Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca yang budiman? Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi dengan perkongsian terbaru dari saya. Anak-anak adalah anugerah yang hebat dari Allah. Kita sebagai ibubapa bertanggungjawab mendidik dan mencorakkan meraka. Sungguhpun begitu, untuk mencorakkan mereka, kita perlulah ada sedikit sebanyak ilmu untuk mengenali tahap kemampuan mereka. Bak kata pepatah Tak kenal maka tak cinta. Kenali mereka, insyaAllah anda akan semakin menghargai kehadiran si manja dalam hidup anda. Inilah harapan saya.

Deria
Anak –anak yang baru lahir tidak mempunyai keupayaan untuk memahami kata-kata yang diucapkan secara langsung. Tapi mereka dibekalkan dengan deria yang sangat sensetif. Deria adalah medium utama pembelajaran mereka di peringkat awal. Rasa, Lihat, Dengar, Sentuh dan Hidu. Anak-anak di bawah usia 6 tahun, mereka tidak mempunyai minda rasional untuk menapis input. Maka apa yang mereka lihat, dengar dan rasa pada usia ini akan diterima mentah-mentah dan semuanya dianggap betul.

Media
Menyedari hakikat ini, pihak media mengambil peluang menyiarkan rancangan, iklan-iklan bahan bacaan yang boleh menarik minat dan mempengaruhi mereka. Sayangnya sebahagian besar hanya mementingkan keuntungan dan rating siaran semata-mata. Apabila kita terleka, media ini telah mengambil alih tugas kita sebagai ibubapa.

Contoh: Dalam siri Ultraman ayat seperti “Kita bunuh raksasa itu” sentiasa diulang-ulang. Bukankah ini adalah unsur keganasan tanpa disedari? Subjek “BUNUH” menjadi bahan mainan. Implikasinya; apabila anak-anak ini tidak setuju sahaja dengan arahan ibubapa mereka akan keluarkan ayat “ Amir nak fire ibu”. Biasanya kita akan tersenyum dan merasakan ia satu bahan lawak. Tapi bila disorot sejarah zaman kita kecil-kecil dahulu tidak pula kita berani mengatakan perkataan sebegini kepada ibu atau bapa kita. Kita lebih akur dan hormat dengan ibubapa. Bukannya hendak puji diri sendiri tetapi ia benar. Lihat sahaja isu jenayah yang melibatkan remaja sekarang. Mungkin anda dapat menilainya sendiri.

Ibubapa tidak bersalah
Sebenarnya ibubapa tidak bersalah sepenuhnya dalam hal ini. Keperluan mendesak pada hari ini menjadikan kita terlepas pandang banyak perkara. Kita hanya perlu ada ilmu dan lebih berhati-hati dalam memilih bahan tontonan atau bacaan untuk anak kita.

Apa yang  perlu anda dilakukan?
Terdapat 3 cara yang dapat dipraktiskan;

1) Pastikan televisyen jarang terpasang-Elakkan televisyen menjadi keperluan anak-anak. Hubungan ibubapa dan anak boleh menjadi renggang akibat kehadiran pihak ketiga iaitu TV. Di sinilah antara faktor permulaan kegagalan mengawal mereka.
Alternatif dan kebaikan-Berikan bahan bacaan bergambar atau rancangan TV berunsur dokumentari dan pembelajaran interaktif. Bahan gambaran yang memaparkan hidupan haiwan dan tumbuhan mampu menambah general knowledge mereka. Secara tidak langsung mereka akan lebih matang, bijak dan lebih dekat dengan alam.

Deria Lihat dan Dengar: Gambar mampu merangsang deria lihat atau visual mereka. Menurut kajian, mata adalah sebahagian dari otak yang dipanggil optical brain. Maka dengan melihat mereka lebih cepat merakam sesuatu perkara itu di minda. Apatah lagi jika anda mampu membuat sesi story telling dengan anak anda. Deria pendengaran mereka juga dirangsang pada masa yang sama.

 

Sesi story telling dalam playgroup dengan bantuan buku bergambar

2) Menonton bersama anak – Belai mereka tanda mempamerkan kasih sayang dan sewajibnya ibu atau bapa temani mereka ketika menonton TV. Rangsang mereka ketika menonton dengan bertanya. “Apa tu Amir?”. Ia adalah teknik minimal support dalam perkembangan psikologi anak-anak.
Alternatif dan kebaikan: Berikan mereka ruang bersama anda dalam aktiviti seperti membasuh kereta dihujung minggu, mewarna buku dan bersiar di zoo. Bukan sahaja ia mampu membina kasih sayang anda dengan simanja, tetapi juga menambah pengetahuan mereka tentang kehidupan. Bukan anak yang pandai pandai sahaja yang kita mahukan tetapi juga bertanggungjawab dan bijaksana dalam kehidupan.

Deria Lihat dan Sentuh: Aktiviti mewarna merangsang deria lihat dan sentuh anak-anak. Di samping itu ia melatih anak-anak mengawal otot tangan mereka untuk memegang pensil atau krayon. Ia dipanggil kemahiran kasar atau gross skill. Dalam modul playgroup kami sentiasa menitik beratkan perkara ini. Latihan sebegini penting untuk persedian anak-anak sebelum masuk ke alam persekolahan sebenar.

Aktiviti kraftangan playgroup menajamkan kreativiti anak-anak di samping melatih kemahiran kasar mereka

Pendek kata:
Lebih banyak deria mereka dirangsang, lebih cepat proses pembelajaran si manja.


3) Berdoa – Setelah usaha dilakukan, sebagai seorang Islam kita tidak boleh lari dari keperluan berdoa. Doakanlah kejayaan anak-anak kita. Semoga mereka menjadi insan sempurna, bijak dan berjiwa. Pada asasnya mereka memang lahir dari benih kita tetapi kita bukan pemilik mutlak. Mereka adalah hak Allah yang diamanahkan. Maka berdoalah. InsyaAllah diperkenankan.

Anak-anak dalam playgroup juga dilatih berdoa bersama

Sehubungan dengan itu, Excel Qhalif ingin menjemput tuan/puan ke Kelas Percuma Playgroup kami. Kami hanya mengambil maksimum 15 orang untuk satu sesi demi menjaga kualiti penyampaian dalam kelas. Sediakan ruang dan masa berkualiti anda dengan anak-anak di hujung minggu. Klik banner di bawah untuk ketahui lokasi, jadual dan berdaftar secara online. Salam hormat dari saya dan InysaAllah jumpa anda di kelas percuma nanti.

Dari meja Teacher Ayu

Pin It on Pinterest

Shares
Share This