Excel Genius Special School

Sekolah Autism

Sekolah Pendidikan Khas

Cawangan

Kajang

Apa itu ‘Excel Genius Special School’?

Excel Genius Special School merupakan sekolah rendah pendidikan khas swasta yang ditubuhkan untuk membantu anak-anak berkeperluan khas mendapat pendidikan yang sewajarnya di samping terapi yang berterusan.

EGSS menggabungkan silibus KSSRPK Kementerian Pelajaran Malaysia bersama pendekatan intervensi yang menyeluruh bagi memastikan anak-anak yang mengalami isu kelewatan perkembangan terus mencapai kemajuan dari pelbagai aspek terutamanya aspek akademik dan pengurusan diri.

EGSS bermatlamat untuk menjadi pilihan utama ibu bapa dalam pemilihan sekolah rendah bagi anak-anak berkeperluan khas ini. Tenaga pengajar di EGSS juga sangat komited untuk memastikan pelajar sentiasa mendapat manfaat daripada modul dan program yang telah disediakan.

EGSS juga ditubuhkan bertujuan untuk memastikan anak-anak berkeperluan khas ini tidak tercicir dan mendapat peluang pendidikan yang sama seperti anak-anak lain.

Kelebihan menyertai EGSS

EGSS menggunakan pendekatan terapi dalam pembelajaran harian dan setiap pelajar mempunyai Individual Education Plan (IEP) yang tersendiri.

Silibus yang digunakan adalah mengikut jam kredit yang telah ditetapkan oleh KPM merangkumi subjek Bahasa Melayu, English, Matematik, Pengurusan Diri, Kemahiran Manipulatif, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Islam/Moral.

EGSS menyediakan kurikulum yang menyeluruh bagi membantu untuk memaksimumkan tahap perkembangan pelajar daripada segi akademik, sosial dan komunikasi serta pengurusan dan disiplin diri.

Selain itu, di EGSS juga kita mempunyai Clinical Psychologist yang berganding bahu dengan Program Advisor untuk memantau perkembangan anak secara menyeluruh.
Selain itu, EGSS membahagi kelas mengikut perkembangan pelajar iaitu kelas Booster dan Shooter.

Semasa minggu orientasi, guru-guru akan menjalankan ujian diagnostik untuk menentukan kelas pelajar. Kelas Booster akan mempunyai 6 orang pelajar sahaja manakala kelas Shooter akan mempunyai 8 orang pelajar sahaja. Kelas di EGSS hanya menggunakan saiz yang kecil sahaja untuk memastikan perkembangan setiap pelajar lebih berfokus.

Ibubapa boleh memilih untuk menghantar anak mengikut pakej :

A – (8.30am – 1.00pm)
B – (8.30am – 6.00pm).

Siapa yang boleh mendaftar di EGSS?

  • Kanak-kanak berkeperluan khas yang berumur 6 hingga 14 tahun (sesuai ke sekolah)
  • Kanak-kanak yang telah didiagnos Austim (ASD), ADHD, GDD dan lain-lain
  • Kanak-kanak yang mempunyai isu kelewatan perkembangan, isu sensori & isu motor halus/kasar
  • Kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan dari segi pengurusan diri (toilet training) Masalah

a) Anak Tidak Bersekolah

    • Ramai ibubapa yang tidak menghantar anak ke sekolah rendah walaupun sudah berumur 7 tahun dan ke atas kerana risau perkembangan anak dari segi pengurusan diri, tiada komunikasi, isu tingkahlaku dan sebagainya.

b. Anak Tiada Perkembangan

    • Ada ibubapa yang mempunyai anak berkeperluan khas hanya menghantar anak ke sekolah PPKI tetapi tidak menghantar ke terapi kerana ada sesetengah ibubapa berpendapat pembelajaran di sekolah sudah cukup untuk membantu anak. Kerisauannya adalah anak-anak berkeperluan khas ini menjadi makin lambat perkembangan kerana isu sebenar anak tidak dapat dibantu dengan terapi yang berterusan.

C. Keselamatan Anak Lebih Terjamin.

    • Disebabkan ratio kelas yang kecil, juga anak selalu dipantau oleh guru. Keselamatan adalah ‘top priority’ di EGSS. Setiap anak juga akan sentiasa dipantau semasa membuat aktiviti kemahiran diri untuk mengelakkan sebarang kecederaan berlaku. Anak juga akan sentiasa didalam ruangan premis sekolah sehingga ibu bapa mengambil mereka pulang. Prosedur menghantar dan ambil anak juga sangat dititikberatkan di EGSS

Apa Akan Terjadi Jika Anak Tidak Pergi Sekolah?

Kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke atas perlu ada surat penangguhan jika ibu bapa tidak menghantar anak ke sekolah.

Untuk pengetahuan ibu bapa, di malaysia jika anak sudah berumur 7 tahun ke atas tetapi tidak dihantar ke sekolah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 29 A (4) dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sertai Kami

Jika ibubapa mencari one stop centre di mana anak boleh bersekolah dan mendapat terapi pada masa yang sama, ibu bapa boleh mendaftarkan anak ke EGSS.

Setiap perkembangan anak akan dipantau dari semasa ke semasa dan ibubapa akan mendapat laporan perkembangan anak setiap 3 bulan.

Perbincangan bersama guru untuk mencapai matlamat perkembangan anak akan dibuat secara berkala.

Open Day
Excel Genius Special School

Kelas percubaan selama 1 bulan

Diagnosis percuma untuk pelajar yang mendaftar di EGSS

Blog

Baca lanjut dan tingkatkan pemahaman kita

Teacher, Autism ni boleh sembuh ke?

Saya yakin kebanyakan ibu bapa yang bertanyakan soalan ini sudah pun melakukan bacaan di internet atau buku, menonton video-video berkaitan di youtube, atau mungkin sudah pun bertanyakan soalan yang sama pada mana-mana professional yang lain sama ada doktor pediatrik, psikologis, atau terapis lain.

Autisme: Betul ke jalani ujian diagnostik boleh mempercepatkan proses perkembangan anak?

Sebagai seorang ibu, saya percaya anak adalah anugerah terindah dan paling bermakna dalam hidup seseorang yang bergelar ibu bapa. Segala ilmu tentang parenting styles dan child developmental milestones merupakan antara topik yang sering menjadi carian di internet untuk kita lebih memahami corak perkembangan anak-anak kita.

Kenali petanda anak autisme

Secara ringkasnya, Autisme dikategorikan sebagai satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya kipas.

Apa Kata Mereka?

Award

Rakan Kerjasama

Excel Qhalif Di Media

Hlive Astro Ria -Mikrofon Impian

Assalamualaikum – TV Al Hijrah 2018

Assalam Biz – TV Al Hijrah 2020

Excel Qhalif Sdn. Bhd.

1212310-A

Rakan Kerjasama

Rakan Media

Bangi Branch (HQ)

No 19-1, 19-2, 21-1, 21-2 Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, 43000,
Kajang, Selangor D. E.

Masa

9am - 6pm
Isnin - Sabtu

Pin It on Pinterest