Yahoo, cuti sekolah datang lagi!

Cuti memang seronok. Siapa yang tidak mahu cuti bukan? Cuti sekolah sentiasa ditunggu-tunggu oleh anak-anak begitu juga ibubapa. Ini adalah waktu terbaik untuk merehatkan minda daripada tekanan bekerja mahupun tekanan belajar. Lari daripada kesibukan dan nikmati aktiviti kekeluarga bersama-sama.

Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil, bercuti bersama si manja kadang kala boleh memeningkan. Rancang percutian bersama si manja. Ikuti Tips: Percutian Bersama Anak yang pernah dikongsikan dalam entri terdahulu untuk menambah kemanisan bercuti bersama si pintar cilik.

Bukan semua keluarga mampu dari sudut kewangan untuk membawa anak-anak bercuti ke mana sahaja yang terlintas di dalam hati pada musim cuti sekolah. Walau bagaimanapun, semua ibubapa secara fitrahnya akan berusaha memberi peluang terbaik kepada anak-anak untuk merasai aktiviti bermanafaat sepanjang cuti.

Jika anda sedang merancang-rancang aktiviti cuti sekolah, jemputlah baca aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan bersama anak-anak sempena musim cuti sekolah ini tanpa perlu mengeluarkan bajet besar :

Read-under-tree1.  Perpustakaan Raja Tun Uda (RATU)
Pencinta buku yang bermastautin di sekitar Selangor, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor atau turut dikenali sebagai Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang cuti sekolah bertempat di Zon Kreatif yang terletak di sayap kanan tingkat bawah dan ia dikhaskan untuk pengguna kanak-kanak di bawah umur 10 tahun. Selain pilihan meluas buku kanak-kanak yang boleh dipinjam, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di pelbagai sudut menarik seperti Reading Tree, Zon Interaktif dan Zon Siber.

Oh ya, masuk adalah percuma! Permainan XBOX 360 Kinect turut disediakan bagi merangsang pemikiran strategik dalam permainan komputer, dengan dikenakan caj minima RM0.50 untuk setiap pusingan permainan. Si Cilik pintar sudah pasti tidak mahu ketinggalan menjelajahi dunia internet. Zon Siber menyediakan 8 unit komputer peribadi berasaskan Windows dan 8 unit komputer iMac. Caj penggunaan hanya RM1.00 sejam sahaja. Sambil anak-anak pintar beraktiviti, ibubapa boleh menjelajah perpustakaan yang kaya dengan pelbagai fasiliti menarik di bahagian dewasa, gimnasium, Rumah Ngaji, Teater 3D, Surau, Kafeteria, Bilik Siber dan banyak lagi kemudahan menarik bukan untuk ulat buku semata.

 2.  Pusat Sains Negara
Bagi keluarga yang suka mengeklorasi dunia sains dan memberi pendedahan teknologi kepada anak-anak dalam bentuk interaktif, Pusat Sains Negara yang bertempat di Bukit Kiara adalah pilihan yang sesuai. Bayaran pula tidak mahal. Anda hanya perlu mengeluarkan duit saku sebanyak RM6.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak (6-12 tahun). Di pintu masuk utama, anak-anak pasti sudah teruja berjalan melalui terowong akuarium dan melihat kepelbagaian ikan yang berenang-renang di atas kepala. Sudut Penerokaan Comel pula disediakan khusus untuk anak-anak cilik berumur bawah 3 tahun.

Anak-anak bebas meneroka dan membuat simulasi di bahagian-bahagian menarik seperti Alam Kanak-Kanak, Eureka, Akuarium, Teater 3D dan pelbagai lagi. Selain daripada aktiviti indoor, terdapat juga ruangan outdoor yang dinamakan Science Wonderland. Banyak sudut ekplorasi sains tetapi yang paling menarik di Water Plaza yang menempatkan beberapa bahan pameran berunsurkan air yang mengajak pengunjung memahami konsep pemindahan air, tekanan permukaan, tenaga kinetik dan konsep-konsep fizik yang lain. Sehari pun rasa tidak mencukupi!

3.  Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Tahukah anda, anda dan anak-anak boleh merasai pengalaman mencanting batik tanpa perlu ke kilang membuat batik ? Di Kompleks Kraf ada aktiviti demonstrasi dan interaktif kraf yang memberi peluang kepada pengunjung untuk belajar dan menjiwai proses pembuatan produk kraf seperti anyaman rotan, mencanting batik, mengukir kayu dan membuat seramik.

Pengunjung berpeluang mencipta hasil seni kraf yang disukai sambil mengasah bakat dan kreativiti diri sendiri melalui tunjuk ajar usahawan yang  mesra kanak-kanak di Perkampungan Kraf. Masuk ke sini juga adalah percuma. Cuma bayaran minimum dikenakan kepada pengunjung yang ingin mencuba aktiviti-aktiviti interaktif ini. Pusat kraf ini agak kurang popular tetapi sangat bagus untuk memberi pendedahan kepada anak-anak untuk mengenal keunikan dan kecantikan tradisi serta produk kraf tempatan. Disamping itu, ibubapa boleh juga menjamu mata membeli belah barangan kraf dan cenderamata yang berkualiti di sini.

