Applied Behaviour Analysis (ABA) ialah terapi yang berasaskan sains pembelajaran dan tingkah laku. Terapi ini dapat membantu kita untuk memahami bagaimana sesuatu tingkah laku itu terjadi, pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku dan bagaimana pembelajaran memberi kesan terhadap tingkah laku tersebut. Terapi ABA mengaplikasikan pemahaman kita tentang cara tingkah laku berfungsi pada situasi sebenar. Matlamat terapi ini adalah untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini dan mengurangkan tingkah laku yang berbahaya atau menjejaskan pembelajaran seseorang individu.

Terapi ABA ini dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dan bahasa, meningkatkan perhatian, daya ingatan, kemahiran sosial dan prestasi akademik serta mengurangkan tingkah laku yang bermasalah. Ahli profesional yang melakukan terapi ABA di Malaysia adalah sangat kurang dan mungkin datang dalam berlainan latar belakang, pendidikan, kelayakan serta kepakaran. Seseorang individu yang telah diiktiraf sebagai penganalisis tingkah laku yang diperakui lembaga (Board-certified behaviour analyst) merupakan pakar dalam terapi ABA dimana mereka merupakan graduan ijazah Sarjana yang mempelajari terapi ABA secara khusus. Di Malaysia, ahli profesional seperti Psikologi Klinikal dan Terapi Tingkah Laku juga boleh melakukan terapi ABA. Hal ini kerana mereka mempunyai banyak pengalaman dalam melakukan terapi yang melibatkan tingkah laku dan pembelajaran serta diselia oleh pakar terapi ABA.

Terapi ABA ini dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dan bahasa, meningkatkan perhatian, daya ingatan, kemahiran sosial dan prestasi akademik serta mengurangkan tingkah laku yang bermasalah. Ahli profesional yang melakukan terapi ABA di Malaysia adalah sangat kurang dan mungkin datang dalam berlainan latar belakang, pendidikan, kelayakan serta kepakaran. 

Seseorang individu yang telah diiktiraf sebagai penganalisis tingkah laku yang diperakui lembaga (Board-certified behaviour analyst) merupakan pakar dalam terapi ABA dimana mereka merupakan graduan ijazah Sarjana yang mempelajari terapi ABA secara khusus. Di Malaysia, ahli profesional seperti Psikologi Klinikal dan Terapi Tingkah Laku juga boleh melakukan terapi ABA. Hal ini kerana mereka mempunyai banyak pengalaman dalam melakukan terapi yang melibatkan tingkah laku dan pembelajaran serta diselia oleh pakar terapi ABA.

Apabila ibu bapa mula mencari ahli terapi, mereka akan mendapati bahawa terapi ABA bukanlah komitmen yang kecil. Secara umum, sesi terapi ABA akan dilakukan antara 1 hingga 4 jam berdasarkan keperluan kanak-kanak tertentu dan objektif rawatan yang dibincangkan bersama ibu bapa. Ini menunjukkan bahawa tempoh yang ideal untuk melihat perkembangan seseorang melalui terapi ABA adalah sehingga 40 jam dalam seminggu. Walaupun tempoh rawatan agak lama dan intensif, ia biasanya jatuh dalam intensiti dengan peredaran masa sehingga kanak-kanak akhirnya tidak lagi memerlukan terapi. Perlu diingatkan bahawa adalah penting untuk memastikan anak anda menjalani rawatan sepanjang tempoh yang dicadangkan oleh ahli terapi ABA. Hal ini kerana terapi ABA boleh meningkatkan kehidupan individu dengan autisme, dan individu yang mengambil bahagian dalam rawatan komprehensif boleh mendapatkan hasil yang lebih baik.

EXCEL QHALIF GENIUS SCHOOL (EGSS) ada menyediakan servis terapi ABA yang dijalankan oleh Psikologi Klinikal.

Servis terapi ABA termasuk:

  • Intake interview
  • Pemerhatian tingkah laku sosial, sensori dan komunikasi
  • Terapi ABA (One-to-one session with the client)
  • Terapi ABA (One-to-one session with the client’s parents/caregiver)
  • Siapa yang boleh jalani penilaian:
  • Kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri Autisme/ADHD/Intellectual Disability
  • Individu yang mempunyai tingkah laku bermasalah
  • Individu yang mempunyai kesukaran dalam pelajari kemahiran tertentu

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: +6013-361 9918

Pin It on Pinterest

Shares
Share This