Sudah lama saya tidak menulis. Alhamdulillah minggu ini saya berkelapangan sedikit untuk  berkongsi  info buat bacaan ibubapa. Anak lambat bercakap bukan lagi perkara asing di zaman ini. Sebagai ibubapa kita perlu peka dengan perkembangan dan kebolehan bahasa anak kita. Bagi ibubapa yang ingin merangsang anak bertutur, sebaiknya anda perlu ketahui tahap komunikasi mereka terlebih dahulu.  Untuk tujuan tersebut, saya cadang dapatkanlah nasihat dari pakar di hospital atau mana-mana SLT (Speech Language Therapist) terdekat.

Walau bagaimanapun merangsang anak bercakap adalah satu kemestian, tidak kira apapun tahap kebolehan komunikasi mereka mahupun umur. Sekiranya anak anda hanya boleh sebut sepatah perkataan sahaja. Rangsang mereka  membina ayat pendek terlebih dahulu seperti 2 patah atau 3 patah perkataan. Begitu juga jika mereka hanya boleh memberi bahasa badan (body gesture) atau pointing; rangsanglah mereka untuk mengenali dan menyebut satu persatu perkataan. Jangan gelojoh dan memaksa mereka.

Teknik 4S ini insyaAllah boleh membantu ibubapa merangsang bahasa anak sekiranya anak anda seperti di atas. Mahupun begitu teknik ini mesti diaplikasikan bersama teknik asas  komunikasi yang pernah saya kongsikan dahulu. >KLIK SINI<

1) SAY LESS / SIMPLE
Gunakan perkataan yang pendek, mudah apabila bercakap dengan anak. Perkataan tunggal mudah difaham dan diingat oleh anak. Juga mereka boleh mudah meniru perkataan itu dalam kadar yang singkat.

Contoh :
SALAH – “Sofia kena pakai kasut ni sebab dah nak pergi sekolah ni, mama nak cepat.”
BETUL –“Sofea pakai kasut” tunjuk ke arah kasut dan setelah kasut dipakai, katakan pula “Jom pergi sekolah”

2) STRESS THE WORDS 
Tekankan perkataan yang ingin dicakap. Contoh, ‘Air  ni panas’. Perkataan yang perlu ditekankan ialah ‘Air’ dan ‘Panas’. Supaya anak kita juga mampu mengenali situasi panas dan menggabungkan perkataan. Jadi untuk kedua perkataan itu, kita perlu tekankan lebih sikit untuk dapatkan perhatian anak. Gunakan suara yang jelas dan sedikit kuat untuk nyatakan penekanan di situ.

3) Go SLOW
Kurangkan kecepatan perkataan kita apabila bercakap dengan mereka untuk beri mereka masa untuk faham apa yang kita cakap.

Contohnya; perkataan ‘buka’, kita boleh cakap dalam kadar yang perlahan : “bu-u-ka”. Kita boleh pause juga perkataan itu untuk bagi dia mencuba untuk menyambungnya. Selalunya, interaksi menyanyi lagu seperti ‘twinkle-twinkle little star’ atau ‘insy winsy spider’ adalah lagu yang baik untuk perkembangan bahasa anak.
Contoh : “Twinkle twinkle little ….. (pause) s-tar !”

4) SHOW
Anak lebih mudah belajar bercakap apabila mereka nampak apa yang mereka tengah cakapkan. Buku, alatan permainan bertindak sebagai ‘visual helper’ pada anak untuk mereka bercakap ikut situasi yang mereka nampak.

Visual helper seperti pointing, body gesture membantu anak untuk kaitkan antara perkataan yang kita cakap dan pemahaman mereka. Mereka perlu faham dahulu sebelum boleh bercakap apa yang mereka ingin katakana.

Tolong elakkan aktiviti yang ‘memaksa’ mereka untuk menghafal seperti dalam kebanyakkan apps di tablet/hp.
Contoh situasi : Letakkan losyen di tangan anak dan juga di tangan anda. kemudian sapu rata  dikedua belah tangan sambil berkata “Sapu…” Lakukan ia dengan tunjukkan demotrasi supaya anak anda mengenali perkataan dan tindakan sapu. Kita tidak mahu mereka mengahafal tetapi juga faham.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dipraktikkan oleh ibubapa di rumah.

ESP-Bangi-sahajaTeacher Ayu 
Excel Speech Program (hanya di Bangi Sahaja-HQ)
Untuk pertanyaan lanjut tentang Excel Speech Program
boleh SMS atau WA  Teacher Ayu 019-669 2284 

**********

testimoni-speech

BERITA BAIK : Sesi ‘Trial Class’ Playgroup Kini DIBUKA (untuk anak 20 bulan hingga 4 tahun sahaja). Beri peluang anak anda merasai pengalaman manis dalam sesi kelas bersama kami. Anak bakal didedahkan dengan interaksi sosial yang sihat, perkembangan yang membantu kemahiran motor halus/kasar serta aktiviti belajar sambil yang meransang minda mereka.
Klik link banner di bawah untuk mendaftar

 

 

 

 


Lagi artikel-artikel berkaitan:
1) 5 Faktor Asas Kenapa Anak Lambat Bercakap (klik sini)
3) Asas Berkomunikasi Dengan Anak Lambat Bercakap – Bhg 1 (klik sini)

Tags: , , , , , , , , , ,

3 comments

  1. Zarinawati says: August 20, 2016

Trackbacks and pingbacks

  1. Kenali Kategori Anak Lambat Bercakap dan Cara Tangani « Excel Qhalif
    […] Kenapa Anak Lambat Bercakap (klik sini) 2) Teknik 4S Untuk Bantu Anak Lambat Bercakap Di Rumah (klik sini) 3) Asas Berkomunikasi Dengan…
  2. Speech Delay: Peranan Ibu dan bapa yang Membantu Menangani Anak Lambat Bercakap « Excel Qhalif Playgroup & Speech Program
    […] Kenapa Anak Lambat Bercakap (klik sini) 2) Teknik 4S Untuk Bantu Anak Lambat Bercakap Di Rumah (klik sini) 3) Asas Berkomunikasi…

Leave a Reply