“Anak saya boleh bercakap, tapi tak boleh jawab soalan”
“Anak saya ada words, tapi sangat limited”
“Anak saya pandai cakap, tapi pendek-pendek”
“Kalau dia main sorang-sorang dia cakap, tapi kalau saya tanya dia tak jawab”

Persoalan tersebut kedengaran familiar? Atau mungkin itu jugalah yang berlegar-legar di fikiran anda? Sebagai Speech Therapist, itu adalah antara beberapa keluhan dan persoalan yang sering kami hadapi tatkala berdepan dengan parents kepada anak yang mengalami masalah komunikasi.

Sedar atau tidak secara realitinya ramai parents di luar sana membiarkan anak-anak mereka berkawan rapat dengan gajet. Kini dalam era yang serba canggih dan moden, tidak dapat dinafikan memang dunia anak-anak kita lebih terjerumus kepada dunia robot (a.k.a  gajet). Pendedahan kepada tablet, handphone, computer dan tv kepada anak-anak telah menjadi satu kebiasaan pada masa kini. So, jika terlihat anak-anak kecil memegang handphone atau tablet di tangan mereka—bukan satu situasi yang mengejutkan. Malah ramai mengatakan ianya NORMAL pada masa kini.

Sebagai Speech Therapist, secara peribadi saya juga tidak menghalang anak-anak untuk mendekati dunia gajet. Sememangnya itu adalah zaman mereka. Malahan, mereka belajar banyak perkara melalui gajet itu sendiri. Namun, adakah sampai di situ sahaja peranan kita sebagai parents? Hanya membiarkan anak-anak hanyut bersama gajet mereka sahaja? Tidak! Kita masih mempunyai peranan yang jauh lebih besar daripada HANYA membelikan mereka gajet semata-mata.

Anak-anak membesar sesuai dengan corak kehidupan mereka. Maka tidak hairanlah sekiranya kita pernah terjumpa dengan satu situasi di mana seorang anak yang mungkin sedang memegang gajet di tangan mereka sambil mulut mereka mengajuk satu dialog kartun yang mereka pernah dengar. Sama skripnya sama intonasinya.

“ oh no, what happen”
“Johny-Johny yes papa!”
“Ops, sorry. Its okay. I’m fine, thank you”
“What is your name? You are not Lala? You are Ms. Jenny! Oh no!”

Memang ianya kedengaran comel dan lucu. Namun sedarkah kita bahawa ianya boleh bertukar kepada satu perkara yang membimbangkan dan menyedihkan. Kenapa? Kerana tanpa kawalan dan pengawasan, anak-anak sebenarnya sedang belajar bercakap daripada sebuah mesin atau robot—iaitu GAJET! Iya, memang mereka sedang mempelajari sesuatu—memang mereka sedang bercakap, tapi adakah ia merupakan KOMUNIKASI bermakna? Adakah berlakunya komunikasi 2-hala di situ?

BERCAKAP seperti ROBOT—intonasi yang sama walaupun berulang-ulang kali diungkapkan—dialog yang sama dituturkan walaupun pada situasi berbeza—jawapan yang sama terhadap soalan yang berbeza atau tiada langsung respon apabila diajukan soalan. Itulah definisi percakapan robot secara ringkasnya! Kerana itu, anak-anak kita boleh bercakap tetapi tidak pandai menjawab soalan. Mengalami kesukaran untuk mem-variety-kan ayat mereka. Sukar berinteraksi dengan orang lain dan lebih banyak bercakap serorang diri.

Komunikasi 2-Hala
Komunikasi yang bermakna adalah komunikasi 2-hala. Iaitu yang melibatkan turn taking dalam komunikasi—anak bercakap, parents mendengar—parents bercakap, anak mendengar—anak bertanya, parents menjawab—parents bertanya, anak menjawab. Secara ringkasnya itulah corak komunikasi yang kita semua inginkan. Kita mungkin tidak expect anak untuk menjawab kesemua soalan kita dengan betul, tapi at least mereka dapat berikan respon terhadap persoalan kita. Salah atau betul jawapan mereka—itulah proses pembelajaran untuk mereka!

