Assalamualikum dan salam sejahtera,

Bertemu kita lagi pada edisi kali ini semoga para pembaca sekalian masih ingat lagi tentang adakah Playstation, X-Box, internet game mampu menyumbang kepada self esteem dan kendiri positif mereka pada coretan saya yang lalu. InshaAllah saya akan huraikan satu persatu untuk memberi gambaran yang lebih tepat pada ibu-ibu sekalian.

Tentunya secara menyeluruh permainan seperti Playstation, X-Box, internet games dan sebagainya menyumbang pengaruh yang negatif terhadap psikologi dan tindak balas perangai anak-anak. Kebanyakkan nilai yang diadun didalam setiap permainan itu memaparkan unsur-unsur keganasan, peperangan, seksualiti yang melampau dan banyak nilai faedah yang tidak berkualiti. Sebagai contoh permainan gusti WWF, Bully,Big Mania dan sebagainya. Masa akan banyak dihabiskan untuk keseronokkan semata-mata tanpa memberi sebarang nilai positif dan proses pembelajaran kepada mereka. Kecenderungan mereka untuk mengaplikasi setiap permainan itu ke alam realiti juga amat tinggi dan ini akan menjadi faktor utama menyebabkan keruntuhan nilai moral dan akhlak anak-anak masa kini. Di sebabkan umur mereka yang masih mentah, mereka tidak dapat membezakan yang mana positif dan yang mana negatif.

Sebagai alternatif, ibu bapa haruslah bijak dan selektif dalam menghidangkan makanan minda yang sihat kepada anak-anak di samping memenuhi keinginan mereka. Menurut kajian pakar, pendekatan permainan bermain sambil belajar (edutainment) dapat meningkatkan keupayaan self esteem dan kendiri positif anak-anak secara tidak langsung. Ia mampu membakar semangat ingin tahu di dalam diri mereka serta melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan di samping masih dalam proses pembelajaran.

Kebanyakan permainan sambil belajar ini dapat membantu anak-anak dalam mencetus pemikiran secara kritis dan kreatif melalui penerokaan dan penemuaan idea-idea baru . Kewujudan program seperti ‘Playgroup School’ merupakan antara platform yang terbaik bagi para ibu bapa memanfaatkan kualiti masa anak-anak yang masih kecil. Anak-anak akan diajar menari, menyanyi, membaca sirah dan doa di dalam program ini. Program yang dapat menyalurkan ilmu dan pembelajaran dalam medium yang santai dan menyeronokkan dan seterusnya dapat meningkatkan daya kognitif mereka sedari awal.

Daya kognitif ini adalah seperti bahasa dan ucapan yang diajar, bunyi–bunyian daripada video dan lagu, dekorasi dan gambaran kartun karakter yang mereka sukai. Saat bermain permainan yang mencabar sememangnya dapat meningkatkan daya kognitif dan kemahiran kerja tangan anak–anak anda. Pembangunan kognitif anak-anak bermula sewaktu anak itu dilahirkan di mana 100 bilion sel otak telah tercipta. Para saintis sependapat bahawa otak memperoleh maklumat yang paling banyak dalam tahun pertama anak di mana 75% perkembangan otak terjadi. Lebih awal daya kognitif ini di asah lebih cepat minda mereka berkembang dan lebih mudah memahami sesuatu pembelajaran.

Saya harap para ibu dan bapa dapat gambaran jelas bagaimana permainan-permainan interaktif masa kini dapat memberi kesan kepada pembangunan diri dan minda anak-anak anda. Jangan tersalah pilih ya! Jangan lupa untuk bertemu lagi di edisi yang seterusnya tentang bagaimana para ibu bapa dapat membantu menajamkan daya kognitif bagi anak-anak mereka sedari mereka melihat dunia.

Bersama ini saya sertakan satu video untuk tatapan bersama. Mereka adalah wakil anda untuk generasi akan datang. Sokong mereka dan sayangilah mereka dengan cara yang betul :). Saya mengambil kesempanan ini menjemput tuan dan puan menghadiri Prebiu PERCUMA ALIMKids Playgroup yang bakal diadakan pada 25hb Jun 2011 ini di Bangi.Ia terbuka untuk anak-anak antara 2 hingga 4 tahun. Pihak kami akan sediakan aktiviti menarik untuk anak anda sertai. Segala keterangan lanjut dan buat pengesahan pendaftaran/penyertaan di web – >KLIK SINI<.

InsyaAllah jumpa lagi akan dengan perkongsian ilmu dari kami. Take care, wasalam 🙂

  

Pin It on Pinterest

Shares
Share This