Anak yang penakut boleh juga dikaitkan dengan fobia atau dilema mereka terhadap sesuatu situasi yang pernah mencemaskan emosi mereka. Ada disebabkan selalu mendapat ‘mind tortured’, mangsa buli adik-beradik atau kawan di taska dan sebagainya :-

A) Teknik Air
Air antara perkara yang menyeronokkan buat anak-anak. Apatah lagi bila diberi peluang bermain air dalam bilik air ataupun air hujan.
Berlainan bagi anak yang penakut, terapi air boleh digunakan untuk mengembalikan keyakinan diri mereka daripada perkara-perkara yang menakutkan.

Caranya :

  1.  Tadahkan air dalam besen atau tab mandi di rumah. Ajar anak untuk kocak-kocakkan air tersebut untuk mengukuhkan kemahiran motor mereka. Ia juga secara tak langsung untuk mengurangkan tekanan dan ketakutan anak.
  2. Selang beberapa hari, belikan kolam renang yang boleh mereka bermain bersama adik-beradik atau kawan yang lain. Bagi mereka ada interaksi sosial yang membuatkan mereka seronok dan minda mereka juga tenang.
  3. Kemudian, buat percubaan pertama kali untuk membawa mereka ke taman tema air/waterpark dengan memberi gambaran seronok bermain di situ pada hari sebelumnya. Buatkan mereka tak sabar. Mungkin pada permulaannya, mereka akan tarik diri dan takut untuk mencuba, pujuk baik-baik sambil sentiasa memeluk mereka untuk mengurangkan ketakutan anak.
  4. Apabila mereka semakin berani, bawalah pula ke pantai untuk mereka bermandi di laut sebagai terapi terakhir mengurangkan sikap penakut mereka. Lakukan aktiviti ini secara konsisten inshaAllah kita pasti mendapat hasil yang memuaskan. Anak semakin berani dan kedepan.

Selamat mencuba ! With love  Teacher Ayu dari Excel Qhalif

RE : Teknik Pasir akan dihuraikan kemudian jika mendapat respon yang baik daripada followers semua. Komen ‘Playgroup’ di bahagian komen di bawah.

VIDEO TIP: Cara Tangani Anak Pemalu oleh Teacher Ayu

BERITA BAIK, kini pihak Excel Qhalif membuka penyertaan kepada ibubapa semua untuk ‘test-run’  kelas kami dengan menyertai TRIAL CLASS kami yang masih terbuka sekarang. Untuk penerangan lebih lanjut, klik banner di bawah ini.

https://www.superkiddo.com.my

Pin It on Pinterest

Shares
Share This