulu dan anak masa kini yang dunia serba maju, tapi mundur dari segi adab dan tingkahlaku baik ini.

Aktiviti kelas Excel Qhalif yang sangat menekankan nilai-nilai ini

Line up to get craft from teacherUntuk para ibubapa yang menyertai kelas Excel Qhalif Playgroup, saya harap teruskan praktis aktiviti melatih tingkahlaku positif / good manners yang setiap minggu kita latih mereka di dalam kelas untuk dipraktikkan di rumah juga seperti di bawah ini :

# Lepas main toys, minta anak kemas semula toys seperti di dalam kelas ; simpan crayon balik dalam kotak simpanan dan sebagainya

# Pandang sekeliling, ada sampah lepas main gumpal kertas yang sudah tidak digunakan dan direct mereka untuk buang ke dalam tong sampah.

Gunakan signal lagu CLEAN UP song seperti yang di ajar di dalam kelas.

# Kongsi mainan bersama adik-adik atau orang lain seperti sepupu, kawan dan jiran.

# Selalu salam dan cium tangan dengan uncle & auntie / grandparents apabila jumpa.

# Selalu ingatkan anak untuk ucap thank you/ terima kasih kepada ibubapa selepas dapat apa yang diminta walaupun hanya membuat susu botol sahaja.

# Jangan skip makan bersama terutama waktu makan malam. Dan biasakan solat berjemaah bersama. Belikan telekung yang comel untuk menarik minat anak.

InshaAllah, mereka akan membesar menjadi seorang yang berdisplin dan mengikut peraturan. Pattern pemikiran yang positif ini akan kekal hingga mereka dewasa.

*Juga boleh dipraktikkan oleh semua ibubapa diluar sana ya.

Prihatin & Sedar,
– Teacher Ayu dari Excel Qhalif –

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply