Terapi & Playgroup

Untuk Kanak-kanak

Pusat Terapi No 1

di Selangor & Kuala Lumpur

Intake EIP

is Now Open

One to One Therapy

is Now Open

Clinical Evaluation

Apa itu Clinical Evaluation (CE)?

Clinical Evaluation (CE) adalah sesi konsultasi bersama ahli psikologi klinikal untuk memahami perkembangan anak dan cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa dalam menguruskan anak mereka. Konsultasi ini akan dilakukan sekali sahaja bagi setiap klien sebelum mereka dimasukkan ke terapi yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

Manfaat Clinical Evaluation (CE)

Clinical Evaluation (CE) merupakan langkah pertama untuk ibu bapa berbincang mengenai kerisauan terhadap anak mereka bersama ahli psikologi klinikal.

Konsultasi selama satu jam ini dapat membantu ahli psikologi klinikal mengumpul sejarah perkembangan anak dari sudut pendidikan, kesihatan, komunikasi, tingkah laku dan sosial.

Ahli psikologi klinikal juga akan melakukan penilaian tingkah laku ringkas bersama anak untuk memahami tahap perkembangan mereka.

Hasil konsultasi ini dapat membantu ahli psikologi klinikal untuk mencadangkan terapi yang bersesuaian untuk anak dalam mendekatkan jarak perkembangan mereka berdasarkan bukti dan informasi yang dikumpul. Ibu bapa akan diberi satu surat rujukan dalaman untuk digunakan dalam pendaftaran terapi anak-anak.

Berikut merupakan senarai program dan terapi yang akan dicadangkan kepada ibu bapa untuk anak-anak:

    • Early Intervention Program (EIP)
    • Excel Genius Special School (EGSS)
    • Occupational Therapy (OT)
    • Speech Therapy (ST)
    • Clinical Diagnosis
    • ABA Therapy
    • Playgroup Extra (EQPX)
    • Linus (3M)

Siapa yang perlukan Clinical Evaluation (CE)?

  • Kanak-kanak berumur 2 tahun hingga 14 tahun
  • Kanak-kanak yang belum ada atau yang telah ada diagnosis klinikal
  • Ibu bapa yang tidak pasti tentang terapi yang sesuai untuk anak

Psychological Assessment

Apa itu Psychological Assessment?

Penilaian psikologikal atau Psychological Assessment merupakan satu proses yang dilakukan oleh ahli psikologi klinikal terhadap seseorang klien dalam memahami tahap kemahiran mereka secara holistik dan seterusnya memberi diagnosis klinikal berdasarkan Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders-Fifth Edition (DSM-5).

Penilaian ini dilakukan dalam beberapa sesi seperti dibawah:

Sesi 1: Intake interview bersama ibu bapa klien
Sesi 2: Penilaian tingkah laku komprehensif bersama klien
Sesi 3: Penilaian intelektual (IQ test)
Sesi 4: Temu bual penilaian tingkah laku adaptif klien bersama ibu bapa
Sesi 5: Perbincangan keputusan keseluruhan penilaian psikologikal

Setiap penilaian yang dilakukan akan menggunakan alat psikologikal yang telah disetarakan secara global seperti Childhood Autism Rating Scale (CARS), Gilliam Autism Rating Scale (GARS), Wechsler Intelligence Scale for Children-Fourth Edition (WISC-IV), Vineland Adaptive Behaviour Scale-Thrid Edition (VABS-3) dan banyak lagi.

Jumlah sesi penilaian juga akan berbeza mengikut kemampuan anak untuk menyelesaikan setiap penilaian.

Manfaat Psychological Assessment

Penilaian psikologikal ini dapat membantu ibu bapa dan ahli psikologi klinikal untuk memahami keadaan anak tersebut secara menyeluruh.

Ahli psikologi klinikal juga dapat membentuk satu treatment plan yang sesuai untuk memenuhi keperluan anak dan membantu dalam menyelesaikan cabaran mereka.