Oleh itu, perbanyakkanlah interaksi bersama anak-anak. Tontonlah segala macam kartun, movie atau nursery rhymes  BERSAMA-SAMA mereka—kerana di situlah kita dapat memainkan peranan sebagai GURU kepada anak-anak. Sambil menonton, sambil bersembang—komunikasi 2-hala! Interupt anak-anak semasa mereka sedang menonton tv atau bermain bersama tablet. Berinteraksilah dengan mereka. Jadikan tv atau tablet tersebut hanya sebagai medium perbualan atau alat untuk menarik perhatian dan minat mereka. Bukannya sebagai guru yang melekakan mereka.

Anak mungkin sedang mempelajari tentang buah-buahan daripada tablet—A for apple, B for banana. Maka apabila mereka melihat pisang di supermarket, secara automatic ayat yang terkeluar daripada mulut mereka adalah ‘B for banana’.  Memang ianya tidak salah—tapi hanya sekadar itu sahaja. Berbanding kalau mereka pelajarinya daripada parents—Look, banana! Yellow banana. Yum…yum..yum…eat banana. Yummy! So input yang mereka terima adalah lebih banyak dan variety. Dan kemungkinan ayat yang mereka akan cakap sekiranya nampak pisang adalah ‘yellow banana! Yummy!’—lebih appropriate dan bermakna!

Kesimpulannya, anak-anak memang cepat belajar melalui apa yang mereka lihat dan dengar. Kebolehan mereka untuk mengingati sesuatu sememangnya jauh lebih hebat daripada kita yang dewasa. Oleh itu, gunakan lah kelebihan mereka ini dengan sebaiknya. Biarlah mereka berguru dengan KITA dan bukannya daripada ROBOT! Sekiranya anda ingin mereka berkomunikasi seperti manusia—maka bermain/berinteraksilah dengan mereka. Namun sekiranya anda ingin mereka berkomunikasi seperti robot—maka biarkan dunia mereka dengan gajet.

BIODATA PENULIS
Izzati Wan Azlee
; Terapis Pertuturan. Seorang graduan lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini berkhidmat sepenuh masa di Excel Qhalif . Beliau merupakan sebahagian tenaga pengajar di kelas Excel Qhalif Playgroup Xtra dan sesi Excel Speech Program.

*****


BERITA BAIK:
Excel Qhalif Playgroup Xtra

Program ini direka eksklusif untuk anak-anak yang berkeperluan khas seperti autisme,  ADHD, ADD, global delay GDD, speech delay, dyslexia mahupun down syndrome.Ia dijalankan secara intensif setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad) di mana aktiviti yang dijalankan merangkumi teknik Terapi Carakerja (OT) dan Speech Program.

Ia dikendalikan oleh terapis dan guru-guru terlatih untuk membantu anda dan simanja. InsyaALLAH. PLAYGROUP INI JUGA SESUAI SEKIRANYA Anak Anda Memiliki Ciri-ciri Seperti

  • Bermain Sendirian (Own Agenda),
  • Tiada Hubungan Mata (Eye Contact)
  • Lambat Bercakap (Late Talker)
  • Tidak Boleh Mengikut Arahan
  • Tidak Boleh Duduk Lama & Memberi Tumpuan
  • Kurang Kemahiran Sosial
  • Mengibas-ngibas Tangan (Flapping Hands)
  • Suka Menjerit-Jerit

Antara objektif program ini adalah menjadikan ibubapa sebagai terapis yang berkesan kepada anak disamping menambah ilmu pengetahuan ibubapa yang terlibat. Program bukan sahaja teori, malah menekankan latihan dan amali bersama anak. Penerangan lanjut tentang program ini, boleh didapati di www.excelqhalif.com/excel-qhalif-playgroup-xtra.

Alhamdulillah, berikut antara komen ibubapa yang pernah sertai program di Excel Qhalif.

Untuk pertanyaan, SMS/WA “EQPX” ke 011-1519 0681 (Teacher As).
Atau pengguna hanphone boleh klik www.wasap.my/601115190681

banner-web-eqpx-700x150

Pin It on Pinterest

Shares
Share This