Sebagai seorang ibu, saya percaya anak adalah anugerah terindah dan paling bermakna dalam hidup seseorang yang bergelar ibu bapa. Segala ilmu tentang parenting styles dan child developmental milestones merupakan antara topik yang sering menjadi carian di internet untuk kita lebih memahami corak perkembangan anak-anak kita.

Kerisauan semestinya akan timbul di dalam hati ibu bapa apabila anak-anak mereka menunjukkan ciri-ciri yang berlainan atau perkembangan yang lambat jika dibandingkan dengan kanak-kanak tipikal yang lain. Kurang komunikasi dan interaksi sosial, mengelak daripada melakukan hubungan mata dengan orang lain, masalah sensori, tingkah laku yang berulang-ulang, serta mempunyai minat yang ekstrem terhadap sesuatu objek atau pengetahuan yang luar biasa tentang sesuatu topik pada usia awal merupakan ciri-ciri yang harus diberi perhatian oleh ibu bapa. Hal ini kerana kemungkinan anak anda mempunyai kecelaruan Autisme (American Psychiatric Association. Diagnostic and statistical manual of mental disorders. 5th ed. Arlington, VA: American Psychiatric Association; 2013) adalah tinggi.

Proses diagnosis kecelaruan mental seperti Autism Spectrum Disorder (ASD) haruslah dilakukan oleh ahli pengamal perubatan terlatih seperti Psikologi Klinikal. Proses ini melibatkan ujian diagnostik yang akan dijalankan terhadap kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri autisme. Apabila terdengar perkataan ujian diagnostik, ramai ibu bapa yang mengajukan soalan berbunyi seperti berikut: “betul ke jalani ujian diagnostik boleh mempercepatkan proses perkembangan anak?”

Sebagai ahli Psikologi Klinikal dan mempunyai pengalaman yang luas bersama kanak-kanak autisme, saya percaya bahawa ujian diagnostik memberi banyak faedah bukan sahaja kepada ibu bapa dalam memahami keadaan anak mereka, tetapi juga boleh mempercepatkan proses perkembangan anak tersebut.

Ujian diagnostik merupakan satu proses penilaian yang mengandungi beberapa ujian saringan psikologikal untuk membantu ahli Psikologi Klinikal dalam menilai seorang kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri autisme. Ujian diagnostik ini termasuk ujian kecerdasan, pemerhatian tingkah laku sosial, sensori dan komunikasi, serta penilaian tingkah laku adaptif yang dilakukan dalam beberapa sesi berlainan.

Hasil daripada ujian diagnostik ini dapat memberikan info kepada ahli Psikologi Klinikal dan ibu bapa mengenai perkembangan kanak-kanak tersebut secara holistik terutamanya dari segi sensori, emosi, tingkah laku, komunikasi, dan kognitif. Keputusan ujian diagnostik juga dapat membantu ahli Psikologi Klinikal dalam memberikan diagnosis yang tepat kepada seorang kanak-kanak dan seterusnya membina treatment plan yang terbaik untuk kanak-kanak tersebut dalam mendekatkan gap serta mempercepatkan proses perkembangan mereka. Oleh itu, ibu bapa disarankan untuk membawa anak-anak anda untuk jalani ujian diagnostik bagi mendapatkan diagnosis dan cadangan yang tepat untuk membantu mempercepatkan proses perkembangan anak-anak.

EXCEL GENIUS SCHOOL (EGSS) – Sekolah Untuk Anak Autisme ada menyediakan servis penilaian untuk mendapatkan diagnosis bagi seseorang kanak-kanak istimewa. Penilaian ini akan dijalankan oleh Psikologi Klinikal yang mempunyai latar belakang dalam menjalankan penilaian, terapi intervensi dan terapi ABA.

Servis penilaian termasuk:

  • Intake interview
  • Pemerhatian tingkah laku sosial, sensori dan komunikasi
  • Ujian kecerdasan
  • Penilaian tingkah laku adaptif

Siapa yang boleh jalani penilaian:

Kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri Autisme/ADHD/Intellectual Disability

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

+6011 5690 1579 (Teacher Fatin)
(Excel Genius Special School)

Pin It on Pinterest

Shares
Share This