Early Intervention Programme (EIP)

Terapi & Playgroup

Untuk Kanak-kanak

Pusat Terapi No 1

di Selangor & Kuala Lumpur

Intake EIP

is Now Open

One to One Therapy

is Now Open

Apa itu ‘Early Intervention Program’ (EIP)?

Early Intervention Programme (EIP) merupakan program utama di pusat terapi kami, atau centre-based programme kerana ianya adalah sebuah program intervensi dan program pendidikan yang direka khas untuk membantu kanak-kanak yang mengalami isu kelewatan perkembangan dan tidak mencapai ‘milestone’ umur yang sepatutnya.

Matlamat utama EIP adalah bertujuan untuk merangsang semua aspek perkembangan anak secara holistik kerana program EIP kita menggabungkan aspek pendidikan dan juga sokongan terapi.

Program EIP ini juga menyediakan peluang kepada ibu bapa yang mencari program terapi harian sebagai persediaan untuk anak memasuki alam persekolahan di samping menjadi terapi intensif bagi melengkapkan anak-anak yang masih belum mencapai pencapaian mereka dengan kemahiran asas pembangunan yang penting.

Manfaat program EIP

EIP menyediakan kurikulum yang menyeluruh bagi membantu untuk memaksimumkan tahap perkembangan daripada segi pertuturan, kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, kognitif dan juga kemahiran sosial.

EIP juga dapat membantu kanak-kanak yang mempunyai isu pembelajaran (Disleksia, Diskalkulia, sukar fokus).

Tambahan pula, di EIP kita terapis akan menyediakan IEP iaitu Individual Education Plan untuk setiap anak kerana setiap anak adalah berbeza goals yang ditetapkan oleh terapis mengikut saranan ibu-bapa juga.

Program ini dipecahkan kepada empat (4) elemen utama yang dimodelkan sendiri oleh tenaga pengajar di Excel Qhalif.

Empat modul ini dipilih untuk menjadi teras program EIP kerana dengan empat modul ini dipercayai dapat mengimbangi dan sesuai untuk keperluan anak-anak berkeperluan khas.

  1. Terapi Carakerja & tingkahlaku (Occupational & Behaviour Therapy)
  2. Modul pertuturan & komunikasi (Speech & Communication Module)
  3. Pengurusan Diri (Activity Daily Living)
  4. Pendidikan Khas (Special Education)

Selain itu, EIP juga merupakan program kumpulan kecil dengan ratio 1 teacher : 4 students untuk setiap kelas.

Ia mempunyai dua (2) sesi iaitu sesi pagi atau petang. Kita juga menyediakan EIP half day (3 jam) dan EIP full day (EIP + transit).

Siapa yang perlukan EIP?

  • Kanak-kanak yang telah didiagnosa Austim (ASD), ADHD, GDD dan lain-lain
  • Kanak-kanak yang mempunyai isu kelewatan perkembangan, isu sensori & isu motor halus/kasar
  • Kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan dari segi pengurusan diri (toilet training)
  • Kanak-kanak yang memerlukan intervensi intensif (kelas terapi harian)
  • Kanak-kanak yang masih belum boleh bersosial pada umur 3 tahun ke atas
  • Kanak-kanak yang mempunyai isu behaviour (tantrum, mengamuk keterlaluan)
  • Di Excel Qhalif, kami menerima kanak-kanak yang berumur dari 2.5 tahun sehingga 7 tahun.

Apa Akan Terjadi Jika Anak Tidak Pergi Terapi?

a) Anak Lambat Berdikari (Pengurusan Diri)

    • Apabila anak sudah berusia 4 atau 5 tahun tetapi masih pakai diapers, tidak boleh request apa yang dimahukan ianya menjadikan anak itu perlu sentiasa dipantau rapat oleh ibubapa atau penjaga. Jadi amat sukar untuk anak ini dihantar ke tadika takut-takut akan direject sahaja kerana belum mencapai kriteria minima untuk masuk ke tadika.

b) Masalah Anak Akan bertambah kompleks

    • Apabila intervensi lambat diberi, selalunya kadar progres anak lambat peningkatannya. Contohnya, Jika umur 2 tahun mungkin isu sensori anak hanya 30% peratus. Dengan konsisten terapi dan stimulasi isu sensori dapat berkurangan sikit demi sedikit. Cuma jika sudah lebih 5 tahun mungkin akan ada isu tambahan selain isu sensori yang melambatkan progres anak.

Apa Yang Kami Boleh Bantu Anda?

Jika ibu-bapa mencari program yang sesuai untuk membantu anak-anak yang memerlukan terapi harian, di sini adalah jawapan nya.

Di program EIP, kami menyediakan modul-modul yang menyeluruh untuk membantu anak-anak daripada segi fokus, motor halus & kasar, pertuturan dan juga pengurusan diri.

Tambahan pula, EIP merupakan program terapi harian yang berdurasi 3 jam sehari dan mencukupi untuk keperluan si kecil anda.

 

Tonton Video Aktiviti :

Blog

Baca lanjut dan tingkatkan pemahaman kita

Teacher, Autism ni boleh sembuh ke?

Saya yakin kebanyakan ibu bapa yang bertanyakan soalan ini sudah pun melakukan bacaan di internet atau buku, menonton video-video berkaitan di youtube, atau mungkin sudah pun bertanyakan soalan yang sama pada mana-mana professional yang lain sama ada doktor pediatrik, psikologis, atau terapis lain.

Autisme: Betul ke jalani ujian diagnostik boleh mempercepatkan proses perkembangan anak?

Sebagai seorang ibu, saya percaya anak adalah anugerah terindah dan paling bermakna dalam hidup seseorang yang bergelar ibu bapa. Segala ilmu tentang parenting styles dan child developmental milestones merupakan antara topik yang sering menjadi carian di internet untuk kita lebih memahami corak perkembangan anak-anak kita.

Kenali petanda anak autisme

Secara ringkasnya, Autisme dikategorikan sebagai satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya kipas.

Pencapaian Kami

Rakan Kerjasama

Excel Qhalif di Media

Rakan Kerjasama

Excel Qhalif Di Media

Hlive Astro Ria -Mikrofon Impian

Assalamualaikum – TV Al Hijrah 2018

Assalam Biz – TV Al Hijrah 2020

Excel Qhalif Sdn. Bhd.

1212310-A

Rakan Kerjasama

Rakan Media

Bangi Branch (HQ)

No 19-1, 19-2, 21-1, 21-2 Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, 43000,
Kajang, Selangor D. E.

Masa

9am - 6pm
Isnin - Sabtu

Pin It on Pinterest