Selalunya selepas habis kelas Excel Qhalif Playgroup, saya akan mengambil kesempatan untuk berborak dengan beberapa ibubapa yang hadir tentang perkembangan anak-anak mereka setelah mengikuti aktiviti kelas saban minggu.

Antara perkara yang popular dikalangan anak-anak di playgroup saya adalah masalah kemahiran sosial mereka dan memang itulah platform kelas ini diadakan untuk mengasah kemahiran sosial mereka.

Kebanyakkan mereka mempunyai sifat pemalu atau pendiam tatkala melangkah masuk ke dalam kelas. Tapi, jika di dalam kereta atau di rumah suara mereka sahaja yang dengar, Teacher Ayu. Tergelak saya mendengarnya dan itulah realiti kebanyakkan anak-anak yang masih kecil di luar sana.

Pada hemat saya, seseorang yang pendiam atau pemalu ini disebabkan oleh perubahan perasaan mereka di dalam interaksi ruang sosial yang menganggu perasaan selamat dalam diri mereka. Akibatnya mereka mengambil langkah untuk menghindari daripada situasi tersebut dengan mendiamkan diri atau statik.

Perlu diingat bahawa, sifat pemalu dan pendiam anak-anak bukanlah satu tingkahlaku atau karakter mereka. Oleh itu, ianya sangat penting bagi kita memahami perasaan dan emosi mereka dengan meletakkan diri kita sebagai seorang boleh dipercayai oleh anak-anak.

Apabila trust-bonding berjaya diwujudkan, dengan sendirinya emosi mereka akan stabil. Di sini saya kongsikan sedikit tips bagaimana untuk mengeluarkan perasaan takut anak-anak kepada selamat terutama di dalam kelas yang baru dan asing bagi mereka.

Tips ini boleh dipraktikkan secara teratur di rumah bersama anak-anak bagi mendapat impak yang berkesan.

  1. Ajar anak anda bagaimana memulakan hubungan sosial dengan orang lain.

Bantuan daripada ibubapa sangat diperlukan bagi anak yang pendiam dan pemalu ini. Jika tidak, ianya akan menjadi satu seksaan kepada mereka untuk bergaul bersama rakan yang lain terutama di dalam kelas.

Bawalah mereka bersiar-siar di tempat awam seperti di taman rekreasi atau permainan, kompleks membeli belah, masjid dan sebagainya sekerap yang mungkin agar mereka tidak merasa janggal.

Ajarilah mereka untuk memberikan salam kepada orang lain apabila bertemu dan memulakan untuk bersalam tangan. Walaupun ianya nampak sangat enteng bagi orang dewasa, tapi bagaikan satu kejayaan yang besar bagi mereka

. 2. Puji hasil kerja mereka dan pamerkan.

Setiap anak yang pendiam atau pemalu mendambakan perhatian. Mereka ingin merasakan diri mereka istimewa dan hebat dimata anda. Pujian di atas hasil kerja dihadapan ahli keluarga yang lain akan menambahkan keyakinan diri mereka.

Kemudian, pamerkan hasil kerja mereka di sudut yang mudah dilihat setiap hari seperti di ruang tamu atau dimeja makan.

Setiap kali anda melihat hasil kerja itu, pujilah mereka dan ianya akan memberi kelainan yang besar dalam tahap keyakinan diri mereka.

3. Berkomunikasilah sebanyak yang mungkin bersama mereka

Antara elemen komunikasi yang paling mujarab adalah dengan bercerita. Setiap hari, luangkan dalam 30 minit untuk membaca buku cerita bersama anak-anak. Tunjukkan pada mereka cara bagaimana bercerita mengikut ekspresi watak di dalam buku cerita tersebut.

Contohnya, kelainan nada suara anda apabila menjadi nenek tua dan menjadi seorang kanak-kanak harus ditunjukkan dengan jelas.

Setelah itu, berikan mereka ruang untuk mereka bercerita pula kepada anda mengikut watak yang betul.

Mereka akan leka dan seronok melakonkannya dan secara perlahan-lahan keterampilan diri mereka untuk bercerita akan terserlah tanpa segan silu.

Setelah mereka selesai bercerita dengan jayanya, jangan lupa puji mereka di atas usaha mereka itu.

Jika ada masa anda boleh juga memberi mereka ganjaran atau hadiah di atas kejayaan mereka itu. Mungkin dengan belanja mereka makan ais-krim bersama.

Selamat mencuba !   😀

Pin It on Pinterest

Shares
Share This