Cuti sekolah selalu ditunggu-tunggu oleh anak-anak begitu juga ibubapa. Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak berusia bawah 6 tahun, melancong bersama si kecil sememangnya cukup memeningkan. Banyak hal yang perlu diambil perhatian selain menuntut kesabaran yang tinggi. Kerana itu, ramai yang memilih untuk tidak keluar melancong ketika anak-anak masih kecil. Bagaimanapun, jika tahu tips yang betul tatkala bercuti bersama keluarga termasuk anak-anak kecil, ia pasti meninggalkan kenangan terindah dan pengalaman paling bermakna untuk seisi keluarga.

Tips kali ini diharap dapat membantu merealisasikan impian anda untuk bercuti bersama anak-anak dengan lebih aman.

SEBELUM BERANGKAT
Bagi anak-anak yang menyusu dengan susu formula, bawa bersama susu yang secukupnya kerana sukar untuk memastikan tempat percutian pilihan anda ada menjual jenama susu yang sama dengan jenama susu anak anda. Bawa juga bersama air masak yang mencukupi, termos air panas, berus pencuci botol, sabun pencuci botol mini dan botol susu tambahan juga. Jika anak anda menyusu dengan susu ibu, tidak perlu membuat persediaan ini. Cuma anda mungkin perlu membawa bersama nursing cover untuk memudahkan urusan menyusu di tempat awam.

Sediakan keperluan lampin pakai buang secukupnya bersama changing mat bagi memudahkan anda menukar lampin anak di mana jua.

Pastikan pakaian anak anda dibawa dengan cukup sepanjang percutian. Berapa banyak yang perlu dibawa bergantung kepada keperluan. Bawa baju tambahan dan plastik sebagai persediaan jika anak muntah dalam perjalanan. Bawa juga bersama tisu lembap, tisu poket, kasut, topi, tuala mandi, stoking, tuala kecil, bantal kecil dan set mandian (travel pack). Jangan dilupa ubat penghalau nyamuk. Ada yang jenis pelekat organik ditampal pada baju dan ada juga jenis spray mahupun lotion.

Jangan lupa first-aid-kit, bekalan ubat-ubatan yang mencukupi, dan juga termometer untuk memudahkan memantau suhu badan anak. Biasanya masa bercuti inilah si  manja tiba-tiba jatuh sakit. Kadang-kala boleh terkena allergi disebabkan hotel berkarpet, penghawa dingin, penyelenggaraan bilik yang kurang sempurna, atau keadaan tempat percutian yang agak berdebu. Akibatnya, si manja mungkin selsema, batuk atau naik ruam pada kulit. Jadi jangan lupa ubat anak-anak bersesuaian dengan sejarah sakit anak-anak.  Yang penting juga, ambil tahu nama dan alamat klinik terdekat.

Bawa bersama pengendong bayi bagi memudahkan pergerakan anda bersama bayi bagi yang suka menggunakan pengendong bayi (baby carrier). Membawa stroller mungkin kurang praktikal memandangkan saiznya yang besar dan berat.

Tidak dilupakan, bawa bersama makanan untuk bayi anda seperti biskut bayi, buah-buahan, puri, nestum dan sebagainya memandangkan makanan bayi lebih sukar untuk didapati berbanding makanan orang dewasa. Bagi anak-anak yang lebih besar, bawakan bersama makanan dan minuman kegemaran mereka seperti buah-buahan, biskut, roti, snek, air kotak dan sebagainya untuk dimakan dan diminum sekurang-kurangnya semasa dalam perjalanan. Makanan akan membuatkan mereka leka dan perut yang kenyang akan membuatkan mereka kurang meragam.

Sediakan beg khas untuk kelengkapan dan bekalan si kecil yang mudah dicapai. Masukkan keperluan utama seperti nursing cover (jika menyusu dengan susu ibu), minuman/ susu formula yang telah disukat di dalam compartment susu, tuala kecil, tisu, sedikit mainan, buku cerita serta kertas dan alat tulis di dalam beg yang akan dijinjing. Mungkin boleh masukkan 1 helai baju persalinan tambahan, lampin pakai buang, changing mat, plastik dan kain lampin sebagai persediaan kemungkinan anak muntah. Ini bagi memudahkan ibubapa mengambil keperluan si manja sepanjang dalam perjalanan dengan mudah dan cepat sebelum mereka mengamuk.

percutian-bersama-anak-2JIKA PERCUTIAN MENGUNAKAN KAPAL TERBANG
Datang awal ke lapangan terbang untuk daftar masuk dan ke ruangan berlepas untuk mengelakkan kelewatan serta masalah-masalah kecil yang boleh menyebabkan anda tertinggal kapal terbang.