4.  Belajar Membuat Labu Sayung
Balik kampung antara agenda paling popular untuk mengisi aktiviti cuti sekolah. Pulang ke pangkuan datuk dan nenek untuk melepaskan rindu sambil mengukuhkan tali persaudaraan. Alang-alang pulang bercuti di kampung halaman, usah bazirkan peluang yang ada untuk memberi pendedahan kepada anak-anak untuk menikmati keseronokan aktiviti tradisional.

Antara aktiviti yang menarik adalah membawa anak-anak untuk merasai sendiri pengalaman memegang tanah liat, menguli doh dan membentuk labu sayung dengan tangan mereka sendiri. Ini terutamanya bagi mereka yang berkampung di negeri Perak. Aktiviti ini bukan sahaja mengasah kretiviti, ia  turut membuang rasa takut dan geli pada anak-anak. Juga menuntut anak-anak untuk fokus dan sabar menghasilkan labu sayung.

Jika pulang ke Pantai Timur pula, boleh bawa anak-anak mencanting batik, membuat keropok lekor mahupun membuat wau. Ini semua kemahiran yang semakin dilupakan di kalangan generasi muda. Dan yang paling penting, aktiviti ini tidak perlu sebarang bayaran !

5.  Taman Botani Putrajaya
Mahu membawa anak-anak menikmati aktiviti bersama alam ? Jom bawa anak-anak ke Taman Botani Putrajaya. Tiada bayaran masuk yang dikenakan. Boleh berjalan mahupun berjogging untuk menikmati kecantikan flora dan fauna. Boleh juga menyewa basikal mahupun menaiki Tram untuk mengelilingi taman. Taman Botani ini mengadap Tasik Putrajaya.

Anda boleh juga memberi makanan kepada ikan-ikan. Oh, yang paling seronok apabila berpeluang melihat beribu-ribu ikan melompat-lompat, berlumba-lumba merebut makanan yang kita berikan. Anak-anak mesti teruja. Jernih dan sangat dekat. Selain daripada Taman Botani Putrajaya, banyak juga tempat-tempat menarik untuk dikunjungi sesuai untuk menikmati keindahan alam semesta seperti kawasan pantai, air terjun dan hutan simpan.

6.  Chalet Sawah Padi
Mahu lari dari kesibukan kota? Teringin untuk bawa anak melihat sawah semasa padi sedang menguning di depan mata? Jika mahukan percutian yang budget dan lain dari kebiasaan, boleh berkunjung ke chalet sawah padi sekitar Sabak Bernam. Anak-anak yang lahir dan membesar di kota pastinya tidak pernah merasai pengalaman hidup di kampung. Ada banyak homestay dan challet di sekitar Sabak Bernam yang bukan sahaja menawarkan penginapan semata, malah turut menyusun aktiviti kampung sepanjang percutian.

Anda berpeluang untuk melawat sawah padi, melihat cara menuai padi, menumbuk padi menggunakan lesung kaki untuk menghasilkan tepung beras, mencari remis dan bermain layang-layang. Anda sekeluarga juga berpeluang untuk mengikuti pertandingan memancing dan menggagau ikan keli serta haruan di sawah padi. Pasti ia pengalaman yang tidak dapat dilupakan!

Ibuayah mithali yang mempunyai anak pintar yang masih bersekolah, sudahkah anda membuat perancangan aktiviti keluarga pada cuti sekolah kali ini? Semoga percutian anda berjalan dengan lancar. Apa yang penting rancang dahulu percutian anda sebelum memulakan sebarang percutian. Dengan percutian yang terancang boleh  menenangkan minda di samping mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

Sekiranya anak anda berumur antara 20 bulan hingga 4 tahun. Anda juga boleh berdaftar ke kelas percubaan Excel Qhalif sebagai aktiviti tambahan cuti sekolah ini. Anak-anak ini dirangsang secara fizikal, sensori dan emosi dalam setiap aktiviti kelas. InsyaAllah ia mampu menambah tumpuan,  kemahiran komunikasi, sosial dan kemahiran kognitif serta kreativiti mereka.

Excel-Qhalif (1) Excel-Qhalif (2) Excel-Qhalif (3) Excel-Qhalif (4)

Untuk keterangan lanjut anda boleh klik di pautan –>> https://www.excelqhalif.com/kelas-playgroup-percubaan/

Walaupun kadang-kala percutian atau aktiviti sebegini bukan percutian yang mewah, tetapi itu adalah lebih baik untuk anak-anak merasa gembira dan dihargai. Berkongsi masa bersama-sama dan memberi peluang untuk anak-anak meneroka pelbagai ilmu dan kemahiran.

Selamat bercuti bersama keluarga tercinta !

====================================
BERITA BAIK : Sesi ‘Trial Class’ Playgroup Kini DIBUKA (untuk anak 20 bulan hingga 4 tahun sahaja). Beri peluang anak anda merasai pengalaman manis dalam sesi kelas bersama kami. Anak bakal didedahkan dengan interaksi sosial yang sihat, perkembangan yang membantu kemahiran motor halus/kasar serta aktiviti belajar sambil yang meransang minda mereka. Klik link banner di bawah untuk mendaftar

Pin It on Pinterest

Shares
Share This