Kualiti hidup kita bergantung pada kualiti emosi kita.
Jika emosi yang kita pegang adalah emosi yang positif seperti ; ikhlas memaafkan orang, bersangka baik dengan Allah dan manusia, sabar atas setiap Qada’ dan Qadar dan sebagainya. Itulah yang akan menyumbang kepada proses penyembuhan pada setiap ujian yang kita hadapi.
Bersyukur atas sebab mampu bernafas pada hari ini antara emosi yang ‘ultimate’ yang menunjukkan hubungan pergantungan antara kita dan Allah Yang Maha Pencipta.
Jadi, segala masalah kecil atau besar dalam mendidik dan membesarkan anak, akan dipandang mudah seterusnya dapat diselesaikan tanpa kita sedari.
Jom rawat emosi kita dulu sebagai ibubapa sebelum kita rawat tingkahlaku anak-anak kita. Manakan boleh orang yang tidak bahagia boleh membahagiakan orang lain, waima anak kita sendiri, bukan ?
Salam penuh prihatin & sedar,
– Teacher Ayu dari Excel Qhalif