Beritahu anak-anak mengenai prosedur pemeriksaan keselamatan supaya mereka tidak takut untuk melakukannya terutama ketika memasuki pintu pemeriksaan.

Dengan jumlah orang yang ramai di lapangan terbang, ibubapa perlu menggandakan perhatian dan jagaan terhadap anak-anak. Pastikan anak sentiasa berada di sebelah anda dan pegang tangan mereka. Jangan pernah sesekali meninggalkan anak-anak tanpa pengawasan dari orang dewasa.

JIKA MELANCONG DENGAN KERETA
Percutian menaiki kereta boleh jadi kenangan yang menarik. Bawa bersama bantal dan selimut anak-anak. Bersedialah untuk berhenti dengan kerap di mana-mana lokasi rehat dan rawat.

Bagi mengelakkan anak anda merasa bosan sepanjang perjalanan, bawa bersama kertas, pensil, mainan, CD lagu atau buku kegemaran mereka. Dan yang paling penting, libatkan anak-anak dalam proses percutian tersebut. Ceritakan dan fahamkan si manja dengan perancangan percutian yang telah disusun oleh ibubapa. Dengan membabitkan mereka, ia akan membuatkan mereka tidak sabar untuk sampai ke destinasi.

downloadDI HOTEL
Jika tinggal di hotel, pastikan si manja tidak bermain di dalam bilik mandi yang sememangnya luas dan cantik di bilik hotel. Pastikan lantai bilik air kering bagi mengelakkan anak-anak daripada tergelincir.

Ketika ibubapa sedang berehat, pastikan tingkap tidak dibuka dan pintu juga dikunci rapat.

Kanak-kanak juga sememangnya sangat menyukai aktiviti mandi-manda di kolam renang.  Jika agenda percutian anda melibatkan kolam renang, laut, taman tema air dan tempat-tempat berkaitan dengan air, perkara penting yang perlu ibubapa pastikan ialah jangan sesekali membiarkan mereka bersendirian. Justeru, elakkan mereka berenang tanpa pengawasan dari orang dewasa.

Bercuti bersama anakDI DESTINASI PERCUTIAN
Pastikan jadual sepanjang percutian anda bersama anak-anak lebih santai dan mempunyai banyak masa yang terluang. Jangan buat jadual percutian yang terlalu padat kerana ia akan membuatkan anak-anak keletihan sekali gus membuatkan mereka meragam.

Jika ahli keluarga yang lain mengikuti rombongan anda, pastikan mereka menyimpan maklumat mengenai hotel dan nombor telefon yang akan dihubungi ketika kecemasan. Bercuti bersama orang yang dikenali seperti rakan-rakan atau sanak saudara sebenarnya memberi banyak kelebihan. Mereka boleh juga membantu memantau si manja anda di waktu-waktu yang terdesak.

Berjalan bersama anak kecil memerlukan ibubapa mengikut rentak mereka. Elakkan terus berjalan-jalan sedangkan anak kecil anda sudah keletihan, mengantuk dan kelaparan. Keletihan dan kelaparan akan menyebabkan mereka meragam yang mana kerenah mereka mungkin akan membangkitkan kemarahan dan tekanan pada ibubapa. Rancanglah waktu anda dengan memberi ruang rehat secukupnya kepada si manja anda sebelum memulakan aktiviti. Keletihan yang berlebihan juga boleh mengganggu kesihatan si manja.

Secara kesimpulannya, nikmati percutian anda bersama si manja dengan hati yang terbuka dan sentiasa berlapang dada dengan warna-warni kerenah anak-anak anda. Ikhlas dan sabar melayan keletah anak-anak dan menukarkan segala mood negatif kepada percutian yang positif lagi menyeronokkan. Selamat bercuti!

Si manja ceria, ibu bapa gembira !

====================================

BERITA BAIK: Sesi ‘Trial Class’ Playgroup Kini DIBUKA. Beri peluang anak anda merasai pengalaman manis dalam sesi kelas bersama kami. Anak bakal didedahkan dengan interaksi sosial yang sihat, perkembangan yang membantu kemahiran motor halus/kasar serta aktiviti belajar sambil yang meransang minda mereka. Klik link banner di bawah untuk mendaftar

Tags: , , , , , , , , , ,

1 comment

Trackbacks and pingbacks

  1. 6 Aktiviti BAJET Cuti Sekolah « Excel Qhalif
    […] bercuti bersama si manja kadang kala boleh memeningkan. Rancang percutian bersama si manja. Ikuti Tips: Percutian Bersama Anak yang…

Leave a Reply