Melahirkan anak adalah salah satu nikmat yang terbesar yang diberikan Allah S.W.T kepada setiap wanita. Namun, bagi sesetengah wanita yang beranak sulung pasti mempunyai rasa gemuruh dan takut saat menghadapi waktu kelahiran yang bakal tiba. Apatah lagi pelbagai insiden yang tidak enak didengar daripada kawan-kawan atau sebaliknya.
Salah satu aktiviti yang perlu diamalkan pada hujung kelahiran ialah perbanyakkan penafasan. Samada secara senaman tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit atau lebih selepas makan. Apabila bersenam kita bakal melakukan banyak aktiviti penafasan yang amat penting dalam membantu ketika kita menahan sakit dan meneran nanti.
Emosi juga antara elemen yang sangat penting untuk dijaga. Pastikan emosi dan keadaan kita selesa kerana ianya akan menyumbang kepada kelancaran proses kelahiran kelar. Sikap yang tenang dan selesa dapat menghindarkan kita daripada menerima apa-apa juga jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep.
Oleh itu, cuba tenangkan diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital. tergopoh-gapah yang hanya akan mengundang risiko yang tidak baik.
Selain itu, sokongan daripada tersayang juga antara faktor pelengkap atas segala kemudahan semasa proses kelahiran nanti. Ianya umpama vitamin yang tiada tandingan. Di waktu anda perlu berhadapan dengan segala macam tekanan untuk melahirkan, keberadaan suami di sisi pasti dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yang dialami. Namun, suami perlulah mempunyai semangat yang kental agar dia mampu memberi sokongan ketika anda berhadapan dengan kesakitan untuk melahirkan bayi.
Di bawah ini sedikit perkongsian untuk memudahkan kelahiran mengikut petua orang tua-tua dahulu yang berdasarkan agama Islam yang sangat bermanfaat untuk diamalkan.
Selamat berjaya melahirkan bayi yang sihat lagi bijak !