Hasil keputusan komprehensif daripada penilaian psikologikal ini, ibu bapa juga boleh memohon kad OKU untuk anak sekiranya anak didiagnos dengan gangguan pembelajaran atau perkembangan seperti Autisme, ADHD ataupun Intellectual Disability bagi melindungi hak mereka dari sudut pendidikan, pekerjaan dan sosial.

Siapa yang perlukan Psychological Assessment?

  • Kanak-kanak yang belum ada diagnosis klinikal
  • Kanak-kanak yang menunjukkan perkembangan motor, komunikasi atau sosial yang lambat
  • Kanak-kanak yang menunjukkan perkembangan akademik yang lemah
  • Kanak-kanak berumur 2 tahun hingga 18 tahun

ABA Therapy for Behaviour

Apa itu ABA Therapy for Behaviour?

Applied Behaviour Analysis (ABA) Therapy ialah terapi yang berasaskan sains pembelajaran dan tingkah laku.

Terapi ini dapat membantu kita untuk memahami bagaimana sesuatu tingkah laku itu terjadi, pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku dan bagaimana pembelajaran memberi kesan terhadap tingkah laku tersebut.

Terapi ABA mengaplikasikan pemahaman kita tentang cara tingkah laku berfungsi pada situasi sebenar.

Matlamat terapi ini adalah untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini dan mengurangkan tingkah laku yang berbahaya atau menjejaskan pembelajaran seseorang individu.

Terapi ABA ini akan dilakukan oleh ahli psikologi klinikal selama satu jam untuk setiap sesi, minimum 6 sesi bagi seorang klien secara one-to-one.

Ibu bapa juga boleh menyertai sesi terapi ini untuk belajar cara menguruskan tingkah laku anak yang bermasalah.

Terapi ini akan menggunakan alat bantuan visual seperti visual schedule dan social stories bagi membantu anak lebih faham tentang peraturan sosial.

Manfaat Terapi ABA Untuk Tingkah Laku

Terapi ABA untuk tingkah laku ini bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku anak yang diingini seperti menunggu giliran sewaktu berbaris, membuat eye-contact­ dengan ibu bapa atau orang lain sewaktu berkomunikasi, dan duduk dalam satu tempat dimana situasi berlari adalah dilarang.

Terapi ABA untuk tingkah laku ini juga boleh mengurangkan tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh anak seperti menjerit, memukul dan menggigit orang lain.

Ibu bapa boleh mengaplikasikan teknik ABA yang diajarkan oleh ahli psikologi klinikal di rumah bagi memastikan konsistensi anak terjamin.

Siapa yang perlu terapi ABA untuk tingkah laku?

  • Kanak-kanak yang didiagnos dengan Autism Spectrum Disorder (ASD)
  • Kanak-kanak yang didiagnos dengan Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD)
  • Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku bermasalah
  • Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah
  • Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas

ABA Therapy for
Social Communication

Apa itu ABA Therapy for Social Communication?

ABA Therapy for Social Communication adalah terapi yang memfokuskan kepada kemahiran komunikasi dan interaksi anak.

Terapi ini akan dijalankan secara one-to-one session bersama anak tersebut selama 1 jam, minimum 6 sesi bagi setiap anak. Ibu bapa juga boleh turut serta membuat pemerhatian sewaktu terapi dijalankan dan ahli psikologi klinikal akan berkongsi teknik-teknik ABA yang dilakukan agar ibu bapa dapat mempraktikkan teknik tersebut di rumah secara konsisten.

Manfaat ABA Therapy for Social Communication

Terapi ABA untuk komunikasi sosial iini bermanfaat dalam membantu seseorang anak untuk menyampaikan informasi kepada orang di sekelilingnya.

Terapi ini dapat memperkenalkan anak anda kepada isyarat sosial yang asas dan membantu meningkatkan kemahiran komunikasi mereka seperti membuat eye-contact, berinteraksi melalui perbualan dua hala, meminta sesuatu daripada ibu bapa dan banyak lagi.

