Sudah lama saya tidak menulis di blog ini. Rindu dibuatnya untuk berkongsi tip dan cerita. Saya agak sibuk dengan pengendalian kelas speech therapy. Ramai ibubapa yang hadir berjumpa saya dalam keadaan panik, apabila umur anak menjangkau 3 atau 4 tahun tetapi masih menggunakan bahasa bayi. Ada juga anak yang hanya menggunakan satu patah perkataan bila menyatakan sesuatu. Tidak kurang yang hanya menunjukkan sahaja apa yang dimahu

Sungguhpun begitu mengikut pengalaman dan pemerhatian saya anak-anak ini bijak. Sungguh bijak cuma mereka lambat bercakap. Tapi kenapa ia terjadi? Mengikut kajian terlalu banyak faktor yang menyebabkan ia terjadi, tetapi di sini saya ringkaskan kepada 5 faktor asas utama. In Sya Allah ia boleh dijadi kayu ukur buat kita semua.


#1- Genetik

Mungkin kita biasa dengar orang berkata begini,

“Tak pelah anak kau tu lambat bercakap. Sebab masa kau kecil dulu pun lambat bercakap. Umur 5 tahun baru boleh cakap. Itupun pelat.” 

YA! Mengikut kajian genetik mempengaruhi kebolehan dan kemahiran bercakap. Faktor keturunan ini samalah seperti yang mempengaruhi bentuk tubuh badan, iras muka dan sebagainya. Sungguhpun begitu, ia bukanlah satu perkara yang boleh dilepas pandang, tambahan pula di zaman serba mencabar sekarang. Komuniti pergaulan yang kita lalui dahulu tidak sama dengan yang didepani oleh anak kita sekarang.

hide and seek#2- Pergaulan yang Terhad.
Zaman yang serba mencabar dan demi memenuhi keperluan kehidupan hari ini, ibu dan bapa terpaksa mencari rezeki bersama. Sebahagian besar tanggungjawab membesarkan mereka ini diberi kepada bibik (orang gaji), nenek mahupun taman asuhan. Mereka tiada teman bermain atau melayan bercakap.

Seperti yang dinyatakan tadi, komuniti pergaulan anak ini terhad tidak seperti kita seperti dahulu. Kita berpeluang bermain di luar dengan bebas. Aktviti seperti bermain police and thief, galah panjang, nyorok-nyorok bukan sahaja mampu membantu perkembangan otot mereka malah sangat merangsang komunikasi anak 2 atau 3 hala anak.

Mereka perlukan ‘partner’ yang sama tahap pemikiran untuk dijadikan contoh dan mempengaruhi dalam merangsang idea dan tatabahasa mereka.

experience#3- Tiada Pengalaman Baru
Usaha ibubapa inginkan anak pandai sangat boleh dipuji. Ibubapa inginkan anak mereka cepat belajar dan mengetahui sesuatu perkara baru. Maka bahan bantuan mengajar seperti buku dan permainan pembelajaran menjadi pilihan utama ibubapa.

Ibupaba buka buku tunjukkan gambar sungai. Katanya pada anak “Ini sungai” . Si anak pun mengikutnya untuk beberapa ketika apabila diulang. Kemudian ibubapa bertanya lagi “Apa ni?”. Cukup dua ke tiga mukasurat mereka terus hilang minat untuk mengetahuinya. Si anak hanya menatap gambar sebagai hiburan mereka. Buku kemudiannya di campak ke tepi.

Kita perlu tahu, fitrah manusia tidak suka berterusan ditanya. Bayangkan satu perbualan di meja makan dengan rakan anda. Beliau terus bertanya kepada anda dari satu soalan kepada satu soalan yang lain. Pasti keesokan hari anda akan mencari teman makan semeja yang lain. Begitulah juga dengan anak-anak.

Rangsang mereka dengan pengalaman sebenar. Bawa mereka pergi berkelah di tepi sungai. Masukkan kaki mereka yang kecil itu ke dalam air supaya mereka tahu betapa sejuk airnya. Betapa deras arusnya. Bayangkan berapa banyak patah kata yang boleh kita perkenalkan? “Sungai, Sejuk, Dalam, Batu, pasir, Basah, Tuala, Pokok dan banyak lagi.. “ Semua deria mereka dirangsangkan dan menerimanya sebagai pembelajaran.

toddler tablet#4- Televisyen, Telefon Bimbit dan Tablet
Anak sekarang tidak dapat lari dari pengaruh ini. Ini memang zamannya. Tambahan pula, perisian sekarang penuh dengan permainan pembelajaran yang ‘interaktif’. Anak-anak sangat berminat dan menunjukkan kebolehan malah kebijaksaannya dalam menyelesaikan masalah permainan tersebut.

