Posts Tagged ‘playgroup for special kid’

Pembelajaran boleh dimulakan dengan teknik asas dan diikuti dengan gerak rasa mengikut kesesuaian bayi selaras dengan kekuatan tekanan tangan digunakan dan juga bentuk usapan pada beberapa bahagian badan yang disukai bayi.

Umumnya, bayi akan bertindak balas secara positif dengan ketawa ataupun mengagah. Sebaliknya, jika dia menangis, cuba tenangkan dan jangan memaksa sekiranya dia ingin tidur ataupun menyusu.

Urutan dan sentuhan merupakan perkara yang tidak boleh lari daripada hidup manusia terutama bayi. Kebanyakkan ibu bapa di India meletakkan ‘infant massage’ pada tahap utama.

→ Read more

Jika selalunya anak-anak tahu makan saja pizza di restoran Pizza Hut, Dominos dan sebagainya. Kali ni mereka pula berpeluang ‘buat’ topping dan masak pizza siap masuk dalam oven lagi.

Excited betul semuanya, ada yang nak pedas atau spicy letak cili lebih, yang mana nak keju lebih, semangat mereka taburkan sampai banyak…Hihihi sangat kreatif anak-anak Teacher Ayu ni.

→ Read more

Kebiasaannya setiap kali bayi menangis, pasti si ibu akan menyuapkan botol susu ke mulut anak dengan harapan anak berhenti menangis.

Malangnya tidak kadangkala. Alangkah bagusnya jika kita dapat meneka setiap ‘body languange’ anak apabila mula menangis. Jika tahu kan senang, jimat masa dan tenaga.

Bila bayi anda menangis kerana badannya sakit tetapi diberi susu kan haru jadinya. Lebih kesian bagi bayi terpaksa menangis berjam-jam barulah keperluan yang diminta difahami oleh ibu.

→ Read more

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara:-

→ Read more

Selalunya selepas habis kelas Excel Qhalif Playgroup, saya akan mengambil kesempatan untuk berborak dengan beberapa ibubapa yang hadir tentang perkembangan anak-anak mereka setelah mengikuti aktiviti kelas saban minggu.

Antara perkara yang popular dikalangan anak-anak di playgroup saya adalah masalah kemahiran sosial mereka dan memang itulah platform kelas ini diadakan untuk mengasah kemahiran sosial mereka.

→ Read more