Posts Tagged ‘autisme’

Assalamualaikum dan salam penuh kebahagiaan,

Tidak ada yang mampu saya luahkan hanyalah syukur yang tak terhingga ke hadrat Illahi di atas kemeriahan dan sambutan yang menggalakkan daripada para ibu bapa pada sesi Kelas Percuma yang kami anjurkan pada 8hb dan 15hb Oktober yang lepas. Seramai 40 orang kanak-kanak yang berusia antara 2 ke 4 tahun hadir dengan semangat dan ketawa riang dalam setiap aktiviti seperti nyanyian, permainan dan bercerita di kelas playgroup kami. Seperti biasa, dimulakan dengan surah Al-Fatihah dan Doa Penerang Hati bersama-sama pada permulaan kelas , anak-anak melompat kegirangan seakan tidak sabar untuk belajar sambil bermain tatkala muzik dipasangkan.

Sifat Ingin Tahu :-

→ Read more

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Apa khabar saudara-saudari sekalian sekeluarga? Harapnya memperoleh hujung minggu yang berkualiti bersama keluarga baru-baru ini. Pada coretan saya kali ini, saya berbesar hati ingin berkongsi antara aktiviti anak-anak di playgroup kami. Nampaknya mereka semakin pandai menghargai ibu bapa dan alam sekeliling mereka dari semasa ke semasa. Well done, mashaAllah. 🙂

Jika masih ingat artikel saya yang lepas tentang ‘I Love Mummy’ bagaimana kreatifnya mereka menghasilkan ‘Flower Crown’ untuk ibu tersayang. Sangat menarik bukan? Ianya umpama satu pendedahan awal kepada mereka bagaimana untuk meraikan Hari Ibu akan datang, insha’Allah. Semestinya sangat mudah & murah !

→ Read more

Assalamualikum dan salam penuh kebahagiaan,

Seorang ibu mengeluh bagaimana sikap antara anak-anaknya. Yang kakak sentiasa tidak beralah dengan si adik apabila bermain bersama. Yang si adik pula sentiasa memulakan pergaduhan. Masing-masing tidak mahu berkongsi sama ada barang-barang permainan, makanan mahupun patung kegemaran mereka. Mereka seakan merupakan musuh tradisi antara satu sama lain. Puas si ibu menasihati dan memarahi, namun semuanya tidak memberi kesan. Mengapakah mereka tidak boleh mencontohi bagaimana akrabnya makcik dan pakcik mereka yang sangat baik dan rapat dengan ibunya?

→ Read more

Suatu petang, Puan Shida sedang menyediakan juadah malam di dapur. Tiba-tiba datang anak sulungnya berusia 4 tahun lebih menanyakan satu soalan yang dah lama si kecil tu terfikir.

Daniel : Mama, adik ni datang dari mana? Dulu tak ada pun. (Sambil tunjuk ke arah adiknya yang sedang tidur lena) Mama : Errr.. err?? 😛

Huhuhu.. Soalan macam ni biasa terkeluar dari mulut anak-anak kita yang bijak. Anda ada beberapa pilihan jawapan :=

→ Read more

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

“Siapa yang menciptakan buah epal ini sayang?” Anak-anak kecil menjawab dengan sebulat suara “ALLAH !” Kemudian saya bertanya, “Jadi kita patut ucap apa pada Allah sayang?” “Alhamdulilah, thank you Allah”, jawab merentak serentak dan yakin. Jelas kelihatan senyum meleret dibibir mereka semua. Nampak sangat mudah dan simple bukan bagi kita yang sudah dewasa? Tetapi, percayalah ianya ibarat bekalan ilmu yang tidak berpenghujung bagi sikecil anda.

→ Read more

open

KAMI SUDAH BEROPERASI.
Mulai 4hb Mei 2020 kami telah beroperasi. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, Tuan / Puan boleh hubungi kami ditalian 013-361 9918 atau klik bawah untuk Whatsapp kami.