Kebiasaannya setiap kali bayi menangis, pasti si ibu akan menyuapkan botol susu ke mulut anak dengan harapan anak berhenti menangis.
Malangnya tidak kadangkala. Alangkah bagusnya jika kita dapat meneka setiap ‘body languange’ anak apabila mula menangis. Jika tahu kan senang, jimat masa dan tenaga.
Bila bayi anda menangis kerana badannya sakit tetapi diberi susu kan haru jadinya. Lebih kesian bagi bayi terpaksa menangis berjam-jam barulah keperluan yang diminta difahami oleh ibu.
Sedikit tips di bawah diharap dapat membantuanda dalam memahami kehendak bayi anda dengan tepat. Tears no more !
# Tangisan Untuk Menyusu
Berhenti sekejap ambil nafas, menangis dan berulang-ulang. Itu tandanya bayi anda lapar dan susukan hingga kenyang
# Tangisan Lampin Basah
Tangisannya biasanya perlahan pd mulanya, dan semakin kuat agar mendapat perhatian anda. Mereka akan mengeliat-liat tanda tak selesa. Cepat-cepat tukarkan lampin atau pampers mereka
# Tangisan Badan Sakit
Tangisan yang paling kuat mereka akan lontarkan, seperti menjerit ‘uwaaaaa…’ sambil termengah-mengah menarik nafas dan terus menjerit. Jadi, periksa badan bayi anda, mungkin kekembungan perut, kena gigit semut, kekejangan dsb.
# Tangisan Minta Dukung
Tangisan yang merengek-rengek minta perhatian dari anda. Walaupun mata da kuyu untuk tidur, tapi masih merengek tidak berhenti. Jadi, dukunglah dia sebentar sehingga terlelap di lengan anda dan barulah masukkan ke dalam buaiannya.