Saya yakin kebanyakan ibu bapa yang bertanyakan soalan ini sudah pun melakukan bacaan di internet atau buku, menonton video-video berkaitan di youtube, atau mungkin sudah pun bertanyakan soalan yang sama pada mana-mana professional yang lain sama ada doktor pediatrik, psikologis, atau terapis lain.

Walaupun begitu, saya faham mengapa ibu bapa masih mengajukan soalan berkenaan, dan tidak ada salahnya bagi ibu bapa untuk sentiasa mengkaji dan mendapatkan pandangan lain (second opinion) daripada para professional, malah saya memuji ibu bapa yang selalu  berusaha untuk memahami autism dengan lebih mendalam.

Walau bagaimanapun, bagi saya ini adalah soalan killer. Kerana soalan ini diajukan dengan seribu satu pengharapan untuk mendapatkan jawapan yang lebih positif. Dan setiap kali ditanya, saya akan sentiasa memberikan jawapan klise;

“Symptom Autisme takkan sembuh, Puan/Tuan. Tapi kita boleh optimum kan kemahiran mereka melalui kaedah intervensi yang ada sekarang seperti terapi carakerja (occupational therapy), terapi pertuturan (speech therapy), ABA (applied behavior analysis) dan lain-lain”

Saya pasti info yang sama juga diberikan oleh professional yang lain, kerana secara faktanya, belum ada lagi ubat yang dapat dihasilkan untuk menyembuhkan autism. Secara diagnosis juga autism juga tidak dikategorikan sebagai penyakit, tetapi adalah kecelaruan (disorder) yang berlaku di dalam otak. Punca mengapa terjadinya kecelaruan tersebut masih belum dapat dikenal pasti, maka kerana itu dari segi bioperubatan kaedah rawatannya masih belum ditemui, tetapi saya yakin kajian akan terus berjalan.

Namun, ibu bapa juga mungkin pernah bertemu atau mendengar satu dua kes kanak-kanak yang semasa di awal usianya di diagnos dengan autism, tetapi segala simptom sedikit demi sedikit  hilang selepas menjalani intervensi/intervensi, apabila umurnya meningkat, dan dapat membesar seperti kanak-kanak tipikal.

Kerana autism juga dilihat sebagai satu spektrum yang misteri, maka perkara ini ini bukanlah sesuatu yang mustahil atau pelik. Banyak juga kajian yang dijalankan untuk membincangkan situasi ini, salah satunya oleh doktor perkembangan kanak-kanak dari Hospital Kanak-Kanak Montefiore, Dr Lisa Shulman, menyatakan 569 orang kanak-kanak di Bronx, New York yang di diagnos dengan ASD dalam tahun 2003 sehingga 2013, 38 orang daripadanya disifatkan telah tiada simptom autism selepas menjalani penilaian semula empat tahun kemudiannya. Walau bagaimanpun, kebanyakan mereka masih lagi menunjukkan beberapa gejala lain seperti masalah pembelajaran, masalah emosi, masalah tingkah laku dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermaksud autism itu sembuh. Boleh jadi antaranya situasi yang berlaku adalah  kesilapan semasa diagnosis kerana dilakukan pada usia yang sangat muda sekitar 1 hingga 3 tahun. Biasa juga berlaku pada kanak-kanak tipikal mengalami proses perkembangan lewat sama ada dari segi perkembangan pertuturan dan komunikasi, perkembangan kognitif, isu sensori dan lain-lain.

Hal ini berkemungkinan terjadi kerana kurangnya ransangan luar, kurang pergaulan bersama rakan sebaya, pendedahan yang kerap kepada gajet, dan lain-lain faktor. Namun saya tidak menyatakan diagnosis pada awal usia itu tidak perlu, malah ibu bapa sangat digalakkan untuk berjumpa pakar sekiranya anda mengesan ‘red flags’ dalam perkembangan anak di awal usianya.

