Seperti apa yang kita tahu, motor skill terbahagi kepada dua bahagian iaitu kemahiran motor kasar (gross motor skill) dan juga kemahiran motor halus (fine motor skill). Untuk artikel pada kali ini, saya akan mengupas tentang kemahiran motor kasar. Insha-Allah artikel mengenai kemahiran motor halus kita akan kupas pada artikel bulan hadapan.

Definisi dan keterangan tentang kemahiran motor kasar
Kemahiran motor kasar adalah kebolehan yang diperlukan untuk mengawal otot-otot besar di badan kita untuk berjalan, berlari, melompat, duduk, merangkak dan aktiviti-aktiviti lain. Kemahiran motor kasar berkembang dalam tempoh yang singkat dan kebanyakkan kemahiran motor kasar ini berkembang semasa kanak-kanak.

Namun yang demikian, setiap kemahiran motor kasar kanak-kanak mestilah bergantung kepada umur kanak-kanak tersebut. Untuk melatih kemahiran motor kasar kita memerlukan ruang yang selamat dan terbuka. Selain itu pengawasan orang dewasa sangat penting untuk memastikan keselamatan anak-anak. Melatih anak-anak yang mempunyai masalah dalam perkembangan kemahiran motor kasar sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Elakkan untuk terus memaksa anak-anak untuk buat tetapi gunakan kaedah untuk menggalakkan atau merangsang anak-anak untuk terus mencuba.

Bagaimana Ibubapa Boleh Membantu?
bike_helmetTerdapat beberapa aktiviti yang ibubapa boleh lakukan bersama anak di rumah untuk menggalakkan kemahiran motor kasar. Antaranya seperti:

  • Bermain lompat berjengkit atau melompat tali getah. Aktiviti ini dapat membantu anak-anak untuk mengimbangi badan mereka.
  • Memukul, menangkap, menendang atau membaling bola. Aktiviti ini dapat membantu anak-anak untuk membangunkan perkembangan koordinasi tangan-mata.
    wheelbarrow_race
  • Melompat kanggaroo and memegang sesuatu atau mengepit bola di celah peha dan melompat ke kiri dan ke kanan, ke depan atau kebelankang untuk meningkatkan kemahiran mengimbangi badan.
  • Wheelbarrow (berjalan menggunakan tangan). Aktiviti ini sangat bagus untuk kemahiran motor kasar di samping  menggalakkan proprioception.
  • Mengayuh basikal juga boleh dijadikan salah satu aktiviti harian untuk menggalakkan koordinasi seluruh anggota badan dan juga menggimbangi badan.

Perkembangan Motor Kasar Mengikut Umur Anak
1) Bayi (0-1 Tahun)
Perkara pertama untuk kemahiran motor kasar yang di lakukan oleh bayi ialah memusingkan kepala kanan ke kiri dan meniarap. Seterusnya bayi akan mengangkat kepala dan bahu sebelum mereka boleh duduk, berdiri dan berjalan. Jom kita semak perkembangan bayi pada tahun pertama:

perkembangan-motor-kasar-bayi-1

2) Toodlerhood (1 – 3 Tahun)
toddler-soccer
Kanak-kanak toodlers biasanya sangat aktif. Bermula umur dua tahun, anak-anak akan mempelbagaikan kemahiran motor kasar mereka. Meraka akan mula berlari, menaiki tangga tanpa memegang pemegang tangga. Selain itu, meraka juga boleh untuk menendang dan membaling bola.

Pada umur tiga tahun anak-anak juga boleh berjalan dengan postur badan yang betul dan boleh berjalan tanpa melihat langkah mereka. Mereka juga boleh jalan kebelakang dan berlari dengan kawalan yang cukup, berhenti dan berlari semula ke arah yang lain. Mereka juga boleh melompat dua kaki dan berdiri menggunakan satu kaki.

Mereka juga boleh menaiki tangga dengan kaki bersilang tapi kebiasaannya untuk turun tangga masih menggunakan kedua-dua kaki di setiap langkah. Pencapaian lain ialah anak-anak sudah mula untuk mengayuh tricycle and membaling bola, walaupun mereka mempunya masalah untuk menangkap, ini kerana mereka belum dapat mengawal pergerakan tangan untuk menangkap bola tersebut.

 

3) Prasekolah (3-5 Tahun)
kids-playKanak-kanak yang berumur empat tahun biasanya boleh mengimbangi badan dan melompat menggunakan satu kaki . Juga boleh melompat ke depan dan ke belakang sesuatu barang/objek dan juga memanjat.

Kanak-kanak pada umur ini telah mempunyai meningkataan diri dimana mereka akan berasa bangga jika berjaya melakukan sesuatu aktiviti motor kasar yang baru. Walau bagaimanapun , mereka akan berasa kekurangan atau rendah diri jika tidak dapat melakukannya. Ibubapa perlu untuk memantau setiap perkembangan anak-anak bagi memastikan tiada masalah psykologi berlaku seperti rendah diri.

Oleh yang demikian, kita sebagai guru, ibu bapa dan penjaga mestilah memastikan tentang setiap perkembangan anak-anak bergantung kepada umur mereka. Jika terdapat sebarang kemusyilan seeloknya segeralah berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan yang seterusnya.

*****

BERITA BAIK : Sesi ‘Trial Class’ Playgroup  (untuk anak 20 bulan hingga 4 tahun sahaja). Beri peluang anak anda merasai pengalaman manis dalam sesi kelas bersama kami. Anak bakal didedahkan dengan interaksi sosial yang sihat, perkembangan yang membantu kemahiran motor halus/kasar serta aktiviti belajar sambil yang meransang minda mereka. Klik link banner di bawah untuk mendaftar

 

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply