Posts Tagged ‘autisme’

6. Jadikan muzik sebahagian hidup anak anda – Kajian membuktikan, mendengar muzik akan meningkatkan daya ingatan, fokus, semangat dan pembelajaran. Muzik juga dapat membantu menghilangkan tekaan dan gangguan minda anak anda. Belajar sambil bermain merupakan antara teknik pendekatan yang terbaik di kalangan bayi sehingga mereka berumur 6 tahun. Selitkan unsur teladan, doa, pengiraan dan pengenalan huruf dalam lagu adalah penyumbang terbesar pertumbuhan intelek anak anda.

7.  Biarkan anak anda lihat anda lakukan perkara yang elok – Kanak-kanak merupakan peniru yang hebat. Jika mereka melihat anda membaca buku, menulis, menari atau melukis pastinya mereka akan perlahan-lahan meniru apa yang anda lakukan. Bagi mereka apa yang mama mereka lakukan adalah betul dan itulah cara terbaik bagi mereka turut merasai apa yang anda rasai.

→ Read more

Kisah Silam Enjit-enjit semut, Police and Theif dan Nenek-nenek Si bongkok 3. Semua ini adalah lagu-lagu dalam permainan yang pernah kita mainkan dahulu. Bermain tak kira masa, tambahan pula bila tiba musim cuti sekolah sebegini. Pagi,  tengahari, petang dan hanya balik ke rumah untuk makan tengahari dan minum sahaja.  Selebihnya waktu dihabiskan bersama kawan-kawan. Bila tiba lewat , si ibu menjemput pulang dengan rotan ditangan :D. Sayalah orangnya tu :).  Malangnya tiada lagi permainan seumpamanya dan kian pupus.

Kajian dan Kelebihan. Ini merupakan aktiviti kokurikulum tidak formal kita. Dalam aktiviti ini ada proses cerita, menyelesaian masalah, interaksi dan pengalaman. Memang BEST dan tidak dapat dilupakan. Tahukah anda; mengikut kajian sebuah universiti di Arizona, minda separa sedar anak lebih aktif semasa mereka bermain (terutama 2 ke 6 tahun). Tambahan pula diransang dengan lagu-lagu yang berkitan. Minda mereka akan merakam input dengan lebih cepat. InsyaAllah ada rezeki saya akan cerita dengan lebih jelas tentang minda separa ini.

→ Read more

Pastinya setiap daripada kita meletakkan doa dan harapan yang tinggi agar anak yang ditatang sejak kecil membesar menjadi anak yang bijak, sihat dan berjaya di dunia dan akhirat. Tetapi kita masih buntu dan tercari-cari bagaimana cara yang terbaik bagi merelisasikan impian kita itu. Mungkin sedikit tips dan perkongsian ini dapat membantu anda sekeluarga. 🙂

Sesuai dipraktikkan :- Semua lapisan umur anak anda (All ages)

→ Read more

Konsep belajar sambil bermain bukanlah antara perkara yang baru. Malah ianya telah lama dipraktikkan secara tidak formal.

Memang benar bahawa sekolah menyediakan pendidikan, tetapi ilmu adalah subjektif yang boleh diajar dengan menggunakan pelbagai teknik termasuklah dengan bermain.

Pendekatan belajar yang fleksibel seperti ini akan lebih mudah difahami terutama bagi si kecil. Walaupun dengan mata kasar dilihat mereka hanya sekadar bermain, namun sebenarnya banyak kemahiran yang diperolehi seperti kemahiran motor kasar.

→ Read more

Setiap anak-anak mempunyai karakter yang tersendiri dan unik. Kadangkala, si adik nampak lebih berdikari dan berani berbanding si abang. Seperti anak didik di dalam playgroup saya, pelbagai ragam dapat dilihat.

Ada yang terlebih aktif dan peramah sehinggakan berjela-jela ceritanya. Sebaliknya, yang pemalu dan pendiam pula, takkan lekang pegang tangan si ibu. Lucu dibuatnya apabila melihat aksi-aksi mereka di dalam kelas saban minggu.

Antara ciri-ciri anak yang pendiam dan pemalu ialah :-

→ Read more

open

KAMI SUDAH BEROPERASI.
Mulai 4hb Mei 2020 kami telah beroperasi. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, Tuan / Puan boleh hubungi kami ditalian 013-361 9918 atau klik bawah untuk Whatsapp kami.