Kerana ibu bapa yang lebih berjaga-jaga di perkembangan anak pada awal usia, akan memberi ruang yang lebih lama untuk anak menerima rawatan sebelum umurnya meningkat memasuki alam persekolahan. Dan kanak-kanak yang menerima rawatan di peringakt usia yang lebih muda juga kebiasaannya menunjukkan progres yang lebih bagus.

Saya kongsikan satu contoh yang baik dalam perancangan ibu bapa kanak-kanak autism yang pernah saya temui. Umur kanak-kanak tersebut ketika ini adalah 3 tahun 3 bulan.

Usia 2 tahun 4 bulan : Mula bertemu doktor pakar kanak-kanak kerana sudah mengesan ‘red flags’ seperti lambat bercakap dan kurang ‘eyes contact’. Di diagnos dengan Autism dan mula menjalani intervensi terapi carakerja (Occupational Therapy)

Usia 2 tahun 9 bulan : Mula menjalani intervensi terapi bahasa dan pertuturan (Speech and Language therapy). Masih meneruskan intervensi OT.

Usia 3 tahun 3 bulan : Mula menjalani kelas Early Intervention Programme (EIP)

Usia 5 dan 6 tahun : Merancang untuk mendaftar kelas tadika biasa (bergantung pada progres perkembangan semasa).

Usia 7 tahun : Merancang untuk mendaftar sekolah tahun satu (bergantung pada progress perkembangan semasa, sama ada kelas PPKI atau kelas aliran perdana).

Melalui contoh kes kanak-kanak di atas, kerana sudah didiagnos di awal umur, ibu bapanya tidak berlengah untuk menyegerakan intervensi OT. Sebagai terapis yang menjalankan rawatan ke atasnya, saya melihat perkembangan yang sangat positif pada kanak-kanak tersebut sepanjang proses intervensi. Walau bagaimanapun, sudah semestinya kita tidak boleh menyama ratakan setiap perkembangan kanak-kanak. Tetapi di sini faktor menerima rawatan/intervensi di awal usia sangat membantunya untuk mendapatkan progres dan prognosis yang lebih baik.

Kesimpulan yang saya ingin kongsikan dengan ibu bapa di luar sana, sama ada autism boleh sembuh atau tidak, janganlah kita hanya tertumpu pada persoalan tersebut sahaja. Biarlah ia menjadi isu kepada para pengkaji yang saya yakin tidak akan berhenti menjalankan kajian. Saya faham seandainya terdapat ibu bapa yang melalui fasa penafian (denial), tetapi berada dalam fasa tersebut terlalu lama dengan tidak berusaha untuk berjumpa dengan pakar tidak akan membantu anak anda untuk mendapatkan progres yang baik.

Buat para ibu bapa, sekiranya anda sudah mula mengesan ‘red flags’ dalam diri anak, ataupun bagi yang anaknya sudah pun didiagnos Austime, yang paling utama untuk disegerakan adalah mendapatkan rawatan dan cuba memahami sedalamnya bagaimana anda dapat membantu anak anda untuk mempersiapkan diri mereka untuk menempuhi cabaran dunia luar. Saya yakin usaha dan pengorbanan ibu bapa beserta doa dan tawakal yang tidak putus, pasti akan berbaloi dengan ganjarannya satu hari nanti, In Shaa Allah.

BIODATA PENULIS
Amirah Mohd
; Occupational Therapist. Graduan lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini berkhidmat sepenuh masa di Excel Qhalif . Beliau merupakan sebahagian tenaga pengajar di kelas Excel Qhalif Playgroup Xtra dan sesi Excel Occupational Therapy.

*****

Rujukan : http://www.aappublications.org/content/early/2015/04/26/aapnews.20150426-2?sso=1&sso_redirect_count=1&nfstatus=401&nftoken=00000000-0000-0000-0000-000000000000&nfstatusdescription=ERROR%3a+No+local+token

*****

BERITA BAIK:

Hari-hari pergi terapi di Excel Genius!!

