Saya pernah berkongsi kepentingan teknik ‘get face to face’ dengan anak yang mengalami masalah lambat bercakap (speech delay). Setiap kali berkomunkasi pastikan anda pandang mata atau bertentangan muka dengan mereka. Ia adalah teknik asas yang paling utama dalam komunikasi.

Bayangkan jika kita bercakap dengan seseorang tanpa pandang matanya. Si penerima maklumat akan rasa kurang dihargai dan mungkin maklumat yang cuba disampaikan juga tidak difahami dengan jelas. Secara tidak langsung, ia juga merangsang anak supaya selalu berkomunikasi dengan kita kerana perhatian yang kita berikan. Anda boleh baca pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang teknik tersebut.


Asas Berkomunikasi Dengan Anak Lambat Bercakap (Bhg. 1)

Apa itu komunikasi?
Saya pernah huraikan perkara ini dahulu. Saya rasa, sebelum pergi lebih lanjut, adalah baik diterangkan sekali lagi. Komunikasi adalah proses menyampai dan menerima maklumat. Maklumat ini tidak kira samada dalam bentuk perkataan(verbal) atau isyarat/gesture (non verbal). Jika anak kita hanya boleh tunjukkan sesuatu apa yang mereka mahukan; itu juga satu komunikasi yang jelas. Begitu juga dengan isyarat mata, memek muka, bahasa badan yang disampaikan oleh mereka. Ini semua adalah komunikasi.

speechtherapySebab itu sebagai ibubapa kita perlu get face to face dengan mereka untuk memastikan setiap informasi yang cuba disampaikan difahami dan diterima dengan jelas. Maka kita boleh memberi maklum balas yang juga jelas. Teknik ini dipanggil “Perhati, Tunggu & Dengar”. Saya cuba huraikan semudah yang mungkin kerana teknik ini kerana ia saling berkaitan dari satu langkah ke satu langkah yang lain.


Peringatan:
Teknik ini tidak sesuai untuk anak yang mempunyai masalah ADHD atau Autisme

#1-Perhati
Apa yang perlu diperhatikan? Untuk memulakan dan merangsang komunikasi dengan mereka. Perhatikan apakah minat mereka. Contohnya diletakkan satu permainan dihadapan mereka seperti anak patung. Lihat dimanakah matanya tertumpu. Proses ini dipanggil “tunggu”.

speech-therapy#2- Tunggu
Tunggu respon mereka. Sangat digalakkan anda mengawal objek. Jangan benar mereka rampas objek dan mengawalnya. Sungguhpun begitu, ikut minat mereka. Contoh situasi di atas, mereka menunjukkan minat dan matanya tertumpu kepada rambut anak patung tersebut. Anda boleh mulakan komen “RAMBUT.. rambut panjang ” sambil anda usap rambut anak patung tersebut. Ulang beberapa kali perkataan tersebut dengan perlahan, nada yang menarik dan jelas.

Jika anak tidak mengikut menyebut, tidak mengapa. Tapi tunggu isyarat mereka, jika mereka menunjukkan berminat untuk pegang. Izinkan mereka pegang rambut anak patung tersebut. Anda sambung komen “RAMBUT.. Sarah pegang rambut.. RAMBUT..”. Kemudian tunggu respon lain darinya. Mungkin matanya bertukar arah kepada baju anak patung. Mula komen “BAJU.. Cantik baju.. BAJU..”

#3-Dengar
Dengar perkataan yang keluar dari mulut anak anda. Sekiranya anak mengikut perkataan “RAMBUT”. Tapi tidak jelas atau perlahan. Anda boleh tekankan perkataan “RAMBUT” sekali atau dua kali lagi dengan jelas dan perlahan. Ia mampu menambah keyakinan anak terhadap sebutannya tadi.

Lakukan proses ini berulang dan berulang. Sekiranya anak anda telahpun boleh menyebut perkataan “RAMBUT”. Tambahkan sedikit lagi bahasanya kepada 2 atau 3 patah perkataan.
ContohnyaRambut cantik, Rambut panjang.. ataupun “Ini rambut Sarah… ini rambut mama” sambil menunjukkan rambut kita dan rambutnya.

Harus diingatkan, anda perlu ikut minat anak anda. Let your child leads dan berkongsi topik bersama mereka; dengan cara ini perbualan akan terus berpanjangan. Matlamat kita adalah untuk anak terus bercakap. Dengan latihan sebegini sahaja kita mampu mengajar, menarik minat dan merangsang anak bercakap dengan kita.

Proses & Sabar
Sabar itu mungkin mudah disebut tapi belum tentu mudah untuk dilakukan. Semua teknik ini adalah proses yang perlu dilakukan setiap hari. Luangan masa 1 jam sehari dengan anak istimewa ini, In Shaa Allah dapat membantu mereka. Malah bukan sahaja terhad dalam aktiviti bermain tetapi kita boleh juga diterapkan dalam rutin harian. In Shaa Allah jika ada masa terluang saya akan memberikan tips bagaimana merangsang anak bercakap melalui rutin harian pula.

Kita perlu akui bahawa tiada proses yang cepat. Kita mendidik seorang manusia; tidak semua orang mempunyai mempunyai kecekapan minda yang sama. Mungkin anak kita cuma lambat bercakap tapi bijak di bidang lain. Ada lebih dan kurang. Sekiranya dahulu mereka tidak menunjuk apa yang mereka hendak atau langsung tidak mahu bertentang mata dengan kita tapi setelah beberapa kali buat proses ini beliau menunjukkan perkembangan mahu memberi isyarat. Itu juga satu kejayaan dan pencapaian.

Apa yang penting adalah usaha, jika tidak ia bakal mengundang masalah apabila mereka hendak masuk ke alam persekolahan nanti. Saya yakin dan percaya anda boleh lakukannya di rumah. Berkat doa dan usaha yang betul pasti ada hasil.

Yakinlah, anak istimewa hanya untuk ibubapa yang istimewa juga.

ESP-Bangi-sahajaSalam Sayang,
Teacher Ayu
Excel Speech Program (hanya di Bangi Sahaja-HQ)

testimoni-speech

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,

1 comment

Trackbacks and pingbacks

  1. Speech Delay: Asas Berkomunikasi Dengan Anak Lambat Bercakap – Bhg 1 « Excel Qhalif Playgroup & Speech Program
    […] Sambungan Artikel ini di bahagian kedua – >Klik Sini< […]

Leave a Reply