Mereka leka bermain berjam-jam sehingga habis bateri. Kelekaan ini menjadi salah satu faktor kita membenarkan mereka terus bermain. Ia juga memudahkan kita sebagai ibubapa menguruskan rutin kerja harian kita. Jika dilepaskan keluar bermain pula, dikhuatiri pula faktor keselamatan mereka.

Seperti yang saya katakan anak-anak ini memang bijak. Begitulah yang selalu saya temui, ibubapa berkata; “Anak saya bijak, mereka boleh selesaikan banyak masalah permainan yang ada dalam tab”

Apa sebenarnya permainan?
Permainan sepatutnya menyeronokkan serta mampu merangsang kelima-lima deria anak kita. Kuatkan otot mereka. Menyelesaikan masalah. Dan antara yang penting ialah merangsang pengalaman fizikal dan komunikasi mereka.

Cuba kita bayangkan bermain galah panjang seorang diri, tiada jeritan, tiada helah, tiada kecekapan, tiada isyarat mata, tiada ketua, tiada kumpulan, tiada giliran dan tiada larian. Pastinya ia bukan galah panjang namanya. Elemen inilah yang menyuntik keseronokkan untuk mereka bermain dan berkomunikasi berterusan .

Perkataan seperti ini pasti akan digunakan dalam permainan galah panjang; “kau tipu, lari, lompat, kumpulan kau dah kalah, kena”. Inilah permainan sebenar. Ada ransangan deria, koordinasi mata, gerakan fizikal dan interaksi 2 atau 3 hala.

Anak berumur 0-3 tahun adalah waktu kritikal. Anak perlu dikenalkan dan belajar dari dunia sebenar. Bukan dunia maya. Pastikan mereka boleh bercakap dahulu barulah diperkenalkan perkara seperti ABC dan 123. Itu lebih peting.

confused_baby#5- Bahasa yang bercampur.
Kita mungkin biasa dengar bahasa sebegini. “Papa gi work”. Mungkin untuk sesetengah anak mereka boleh terima. Tapi tidak semua anak sama tahap penerimaannya. Bayangkanlah ibubapa perkenalkan kereta dengan pangilan car, datang bibik pula memanggil mobil; nenek pula panggil kereta’. Keliru si anak dibuatnya.

Tidak kurang juga pengaruh TV. Siaran kartun berbahasa Inggeris menjadi tatapan setiap hari. Ibubapa berbahasa Melayu. Bagaimana si anak ingin proses maklumat diminda?

Ibu dan bapa sepatutnya berbicang dan berpakat. Bahasa apa yang patut diguna untuk anak kesayangan mereka. Berhati-hati dengan perkara ini kerana ia sangat mempengaruhi kebolehan bertutur anak.

Terhadkan waktu anak menonton TV dan bermain telefon bimbit atau tablet. Bawalah mereka keluar berjalan dihujung minggu. Luangkan masa bermain bersama mereka setiap hari. Perkenalkanlah mereka dengan dunia yang luas ini. Mereka adalah insan yang dahagakan ilmu dan pengalaman baru. Janganlah biarkan TV berterusan menjadi guru mereka. Mungkin ia agak memenatkan tapi pastinya ada ganjaran dariNya yang menanti. Bukan untuk orang lain tapi untuk anak kita juga.

ESP-Bangi-sahajaTeacher Ayu Salam sayang,
Teacher Ayu.
Excel Speech Program (hanya di Bangi Sahaja-HQ)

P.S: Anda boleh bubungi kami sekiranya inginkan tahu lanjut tentang “speech therapy’ kami.

*****

testimoni-speech

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,

3 comments

Trackbacks and pingbacks

  1. Speech Delay: Peranan Ibubapa yang Membantu Menangani Anak Lambat Bercakap « Excel Qhalif
    […] artikel-artikel berkaitan: 1) 5 Faktor Asas Kenapa Anak Lambat Bercakap (klik sini) 2) Teknik 4S Untuk Bantu Anak Lambat…
  2. Kenali Kategori Anak Lambat Bercakap dan Cara Tangani « Excel Qhalif
    […] artikel-artikel berkaitan: 1) 5 Faktor Asas Kenapa Anak Lambat Bercakap (klik sini) 2) Teknik 4S Untuk Bantu Anak Lambat Bercakap…
  3. Teknik 4S Untuk Bantu Anak Lambat Bercakap Di Rumah « Excel Qhalif Playgroup & Speech Program
    […] artikel-artikel berkaitan: 1) 5 Faktor Asas Kenapa Anak Lambat Bercakap (klik sini) 3) Asas Berkomunikasi Dengan Anak Lambat Bercakap – Bhg…

Leave a Reply