Ye, hari-hari tau! Excel genius adalah program kelas terapi yang intensive dan berfokus. Bukan setakat terapi seminggu sekali, tapi hari-hari macam pergi sekolah!

Terapi seminggu sekali pun, Alhamdulillah ramai anak dah tunjukkan perkembangan yang baik, apatah lagi kalau hari-hari! Lagi kerap, lagi mudah anak untuk serap apa yang dipelajari.

Program ni sesuai untuk anak-anak yang ada masalah;

  • Masih belum toilet training
  • Kurang kemahiran sosial dan bermain sendirian
  • Kurang hubungan mata (eyes contact) dan interaksi dua hala
  • Kurang kemahiran memahami dan mengikut arahan
  • Masalah fokus dan kurang kemahiran duduk setempat
  • Lewat bercakap (speech delay)
  • Masalah pembelajaran

Jadi, jangan risau dan jangan tunggu-tunggu lagi, untuk rujuk anak anda ke kelas Excel Genius kami, kerana In Shaa Allah semua guru adalah terlatih untuk mendidik dan mengendalikan anak yang mempunyai isu lewat dalam perkembangan (developmental delay). Hubungi cawangan kami untuk pendaftaran kelas di cawangan-cawangan kami yang berhampiran dengan anda.

Cawangan Cheras:
SMS/WA “EIP” ke 011-3515 6470 (Teacher Iqa).
Atau pengguna handphone boleh klik www.wasap.my/601135156470

Cawangan Bangi:
SMS/WA “EIP” ke 013-361 9918 (Teacher Ami).
Atau pengguna handphone boleh klik www.wasap.my/60133619918

Cawangan Shah Alam:
SMS/WA “EIP” ke 011-5881 0588 (Teacher Nad).
Atau pengguna handphone boleh klik www.wasap.my/601158810588

Cawangan Wangsa Maju, Kuala Lumpur:
SMS/WA “EIP” ke 011-5415 6252 (Teacher Zira).
Atau pengguna handphone boleh klik www.wasap.my/601154156252

*****

Testimonial Kami.

Excel Qhalif Juga Menyediakan Kelas-kelas seperti berikut;
1) Terapi Carakerja (Occupational Therapy)
2) Terapi Pertuturan (Speech Therapist)
3) Program Intervensi Awal (Early Intervention Program)
4) Playgroup Xtra (untuk anak-anak istimewa)
5) Excel Qhalif Playgroup (untuk anak-anak tipikal @ normal)

***************

Sekiranya anak anda memerlukan rangsangan interaksi sosial dan kelas dihujung minggu, anda dijemput menyertai Kelas Playgroup kami …

Kelas playgroup ini dijalankan setiap hujung minggu dan dibuka penyertaan kepada anak-anak berkeperluan khas yang berumur diantara 2 ke 6 tahun sahaja. Uniknya kelas ini, ibubapa juga boleh turut sertai aktiviti kelas. Sertai sekarang!!

Cawangan Cheras:
SMS/WA “EQPX” ke 011-3515 6470 (Teacher Iqa).
Atau pengguna handphone boleh klik www.wasap.my/601135156470

Cawangan Bangi:
SMS/WA “EQPX” ke  013-361 9918 (Teacher Ami).
Atau pengguna handphone boleh klik www.wasap.my/60133619918

Cawangan Shah Alam:
SMS/WA “EQPX” ke 011-5881 0588 (Teacher Nad).
Atau pengguna handphone boleh klik www.wasap.my/601158810588

Cawangan Wangsa Maju, Kuala Lumpur:
SMS/WA “EQPX” ke 011-5415 6252 (Teacher Zira).
Atau pengguna handphone boleh klik www.wasap.my/601154156252

Untuk info lanjut, anda boleh klik banner di bawah:

Pin It on Pinterest

Shares
Share This