Dapat menangani isu seperti kesukaran bermain dalam kumpulan, meniru orang lain, memahami perasaan ataupun memberitahu perasaan mereka kepada ibu bapa. Anak-anak akan belajar untuk menunjukkan atau mengekspresikan perasaan mereka melalui percakapan.

Bagi meningkatkan kemahiran interaksi sosial sesama rakan sebaya di samping membina keyakinan dalam berkomunikasi.

Siapa yang perlukan ABA Therapy for
Social Communication?

  • Kanak-kanak yang mempunyai speech delay
  • Kanak-kanak yang didiagnos dengan Autism Spectrum Disorder (ASD)
  • Kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke atas

Apa Akan Terjadi Jika Anak Lambat Dapatkan Diagnosis?

a) Lambat untuk kenalpasti isu anak secara holistik

    • Diagnosis merupakan proses mengenal pasti penyakit melalui tanda penyakit, simptom dan hasil pelbagai langkah diagnostik. Jika ibu bapa lambat mendapatkan diagnosis untuk isu anak, permerhatian secara holistik tidak dapat dibuat oleh Clinical Psychologist kita dan itu akan melambatkan proses kita untuk kenal pasti critical factors isu anak dari sudut psikologi, emosi, sosial dan tingkahlaku.

b) Anak akan mengalami kecelaruan emosi & develop behavior

    • Anak yang mengalami kelewatan perkembangan dalam segi pertuturan semestinya ada kesukaran untuk mengekspresikan diri mereka. Oleh kerana itu, kanak-kanak yang mempunyai isu lewat bertutur akan mengalami gangguan emosi kerana tidak boleh berkomunikasi dua hala untuk memberitahu kehendaknya.

Sertai Kami

Jika ibu-bapa setuju dengan intipati di atas, Excel Qhalif ada menyediakan Clinical Evaluation (Basic Screening) dan Psychological Assessment (full diagnosis) untuk mendapatkan diagnosis dan mengenalpasti isu anak secara keseluruhan.

Ibu bapa juga boleh mendapatkan konsultasi penuh tentang cabaran-cabaran yang dihadapi dan cara-cara yang sesuai untuk menangani cabaran-cabaran tersebut.

Blog

Baca lanjut dan tingkatkan pemahaman kita

Teacher, Autism ni boleh sembuh ke?

Saya yakin kebanyakan ibu bapa yang bertanyakan soalan ini sudah pun melakukan bacaan di internet atau buku, menonton video-video berkaitan di youtube, atau mungkin sudah pun bertanyakan soalan yang sama pada mana-mana professional yang lain sama ada doktor pediatrik, psikologis, atau terapis lain.

Autisme: Betul ke jalani ujian diagnostik boleh mempercepatkan proses perkembangan anak?

Sebagai seorang ibu, saya percaya anak adalah anugerah terindah dan paling bermakna dalam hidup seseorang yang bergelar ibu bapa. Segala ilmu tentang parenting styles dan child developmental milestones merupakan antara topik yang sering menjadi carian di internet untuk kita lebih memahami corak perkembangan anak-anak kita.

Kenali petanda anak autisme

Secara ringkasnya, Autisme dikategorikan sebagai satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya kipas.

Apa Kata Mereka?

“Alhamdulillah, anak saya dah boleh sebut Papa, Mama, Abang”

“Dulu dia panggil semua orang mama, but now dia dah recognize and boleh panggil papa, mama & abang dia. In term of doing activities pun, now dia dah boleh take turn and dia dah nak involve in group activity”

Puan Iza

Shah Alam

Award

Rakan Kerjasama

Excel Qhalif Di Media

Hlive Astro Ria -Mikrofon Impian

Assalamualaikum – TV Al Hijrah 2018

Assalam Biz – TV Al Hijrah 2020

Excel Qhalif Sdn. Bhd.

1212310-A

Rakan Kerjasama

Rakan Media

Bangi Branch (HQ)

No 19-1, 19-2, 21-1, 21-2 Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, 43000,
Kajang, Selangor D. E.

Masa

9am - 6pm
Isnin - Sabtu

Pin It on Pinterest