Umur anak dah sesuai nak masuk tadika/sekolah. Mak ayah pun dah excited nak hantar anak masuk sekolah untuk bermain, belajar dan berkawan. Tapi risaunya…

😓“Boleh ke hantar pergi sekolah anak aku nih? Bercakap tak lancar lagi, arahan tak banyak faham lagi..”

😓“Dah cuba hantar, tak sampai dua minggu, cikgu cakap baik-baik, tak boleh nak handle, takut cedera anak orang lain..”

😓“Kat rumah sikit punya lasak.. Pintu grill, tangga, almari, meja makan semua dipanjatnya. Macam mana nak duduk setempat, belajar kat kerusi dan meja di sekolah..”

😓“Anak saya pemalu sangat lah pulak. Kat rumah walaupun ada pelat tapi mulut cotcet cotcet lah jugak. Bila hantar sekolah duduk sorang-sorang taknak campur dengan kawan..”

Bila terjadinya situasi seperti di atas, pastinya pening kepala ibu ayah. Orang lain pening fikir nak sediakan kelengkapan sekolah, kita fikir sesuai tak anak nak masuk sekolah.

Jangan risau sorang-sorang. Semua in shaa Allah ada penyelesaiannya kalau dibawa berbincang dan dirujuk pada tempat yang betul.

Dalam siri EQ Prihatin kami, dijemput ibu bapa yang sudi membincangkan isu yang dialami anak-anak, duduk bersama-sama dengan para terapis kami di sebuah seminar anjuran Excel Qhalif. In shaa Allah ada jalan keluar pada setiap masalah yang dihadapi.

Seminar ini adalah anjuran bersama Masjid Al-Hasanah.
.
Utk makluman, berikut adalah butiran mengenai program:
Tarikh: 20 oct 2018.
Waktu :
Blok 1 (Seminar) : 9.00 am10.00 am
Blok 2 ( Saringan percuma perkembangan anak) : 10.15 am – 12.00 pm
Tempat : Bilik Seminar Masjid Al Hasanah, Bangi

Program bertujuan untuk:
1. Membicangkan faktor anak di ‘reject’ dari tadika/sekolah dan penyelesaian.
2. Pendedahan mengenai masalah sensori yang berkait dengan masalah fokus dan perkembangan anak.
3. Memudahkan ibubapa berbincang dgn lebih lanjut mengenai isu yang anak hadapi bersama terapis.
4. Sesi saringan Percuma oleh terapis untuk melihat tahap perkembangan anak.

Sekiranya berminat dan ingin mendaftar, boleh terus membuat bayaran ke akaun secepat mungkin hari ini sebanyak RM10 utk penyertaan satu keluarga (ibu, ayah dan seorang anak).

Sebahagian duit pendaftaran ini akan disalurkan ke tabung masjid.
Hanya seorang anak sahaja dibenarkan dan berumur diantara 3 hingga 9 tahun.

Sekiranya berminat dan ingin mendaftar, boleh Whatapps ‘ MASJID’ ke nombor 011-1519 0681.
atau bagi pengguna hp boleh terus klik dipautan di bawah:

—> www.wasap.my/601115190681/MASJID
—> www.wasap.my/601115190681/MASJID
—> www.wasap.my/601115190681/MASJID

.
.

Pin It on Pinterest

Shares
Share This