Bermacam jenis mainan ibu bapa telah belikan supaya anak dapat mengisi masa dengan bermain. Tetapi, banyak ibu bapa yang runsing apabila anak cepat berasa bosan dengan permainannya. Tidak sampai 5 minit bermain, mereka dah mula berasa bosan. Apabila pergi ke kedai, anak mula meminta mainan baru dengan alasan sudah bosan dengan mainan di rumah.

children lying on sofa and using gadgets

Apabila diberi gajet, tidak pula anak cepat berasa bosan. Anak juga tidak akan menggangu ibu bapa membuat kerja lain dan ibu bapa mula berasa tenang. Tetapi, ibu bapa perlu ingat, gajet mampu memberi kesan buruk kepada tumbesaran daripada segi mental dan fizikal anak-anak.

Oleh itu, ibu bapa perlu cepat ambil tahu dan kenal pasti kenapa anak cepat berasa bosan dengan permainannya. Saya akan kongsikan lima sebab kenapa anak cepat berasa bosan dengan permainannya.

MAINAN TIDAK LAGI SESUAI DENGAN USIA ANAK

Pemilihan permainan mengikut umur anak adalah penting untuk ibu bapa mengambil kira. Jika permainan tersebut terlalu mudah untuk mereka, sudah pasti mereka akan cepat berasa bosan. Jika permainan tersebut terlalu mencabar untuk umur mereka, mereka akan mudah merasa tertekan dan tidak mahu bermain lagi dengan permainan tersebut.

Macam mana ibu bapa tahu mainan tersebut sesuai untuk umur anak-anak? Sebelum membeli mainan, ibu bapa boleh mencari sedikit informasi tentang mainan yang mahu dibeli di internet atau menggunakan panduan di belakang kotak mainan yang terdapat umur yang disyorkan untuk permainan tersebut. Panduan di belakang kotak juga boleh meberi idea untuk ibu bapa tentang kelebihan permainan tersebut terhadap perkembangan anak-anak. Jadi, ibu bapa jangan malas membaca ya!

child in green over all sitting on a pillow

BANYAK SANGAT MAINAN

Memanjakan anak dengan melambakkan mainan untuknya bukanlah satu tabiat yang baik. Terlalu banyak mainan juga mampu menyumbang kepada rangsangan yang berlebihan. Ini boleh menyebabkan anak cepat berasa rimas sehingga tidak mahu bermain dengan permainan tersebut. Mereka juga akan mudah berasa keliru dan sukar memilih mainan yang mahu mereka mainkan.

Sebaliknya, jika jumlah permainan dihadkan pada satu masa, anak akan lebih mudah untuk fokus pada mainan yang digemari. Malah, ini akan mampu meningkatkan daya imaginasi anak untuk memikirkan lagi pelbagai cara untuk bermain dengan permainan tersebut.

green red and yellow lego blocks

BUKAN MASA UNTUK ANAK BERMAIN KETIKA ITU

Anak kecil juga mempunyai keinginan dan kegemaran tersendiri seperti orang dewasa. Kita juga sudah pasti tidak suka apabila didesak untuk melakukan perkara yang kita tidak mahu lakukan. Begitu jugalah halnya dengan anak kecil. Mungkin pada masa itu mereka berasa lapar, tidak selesa, mengantuk atau tidak ada mood untuk bermain. Jadi, ibu bapa perlu mengambil kira tentang masa bermain anak-anak tanpa memaksa mereka bermain.

Ibu bapa boleh mengambil inisiatif dengan menyediakan satu ruang yang selesa untuk bermain seperti bilik khas untuk bermain dan ibu bapa juga perlu memastikan keperluan anak-anak sudah dipenuhi terlebih dahulu. Kemudian, barulah ibu bapa boleh mencadangkan 2-3 permainan yang berbeza. Contohnya, blok binaan, bola atau set mainan masak-masak. Ini akan dapat membantu anak-anak membuat pilihan dengan mudah.

selective focus photography of three disney princesses figurines on brown surface

IBU BAPA TIDAK IKUT SERTA ATAU TERLALU KERAP IKUT SERTA

Kadangkala anak cepat merasa bosan kerana mereka tidak tahu menjadikan sesebuah permainan itu lebih menarik. Maka, penglibatan ibu bapa adalah penting untuk menggalakkan anak agar suka bermain. Namun, ibu bapa juga harus ingat bahawa permainan itu adalah milik anak-anak. Ibu bapa perlu memberikan mereka ruang dan masa untuk anak meneroka sendiri permainan mereka. Penglibatan ibu bapa yang terlalu kerap boleh menyebabkan anak tidak tahu bermain sendiri dan terlalu bergantung kepada ibu bapa.

Oleh itu, ibu bapa perlu memberi masa kepada anak-anak untuk bermain sendiri terlebih dahulu dan biarkan mereka meneroka. Cukuplah untuk ibu bapa memantau anak-anak bermain daripada jauh. Dengan cara ini, anak akan dapat belajar bergantung kepada diri sendiri dan melatih kemahirannya secara semula jadi.

little girl playing animal figures with her mother

ASYIK DISUAP DENGAN GAJET

Cepat berasa bosan ketika bermain adalah normal untuk anak-anak terutama anak yang lebih kecil. Ini adalalah kerana tempoh fokus (attention span) anak adalah lebih pendek berbanding daripada orang dewasa. Walaupun begitu, berikan mereka sedikit masa lagi kerana meraka pasti akan kembali bermain permainan tersebut terutamanya apabila mereka sudah mampu memikirkan cara lain untuk bermain dengannya.

Namun, apabila anak terlau kerap diberi dan didedahkan kepada gajet, perkembangan minda anak-anak dan daya imaginasi mereka akan menjadi terhad. Permainan gajet seperti playstation dan tablet cenderung menjadikan anak pasif dan menyebabkan mereka menjadi ketagih terhadapnya. Ketagihan gajet mampu membuatkan anak cepat merasa bosan dengan mainannya.

focused mother working on laptop near daughter on couch

BOSAN ITU ADALAH NORMAL..

Jangan putus asa sekiranya anak tidak berminat untuk bermain. Ini menunjukkan minda anak sedang berkembang dan anak sudah mula ada perkara yang menjadi kegemarannya. ‘Kebosanan’ juga sebenarnya dapat memberi kebaikan kepada perkembangan mental dan fizikal anak-anak.

Permainan yang mahal dan baru tidak semestinya menyelesaikan masalah anak bosan. Kadang- kadang cukup hanya dengan bahan-bahan yang simple seperti pen, kertas, cat warna dan atau kotak kosong pun dah boleh buat anak gembira dan ceria tanpa gajet untuk mereka meneroka.


Untuk info lanjut, boleh klik link atau gambar di atas.
www.excelqhalif.com/early-intervention-programme

Pin It on Pinterest

Shares
Share This