Anak kecil bersama gigi penuh dan senyuman comel memang sesuatu yang menghiburkan hati ibubapa. Pastinya, gigi si manja tidak akan kekal selama-lamanya. Gigi susu biasanya mulai gugur untuk memberi laluan kepada gigi kekal apabila mereka mencecah usia enam atau tujuh tahun. Bagaimanakah  anda boleh memastikan gigi mereka kekal putih bak mutiara?

Pertama, ajari anak kecil anda untuk memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Seterusnya, membuat lawatan pertama ke klinik pergigian.

Lawatan pergigian pertama si manja adalah satu pengalaman baru dan unik yang membolehkan mereka bekerjasama atau sebaliknya. Personaliti dan perangai kanak-kanak berbeza pada masa yang berlainan. Jadi jangan terkejut atau malu jika anak anda tidak bekerjasama di klinik pergigian. Doktor pergigian pediatrik dan kakitangan berpengalaman akan mencuba sehabis baik dan sabar dalam menangani tingkahlaku yang pelbagai.

Berikut adalah tips ringkas yang anda perlu tahu tentang pengalaman rawatan gigi pertama si manja:

  1. Ambil pendekatan santai ketika memberitahu mereka mengenai lawatan pergigian pertama anak anda untuk mengurangkan kebimbangan mereka. Beritahu anak anda tentang lawatan pergigian itu tetapi menghadkan jumlah maklumat yang diberikan. Jawab soalan dengan mudah  dan ringkas. Simpan soalan yang lebih kompleks atau terperinci untuk dijawab oleh doktor gigi. Doktor gigi dilatih untuk menerangan  kepada kanak-kanak dengan cara yang tidak mengancam dan mudah untuk difahami.
  2. Jangan mendedahkan kebimbangan anda mengenai lawatan pergigian itu.  Usah membayangkan sesuatu yang akan menyakiti mereka. Elakkan daripada memberitahu si manja tentang pengalaman pergigian yang tidak menyenangkan yang anda pernah lalui.
  3. Cipta pengalaman positif dan tekankan bahawa semua orang dengan gigi yang sihat selalu melawat doktor gigi.
  4. Tekankan kepada anak anda betapa pentingnya untuk mengekalkan gigi dan gusi yang sihat dan doktor gigi adalah seorang doktor yang mesra yang boleh membantu si manja untuk mengekalkan kesihatan gigi dan gusi mereka.
  5. Sila diam dan menyokong anak anda semasa rawatan berlangsung. Anda mungkin memberi maklumat yang tidak betul atau mengelirukan. Kanak-kanak cenderung untuk lebih mendengar arahan ibubapa mereka berbanding orang luar.
  6. Jika anda merasakan anak anda lebih terkawal tanpa kehadiran ibubapa, adalah lebih baik untuk meninggalkan mereka bersendirian bersama doktor gigi sahaja. Perlu diingatkan bahawa ia adalah normal untuk kanak-kanak menjadi takut, antara puncanya kerana takut dipisahkan daripada ibubapa mereka. Ada juga yang takut dicederakan selepas melihat alatan yang digunakan oleh doktor gigi. Seorang doktor gigi yang merawat kanak-kanak akan tahu bagaimana untuk menghadapi ketakutan anak anda.
  7. Ibubapa dinasihatkan untuk tidak sekali-kali menjanjikan ganjaran untuk pergi berjumpa doktor gigi. Biarkan anak anda menikmati lawatan pergigian pertama dengan semangat yang gembira tanpa umpan gula-gula mahupun aiskrim.

Membawa si manja anda berjumpa doktor gigi pada usia muda adalah cara terbaik untuk mengelakkan masalah seperti kerosakan gigi, dan boleh membantu ibu bapa belajar bagaimana untuk membersihkan gigi anak mereka dengan cara yang betul. Tambahan pula, kerosakan gigi boleh berlaku sebaik sahaja gigi pertama muncul. Pengalaman rawatan gigi pertama yang positif boleh mengelakkan tekanan pada masa akan datang.

~ Gigi Sihat, SiManja Kuat  ~

====================================

BERITA BAIK: Sesi ‘Trial Class’ Playgroup Kini DIBUKA. Beri peluang anak anda merasai pengalaman manis dalam sesi kelas bersama kami. Anak bakal didedahkan dengan interaksi sosial yang sihat, perkembangan yang membantu kemahiran motor halus/kasar serta aktiviti belajar sambil yang meransang minda mereka. Klik link banner di bawah untuk mendaftar

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply