Membentuk anak mengenai budi bahasa adalah suatu proses yang berterusan. Setiap anak seawal usia 2 tahun memerlukan satu program yang betul untuk mereka teladani.

Hampir 90% tingkahlaku mereka serupa dengan apa yang mereka tontoni, terutamanya kartun kegemaran mereka. Jika aksi yang dilihat mempamerkan keganasan atau pergaduhan, kita boleh lihat reaksi mereka semasa bermain bersama adik-beradik di rumah juga sama seperti aksi yang mereka tonton.

Oleh itu, ikuti beberapa TIPS atau panduan dalam membentuk tingkahlaku positif anak-anak yang boleh dipraktikkan bersama.

1. Erti Rasa Hormat
Tunjukkan tingkah laku yang baik kepada anak. Cakap dengan elok kepada anak anda dan tingkah laku anda itu akan membuatkan dia melakukan perkara sama kepada orang lain.

2. Berkongsi Permainan
Beri kata-kata pujian apabila dia sedia berkongsi dengan orang lain. Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang membuatkan dirinya disukai ramai.

3. Praktik Perkataan Kesopanan
Jadikan perkataan, ‘ tolong’ dan ‘terima kasih’. sebagai ungkapan yang wajib dalam keluarga anda. Jika anak anda lupa untuk mengucapkan terima kasih, ingatkan kepadanya.

4. Ucapan Meminta Maaf 
Tunjukkan situasi si kecil harus mengucapkan kata-kata maaf. Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai suatu perkara biasa. Dengan cara ini membuatkan anda lebih disenangi dalam pergaulannya dengan rakan sebaya.

5. Memberi Pujian
Pujian adalah kata-kata yang menakjubkan buat anak anda. Beritahu kepada anak anda bahawa anda bangga apabila dia menunjukkan sikap yang sopan setiap masa.

6. Menjadi Model Mengajar Tatatertib Kepada Anak
Jika mulut anda penuh dengan makanan apabila anda bercakap, anak anda akan mengikut perkara yang sama apa yang dilihatnya.

7. Mengungkapkan Penggunaan Ayat Yang Betul
Jika anak menggunakan perkataan, “Adik mahu air,” anda betulkan penggunaan ayatnya dan berkata, “Boleh ibu tolong ambilkan adik air,?” dan minta anak anda ulangi ungkapan tadi. Anda harus mengulangi penggunaan ayat ini sebarang situasi.

8. Minta Kebenaran
Ia sukar pada tahap usia ini untuk melatihnya. Jika anak anda merampas barang permainan rakan sebaya, katakan kepadanya, “ Perbuatan adik ini tidak baik dengan cara mengambil barang kawan tanpa meminta kebenaran.

9. Lakukan Kerja Rumah
Biarkan si manja membuang sampah atau lampin pakai buangnya ke dalam bakul sampah. Juga membawa pinggan plastik di letakkan atas meja ke sinki. Ia suatu pengenalan kepadanya untuk membantu ahli keluarganya membersihkan rumah.

10. Gunakan Perkataan ‘Tolong’
Guna perkataan ini apabila mahu meminta anak anda mengambil barang yang anda mahu. ‘Adik, tolong mama ambilkan baju tu.

11. Suara
Beritahu kepadanya tempat yang ‘ok’ bersuara kuat dan tempat yang perlu bercakap perlahan.

12. Salam
Menghulurkan salam untuk berjabat tangan apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua daripadanya. Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam diri anak itu.

Lakukanlah setiap panduan dan langkah ini secara istiqamah. InshaAllah lama-kelamaan anak kita akan mula bersikap sopan santun serta pandai menghormati orang terutama yang tua seperti yang kita impikan.

Sumber ini juga rujukan bersama daripada Majalah Pa & Ma

Selamat maju jaya !

Pin It on Pinterest

Shares
Share This