Assalamualikum dan salam penuh kebahagiaan,

Seorang ibu mengeluh bagaimana sikap antara anak-anaknya. Yang kakak sentiasa tidak beralah dengan si adik apabila bermain bersama. Yang si adik pula sentiasa memulakan pergaduhan. Masing-masing tidak mahu berkongsi sama ada barang-barang permainan, makanan mahupun patung kegemaran mereka. Mereka seakan merupakan musuh tradisi antara satu sama lain. Puas si ibu menasihati dan memarahi, namun semuanya tidak memberi kesan. Mengapakah mereka tidak boleh mencontohi bagaimana akrabnya makcik dan pakcik mereka yang sangat baik dan rapat dengan ibunya?

Bagaimana anak-anak amat tidak sebulu dengan darah dagingnya? Ini merupakan virus negatif yang tidak harus ada dalam sesebuah institusi kekeluargaan Islam sebenarnya jika tidak dibendung. Jika ianya tidak diatasi sejak awal ianya akan memberikan unsur dan pemikiran negatif pada anak-anak. Mereka merasakan suasana ‘panas’ apabila dirumah dek kerana sentiasa bertengkar sesama sendiri. Ini akan mengakibatkan mereka mencari alternatif lain untuk melepak di luar rumah bersama kawan-kawan.

Ibubapa perlu memainkan peranan dalam mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Bimbingan agama, ilmu pengetahuan dan perhatian yang secukupnya dalam setiap perlakuan anak-anak dapat membantu dalam permasalahan remaja masa kini. Antara kaedah santai yang dapat membantu perkembangan minda dan emosi anak-anak adalah dengan belajar daripada alam ciptaan Allah S.W.T ini.

Awal Agama Mengenal Allah S.W.T
Salah satu cara mengenal Pencipta adalah dengan melihat keajaiban alam itu sendiri. Anak yang dilahirkan adalah bersih fitrahnya. Kitalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkan mereka menjadi khalifah yang baik dan unggul. Diusia bawah 4 tahun, anak-anak lebih belajar melalui pemerhatian dan mereka akan cepat meniru apa jua yang dihidangkan pada menu minda mereka. Disebabkan itu, pada usia mereka yang masih kecil ini, ibu bapa haruslah ‘install’ segala apa nilai-nilai yang baik dalam diri anak-anak. Anak-anak perlu dirangsang pemikiran mereka agar peka terhadap lingkungan alam dan sosial di sekeliling mereka. Bagaimana kita hendak membimbing anak-anak supaya emosinya terkawal dan dipandu?

Melihat Tumbuh-tumbuhan
Tidak semestinya melancong ke luar negeri untuk memberi input yang betul pada anak-anak. Cukuplah dengan membawa mereka melihat tumbuh-tumbuhan yang hidup di belakang rumah anda. Seperti contoh, ajari mereka tentang bagaimana terhasilnya taugeh daripada bijiran kacang hijau. Rangsang minda mereka bahawa tanah yang mereka pijak itu boleh menghasilkan makanan bagi mereka juga dan bukan setakat medan permainan di waktu petang. Jadikan berkebun di halaman anda sebagai aktiviti mengenal Allah bersama anak-anak anda. Inilah kehebatan Allah s.w.t dalam mencipta tumbuh-tumbuhan supaya anak-anak sentiasa berasa dirinya dekat dengan Allah s.w.t.

Kesan daripada Pembelajaran
Fikiran anak-anak anda akan lebih terbuka. Mereka akan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara yang diamanahkan kepada mereka. Mereka akan merasa kewujudan Pencipta mereka secara tidak langsung dan lebih bersyukur dilahirkan di dunia ini. Sememangnya alam merupakan guru yang terbaik bagi kita untuk menjadi insan yang kamil.

Rasanya cukup dulu perkongsian saya pada kali ini. Harapan saya agar anda semua mempunyai lebih kekuatan dalam mendidik permata kesayangan anda sehingga berjaya kelak. Semoga kita diberi kesempatan untuk berjumpa di lain kali dan salam hormat dan salam penuh kesyukuran daripada saya.

*******

Excel Qhalif menjemput tuan/puan dan si manja anda ke Kelas PERCUMA ALIMkids Playgroup yang berlangsung hampir setiap hujung minggu. Ruangan kelas ini diadakan khas untuk anak anda mengalami sendiri modul kami. Disamping perolehi hujung minggu yang berkualiti bersama anak-anak, si manja juga mendapat ilmu, berinteraksi dan bersosial secara sihat. Ibubapa dan si manja dari usia 2 ke 4 tahun dijemput hadir. Bukan untuk orang lain tetapi untuk anak anda. InsyaAllah. Klik banner di bawah untuk ketahui jadual, lokasi dan daftarlah sekarang!

Pin It on Pinterest

Shares
Share This